PUSAT JAGAAN NURIL ANWAR
Pusat Jagaan Nuril Anwar adalah sebuah pusat kebajikan yang menyediakan penempatan dan keperluan asas bagi golongan anak yatim dan asnaf zakat. Pusat ini ditubuhkan atas dasar kesedaran dan keprihatinan terhadap nasib mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan pembelaan.
Pusat jagaan ini mula beroperasi sejak awal tahun 2010. Telah didaftarkan pada 26 Julai 2010 dengan beralamat di No.588, Jalan S2 K12, Taman Vision Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan D.K.
Alhamdulillah, bermula September 2010, Pusat Jagaan Nuril Anwar telah berpindah ke 4 buah rumah yang beralamat di No. 655, 656, 657 & 658, Jalan S2 K18, Taman Vision Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, N.Sembilan. Rumah semi-D 2 tingkat ini telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah untuk dimanfaatkan sebagai rumah kebajikan.
Kini, Pusat Jagaan Nuril Anwar telah menempatkan seramai lebih 50 orang penghuni yang terdiri daripada anak yatim, fakir miskin, remaja bermasalah dan mualaf. Pusat jagaan ini turut menaungi golongan ibu tunggal dan warga emas.
Pihak pusat jagaan menanggung segala keperluan kebajikan semua penghuni di sini seperti keperluan makan minum, pakaian, duit belanja serta keperluan harian mereka. Justeru itu sokongan dan bantuan daripada para dermawan dan orang ramai sangat dialu-alukan untuk memenuhi keperluan di sini.
Maklumat lanjut boleh ke website kami: http://pusatjagaannurilanwar.blogspot.com/