DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Januari 31, 2017

BCK 20. Laungan Hati

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dari group whatsapp kami…..

Tok Bilal melaungkan azan!

Radio melaungkan azan!

TV melaungkan azan!

Tidak ketinggalan…..

Telefon bimbit melaungkan azan!

Komputer melaungkan azan!

Ada juga…..

Jam dinding melaungkan azan!

Walaupun semua ini melaungkan azan, kita masih lewat mengerjakan solat…..!!

Ditanya kepada seseorang “apakah apps yang paling bagus untuk mengetahui waktu solat?”.

Jawab beliau: “HATI….. kerana jika HATI itu ADA ia akan SEDAR tanpa sebarang PENGGERA. Tetapi jika HATI itu LALAI dan LEKA. Tiada PENGGERA yang boleh MENYEDARKANNYA!!!”

Cuba kita fikir2kan maksud ayat ini…..

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” [Surah Al-Ankabut:45]

جزاك الله خيرا

Sabtu, Januari 28, 2017

BCK 19. Empat Soalan Dan Jawapan Dia-Lah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ada 4 soalan yang nak kami kongsikan pada kali ini. Jika dah pernah melaluinya anggap jer untuk refresh memory.

Soalan2 ni bersumber dari salah satu group whatsapp kami…..

Jadinya….jom2….. jawap!

Sila berikan jawapan di tempat kosong dibawah ini dan mohon dijawap dengan jujur didalam hati masing2.

1. Allah menciptakan tertawa dan __________ .

2. Allah itu mematikan dan __________ .

3. Allah menciptakan lelaki dan __________ .

4. Allah memberikan kekayaan dan __________ .

Hmmm….. tak susah pun….. jawapannya…..

1. menangis

2. menghidupkan

3. perempuan

4. kemiskinan

Nanti dulu….. jom kita lihat jawapan2 itu dari sudut pandang yang lain….. jom2…..

“dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” [Surah An-Najm: 43].

“dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan.” [Surah An-Najm: 44]

“dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki2 dan perempuan.” [Surah An-Najm: 45]

“dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan.” [Surah An-Najm: 48]

Betul semuakah jawapan yang kawan2 berikan? Jawapan 1,2 & 3 berkemungkinan besar semua lulus….. jawapan kepada soalan ke 4…. berkemungkinan besar juga ada yang terkeliru…. betul?

Jawapan Allah SWT bukanlah “kemiskinan” tetapi “kecukupan”.

Subhanallah….. sesungguhnya Allah hanya memberikan kekayaan dan kecukupan kepada hamba-Nya. Ternyata yang “menciptakan” kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Hakikatnya….. orang2 yang sentiasa bersyukur….. walaupun hidup serba kekurangan….. akan tetap tersenyum dan merasa cukup….. bukan merasa miskin!

Marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan kecukupan didalam hati dan fikiran kita. Berhenti mengeluh….. berhenti mengatakan rezeki kecil….. agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu bersyukur.

Fikir2kan…..

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah Redha kepada hambanya yang apabila ia makan sesuatu makanan lalu ia memuji Allah atas makanan itu dan apabila ia minum akan minuman lalu ia memuji kepada Allah atas minuman itu”. [Hadith Riwayat Muslim].

Huraian Hadith….. Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa bersyukur dan memuji Allah SWT kerana Allah akan memberi ganjaran dan rahmat ke atas orang yang bersyukur dan memujinya ….. Allah sangat kasih ke atas orang yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan.

جزاك الله خيرا

Isnin, Januari 23, 2017

BCK 18. Aku Lebih Baik Daripada Dia

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Nak buat sekali lagi perkongsian ilmu dari group whatsapp kami.

Jom kita hayati…..

Berkata Ibn Rajab Rahimahullah:

“Sesungguhnya yang membinasakan Iblis adalah ‘Ujub (berbangga) akan dirinya.”

Oleh itu dia (Iblis) berkata:

“Aku lebih baik daripadanya (Adam)”. {Surah Al-A’raf:12]

Manakala sempurnanya kelebihan Adam ‘Alaihissalam dengan pengakuannya atas kesilapan dirinya:

“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami”. [Surah Al-A’raf : 23]

Maka jauhilah ‘Ujub (berbangga) akan dirimu, kerana ia adalah punca utama kepada kebinasaan.

Dan akuilah akan kekurangan dirimu yang lalai dan kurang dalam melaksanakan hak-hak Allah.

Mudah-mudahan Allah membantu kita dalam mentaatiNya.

Fikir2kan…..

جزاك الله خيرا

Ahad, Januari 22, 2017

BCK 17. Perempuan Lebih Manis Dari Isteriku

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kami nak mengeshare perbualan seorang suami dengan seorang syeikh. Rasa2 kami cukup menarik intipati yang diperbualkan… betul!

Bersumber dari salah satu group whatsapp kami.

Jom2…..

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh.

Suami: “Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.”

Syeikh: “Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?”

Suami: “Ya,  mahu.”

Syeikh: “Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran dijalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua.”

Si suami tersentak, dan bertanya: “Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?”

Syeikh: “Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah perkuburan.”

Rasulullah SAW bersabda: “Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat.”

Syeikh: “Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah. Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?.

Suami: “Ya, tentu sekali.”

Syeikh: “TUNDUKKAN PANDANGAN MU.”

Fikir2kan…..

جزاك الله خيرا

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India