DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Memaparkan catatan dengan label Bicara Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara Semasa. Papar semua catatan

Ahad, April 24, 2016

BSK 391. Panas Kering Sejuk Basah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah….. hujan turun juga kat taman kami. Lebat juga. Sempat cuci kereta dan basuh serba sedikit kawasan porch. Dapat juga tadah air untuk siram tanaman dalam pasu kami.

Apakah hujan yang turun ini hasil operasi pembenihan awan yang diadakan di beberapa kawasan kat negara kita ini?

Itu usaha pihak berwajib. Memang perlu berusaha, insya’Allah akan turun hujan.

Sejuk selepas hujan tak lama. Panas dan tidak selesa kembali. Bila fenomena panas melampau ini akan berakhir agaknya.

Dinyatakan bahawa cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino dijangka berakhir pada Jun ini. Tetapi…..

Dikhabarkan juga bahawa perubahan angin monsun Barat Daya akan berlaku pada Mei hingga September ini, iaitu musim panas dan kering yang dialami oleh negara kita setiap tahun.

Jadinya….. selepas El-Nino Jun kita dijangka akan mengalami angin monsun barat daya (kami namakan fenomena El-Toro je)….. kita masih panas dan kering sehingga bulan September.

Fenomena2 seperti yang diperkatakan akan menyebabkan takungan air di empangan seluruh negara semakin menyusut dan kritikal.

Perlukah bekalan air berjadual? Kerana lepas bulan September barulah peralihan kepada musim tengkujuh…..

Musim tengkujuh musim hujan yang dialami oleh negara kita setiap tahun. Air menjadi terlampau banyak. Banjir!

Panas dan Kering Sejuk dan Basah….. panas dan kering lalu sejuk dan basah. Panas menjadilah kekurangan air yang kritikal Sejuk menjadilah lebihan air yang kritikal.

Apakah itu sebenarnya?

جزاك الله خيرا

Khamis, April 14, 2016

BSK 390. Selamat Mencuba

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Keadaan dan suasana kat negara kita kalut ketika ni. Isu besar yang ada kaitan dengan fulus masih belum selesai. Pusing sana pusing sini.

Jangan risau…..

Kita dikhabarkan bahawa rakyat perlu memiliki minda yang jelas bagi membezakan apa itu agenda kebenaran atau fakta, dan 'auta'.

Apa itu ‘fakta’…..

  • sesuatu yang benar2 berlaku;
  • sesuatu yang benar dan boleh dibuktikan;
  • maklumat tentang seseorang atau sesuatu.

Apa itu ‘auta’…..

  • percakapan yang tinggi tetapi kosong;
  • temberang.

Cuba kita fikir2kan beberapa contoh kenyataan ini…..

  • "Orang yang mencuri ayam pun ditangkap dan didakwa. Masakan individu yang mencuri puluhan bilion wang negara terlepas begitu sahaja?”
  • “Tidak! Tutup! Habis! Tiada lagi 1.5 juta pekerja Bangladesh akan masuk ke negara ini."
  • "Kami telah menjaga kepentingan KWAP dengan mendapatkan jaminan kerajaan (untuk pinjaman); kami mengambil kira kepentingan semua pihak semasa kami memberi pinjaman,"
  • “Kecewa. Apabila pasukan kebangsaan ranking merudum, hanya pemain di persalahkan. Tapi bila RM100 juta lesap senyap macam itu sahaja. Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh di gunakan dengan duit sebanyak itu,”

Boleh kita semua yakini yang mana ‘fakta’ dan yang mana pula ‘auta’!

Selamat mencuba…..

جزاك الله خيرا

[Sumber apa itu: prpm.dbp]

Rabu, April 13, 2016

BSK 389. Harta

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Siapa yang tak nak hidup senang….. kita semua pun nak hidup senang. Kita ke sekolah dari umur 7 tahun hingga mencapai tahap degree katakan 23 tahun….. kenapa?.

Nak dapat pangkat dan gaji besar dan hidup senang. Hidup senang tak salahkan?

Kita bekerja atau menceburi bidang2 yang berupaya untuk mendapatkan atau menjana pendapatan atau pulangan yang baik….. ok kan?

Kita mengumpulkan harta benda dengan hasil usaha kita….. asalkan halal dalam segala aspek teruskan.

Tapi kita perlu berhati-hati mengenainya…..

Daripada Ka‘ab bin ‘Iyadh RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya bagi setiap umatku ada ujian. Ujian ke atas umatku ialah harta benda”. [Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih]

Dan jika kita terbabas…..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Tidak seorangpun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka...[Hadith Riwayat Ahmad]

Kita pilihlah sendiri samada nak cari yang halal atau haram. Ingatkan risikonya…..

Ada segelintir dari kita yang diberikan amanah pula….. hati2….

Daripada Khaulah binti Tsamir Al-Ansoriyah, iaitu perempuan (isteri) Hamzah RA katanya, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ada beberapa jenis atau golongan lelaki yang membelanjakan harta orang Islam bukan dengan kebenaran. Maka bagi mereka api neraka pada hari kiamat". [Hadith Riwayat Bukhari]

Hati2 juga…..

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). [Al-Baqarah: ayat 188]

Yang diberikan amanah….. fikir2kan risikonya…..

Hidup sederhana dan syukur dengan apa yang diperolehinya. Yang menerima amanah jauhilah diri daripada menggunakan harta yang bukan hak. 

جزاك الله خيرا

[Sumber hadith: JAKIM]

Ahad, April 10, 2016

BSK 388. Hujan Bila Waktunya Diturunkan

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Panas,,,,, memang panas. Makan minum berpeluh. Tidur malam berpeluh. Panas dan memanjang berpeluh. Gelisah dan tak selesa kita dibuatnya.

Sebabnya….. hujan tak turun lama dah kat taman kami ni…..

Apa itu hujan? Hujan itu apa?

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:

Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:

  1. Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
  2. Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
  3. Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
  4. Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah
  5. Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

[Hadith riwayat Bukhari]

Surah Luqman: ayat 34:

إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُ ۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِى ٱلۡأَرۡحَامِ‌ۖ وَمَا تَدۡرِى نَفۡسٌ۬ مَّاذَا تَڪۡسِبُ غَدً۬ا‌ۖ وَمَا تَدۡرِى نَفۡسُۢ بِأَىِّ أَرۡضٍ۬ تَمُوتُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ (٣٤)1

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.

Kenapa hujan tidak diturunkan?

Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan.

Mesti ada sebab kenapa hujan tidak diturunkan?

Surah Hud: ayat 52:

وَيَـٰقَوۡمِ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡڪُم مِّدۡرَارً۬ا وَيَزِدۡڪُمۡ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمۡ وَلَا تَتَوَلَّوۡاْ مُجۡرِمِينَ (٥٢)1

Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (52)

Manusia sendiri…. kita sendiri penyebabnya…..

جزاك الله خيرا

Selasa, Mac 01, 2016

BSK 387. Integriti, Kejujuran Dan Empati Diingati

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kita hayati ucapan Perdana Menteri Malaysia Kelima semasa berucap melancarkan buku 'Najib Razak Berjiwa Besar: Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976-Kini) di Kuala Lumpur.

Kami ambil ucapannya yang didalam quotation mark sahaja. Itu yang utama.

Jom…..

"Saya harap Datuk Seri Najib akan dapat memberi perhatian kepada perkara ini, agar bila negara menyambut 100 tahun pembentukannya, Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berpegang kepada prinsip demokrasi, Malaysia kekal sebagai sebuah negara dengan identiti yang utuh.

"Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai tenaga kerja mahir bagi mengisi permintaan ekonomi. Malaysia sebagai sebuah negara yang memenuhi segala potensinya,"

"Saya sebagai seorang ayah, yakin dan percaya, bahawa jika Allahyarham Tun Razak masih ada bersama kita pada hari ini, beliau pasti cukup berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh anak sulungnya dalam mengisi sebuah ruang cukup besar yang ditinggalkan beliau,"

"Najib, terus berpegang dengan prinsip-prinsip bapa anda. Anda telah melakukan yang terbaik buat Malaysia. Namun perlu sentiasa ingat perkara paling penting yang ditinggalkan seorang pemimpin adalah karakter.

"Kestabilan politik dan kejayaan ekonomi adalah penting namun ingat karakter - integriti, kejujuran dan empati. Itu yang mengingatkan saya kepada bapa anda dan bagaimana saya mahu anda juga diingati.

"Ambil ini sebagai nasihat daripada orang tua. Jadilah seorang pemimpin yang disayangi dan dihormati. Bukan yang ditakuti dan dipatuhi. Saya berdoa ke hadrat Allah anda akan dipandu ke jalan yang betul bagi masa depan negara kita yang tercinta."

Apa yang dapat kami sebagai rakyat boleh ambil ikhtibar:-

  • Perdana Menteri Kelima berkata Perdana Menteri Kedua mengingatkan beliau dengan integriti, kejujuran dan empati.
  • Perdana Menteri Kelima menasihati Perdana Menteri Keenam jadilah pemimpin yang disayangi dan dihormati. Bukan yang ditakuti dan dipatuhi.
  • Perdana Menteri Kelima berdoa ke hadrat Allah semoga Perdana Menteri Keenam akan dipandu ke jalan yang betul bagi masa depan negara kita yang tercinta.

Terbaik…..

جزاك الله خيرا

[Sumber MalaysiaKini]

Ahad, Februari 28, 2016

BSK 386. Tabung Haji Sedar Tak Sedar

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah, kita yang menabung di Tabung Haji baru2 ini menerima dividend 5% dan tambahan 3%. Ianya dividend untuk simpanan atau tabungan kita untuk tahun 2015. 5% dimasukkan ke akaun kita yang telah melaksanakan ibadah haji. 8% untuk mereka2 yang belum melaksanakan ibadah itu.

Dari saat membuka akaun, mula menabung, sedikit demi sedikit menambah simpanan bila dikurniakan rezeki dari Allah SWT hingga ke hari ini kami terima dengan baik peratusan dividend yang diumumkan dan diberikan kepada kami.

Kenapa kami menerima sahaja apa yang diputuskan oleh Tabung Haji?

Hmmm…..tu yang susah tu kerana kami tak pernah terfikir untuk fikir hal itu.

Routine kami tiap awal tahun, pergi Tabung Haji buat semakan, alhamdulillah dah masuk pun dividen Tabung Haji.

Kita cuba sekali lagi….. kenapa kami terima bulat2 apa yang diputuskan oleh Tabung Haji?

Kerana sedar tak sedar kami mengiktiraf Tabung Haji untuk menjaga amanah jutaan calon2 tetamu Allah SWT. Pada kami hakikat itu cukup untuk menjadikan mereka2 di Tabung Haji komited dengan amanah yang mereka terima.

Sedar tak sedar juga kami diingatkan bahawa amanah yang Tabung Haji terima bukan sahaja amanah kepada calon2 tetamu Allah SWT tetapi terlebih utama amanah kepada Allah SWT. Amanah itu sahaja pada hemat kami akan menggigilkan mereka2 yang terpaksa memikulnya.

Sedar tak sedar kami juga merasakan warga2 Tabung Haji dari setiap lapisan akan memberikan yang terbaik kepada kita semua.

Sungguh!

Diketika ini ada dikeluarkan satu analisa kedudukan kewangan Tabung Haji dan salah satu yang diperkatakan adalah “Keuntungan RM3.53 bilion yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir pada 4 Februari 2016 lalu tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti yang dipegang Tabung Haji sebagai pelaburan. Memandangkan prestasi Bursa Kuala Lumpur jatuh mendadak sepanjang tahun 2015, unjuran kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.14 bilion. Jika kerugian akibat kejatuhan harga saham mencecah paras tersebut, ia boleh menghapuskan keuntungan yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir.”

Salah satu lagi adalah, “Kedudukan rizab Tabung Haji diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 iaitu dua tahun berturut-turut rizab Tabung Haji mengalami defisit. Ini selaras dengan peringatan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia. Rizab yang negatif bermakna Tabung Haji tidak berkeupayaan memulangkan semua simpanan pendeposit Tabung Haji jika ia dituntut serentak oleh pendeposit.”

Ada lagi tapi cukup dua tu saja.

Pada kami unjuran kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti sehingga RM3.14 billion mendatangkan persoalan. Pada kami yang sekolah pun tak tinggi dapat merasakan seperti tidak ada SOP yang baik di pihak Tabung Haji bila membuat pelaburan.

Banyak tu!. Tapi tak payahlah kita buat spekulasi. Siapa kita?

Tapi cuba congak2kan berapa peratus dividend yang boleh dinikmati oleh kita dengan jumlah sebesar itu?

Cuba congak2kan berapa subsidi yang boleh diberikan kepada kita untuk melaksanakan ibadah haji dengan jumlah sebanyak itu?

Tabung Haji….. apa dah jadi…..

جزاك الله خيرا

Jumaat, Februari 26, 2016

BSK 385. Minta Azab Sengsara Dua Kali Ganda

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kami nak kongsi ayat-ayat berkaitan dengan pemimpin dan pengikut2nya.

Bukan saja2 nak kongsi tetapi untuk diambil ikhtibar. Kerana pada ketika ini kami merasakan negara kita ini sedang mengalami krisis kepimpinan yang amat kritikal. 

Hayati…..

وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِن وَلِىٍّ۬ مِّنۢ بَعۡدِهِۦ‌ۗ وَتَرَى ٱلظَّـٰلِمِينَ لَمَّا رَأَوُاْ ٱلۡعَذَابَ يَقُولُونَ هَلۡ إِلَىٰ مَرَدٍّ۬ مِّن سَبِيلٍ۬ (٤٤) وَتَرَٮٰهُمۡ يُعۡرَضُونَ عَلَيۡهَا خَـٰشِعِينَ مِنَ ٱلذُّلِّ يَنظُرُونَ مِن طَرۡفٍ خَفِىٍّ۬‌ۗ وَقَالَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّ ٱلۡخَـٰسِرِينَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ وَأَهۡلِيهِمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ ٱلظَّـٰلِمِينَ فِى عَذَابٍ۬ مُّقِيمٍ۬ (٤٥)1

Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata: Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia? (44) Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada Neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke Neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut) dan orang-orang yang beriman pula berkata: Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal. (45) [Surah Asy-Syura: ayat 44-45]

يَوۡمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمۡ فِى ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَـٰلَيۡتَنَآ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۟ (٦٦) وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۟ (٦٧) رَبَّنَآ ءَاتِہِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡہُمۡ لَعۡنً۬ا كَبِيرً۬ا (٦٨)1

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. (66) Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. (67) Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! (68) [Surah Al-Ahzab: ayat 66-68]

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: Kaum Bani Israel biasanya dipimpin oleh para nabi. Setiap kali meninggalnya seorang nabi akan diganti pula oleh seorang nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tiada nabi sesudahku. Ada beberapa orang pemerintah sebagai penggantiku dan banyaklah bilangan mereka itu, Baginda bersabda, Lakukanlah baiah yang pertama, dan hendaklah patuh kepada pemerintahan mereka. Kamu juga hendaklah memerangi mereka yang menentang mereka, dan mohonlah kepada Allah apa-apa yang menjadi hak bagimu, Allah akan bertanya kepada khalifah-khalifah itu mengenai cara mereka mentadbir pemerintahan mereka. [Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Huraian Hadith:

  1. Allah tidak akan membiarkan umatnya hidup di dunia tanpa bimbingan daripada para nabi dan rasul.
  2. Nabi-nabi dibangkitkan mengikut giliran yang ditetapkan oleh Allah kepada kaum-kaum yang tertentu.
  3. Nabi Muhammad merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan untuk seluruh umat; dan
  4. Umat Islam hendaklah taat dan setia kepada pemerintah yang dilantik selagi pemerintahan itu tidak bertentangan dengan syiar Islam.

Semoga kita dilindungi Allah SWT dari tergolong dalam golongan yang zalim, golongan yang memberikan ketaatan membuta-tuli lagi membabi-buta dan golongan yang tidak berfikir itu. Amin.

جزاك الله خيرا

[Ayat Quran dari QuranExplorer.Com dan hadith JAKIM]

Khamis, Februari 25, 2016

BSK 384. Sifatnya Dulu Kini Dan…..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Masih nak sentuh lagi mengenai isu 1.5 juta rakyat Bangladesh yang nak masuk Malaysia ni.

Tak pasti samada ianya Flip Flop atau U-Turn atau Roundabout atau Kelentong atau lain-lain lagi atau.

Pihak sana kata mereka percaya pihak sini masih akan mengambil rakyat di sana seperti dipersetujui dalam MoU yang dah di sign minggu lepas.

Pihak sini kata ia menangguhkan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber.

Pihak sana kata pihak sini membuat pengumuman itu untuk menenangkan kumpulan pendesak tempatan yang menentang pengambilan pekerja asing,

Ada juga yang menyifatkan pengumuman pihak sini "mengarut".

Dan pihak sana dikatakan masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan pembekuan pihak sini.

Hmmmm…..

Yang pasti kita dah diberitahu mengenai ciri2 sekelompok manusia yang muncul di Madinah lama dulu dah. Adanya dulu, kini dan selama-lamanya.

Semoga kita semua diselamatkan oleh Allah SWT dari tergolong dalam golongan ini. Amin.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri muslim.

Huraian Hadith:

  1. Sifat munafik ialah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut.
  2. Tanda-tanda orang munafik ialah orang yang suka bercakap bohong, memungkiri janji apabila berjanji dan tidak menunaikan amanah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . Empat sifat itu ialah 1. apabila dipercayai ia khianat, 2. apabila bercakap ia berdusta, 3. apabila berjanji ia mungkir dan 4. apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ). [Hadith Riwayat Ahmad]

Huraian Hadith:

Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Faham2kan.

جزاك الله خيرا

[Sumber hadith JAKIM. Sumber berita TMI]

Ahad, Februari 21, 2016

BSK 383. 3D Kita Cari Makan Juga Kan!

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Nak cuit sikit mengenai isu pekerja impot jangan silap bukan pemain impot ye, yang akan di bawa masuk ke negara kita yang tercinta ini.

Kita bakal menyaksikan pengimpotan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang. Ramai tuuuu.

Dikatakan  memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh kedua belah pihak, Malaysia dan Bangladesh.

Pekerja yang di impot dari Bangladesh ini akan bekerja di sektor pembinaan, perkhidmatan, pembuatan dan pertanian di samping sektor perladangan.

Sektor2 yang dikatakan 3D (dirty, difficult, and dangerous) atau kotor, sukar dan berbahaya. Dikatakan orang kita tak mau melakukan kerja dalam sektor yang kotor, sukar dan berbahaya. Tu sebabnya didatangkan pekerja2 impot Bangladesh ni. Di impot beramai-ramai!

Atas tu cerita lama…..

Terbaru dikatakan yang menyain MOU tu menyangkal dakwaan bahawa negara kita akan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh.

Bercakap pada satu sidang akhbar, beliau berkata persepsi itu adalah "tidak betul".

Sebaliknya, angka 1.5 juta pekerja Bangladesh itu sebenarnya bilangan mereka yang telah mendaftar untuk bekerja di 139 negara seluruh dunia.

Terkini kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.

Tetapi jangan pula kita terperanjat jika dalam sedikit masa lagi kita akan melihat banyak kapalterbang Biman tiba2 membuat pendaratan kecemasan di KLIA.

Orang cari makan semua mungkin!

Tetapi adakah benar orang Malaysia tak nak melakukan kerja2 kategori 3D tu? Orang Malaysia ni memilih-milih kerja ke? Orang Malaysia ni lemah ke? Orang Malaysia ni manja sangat ke?

Orang tua kami selalu menasihatkan “asalkan halal buatlah kerja apa pun”. Kita ada tanggungjawab kepada keluarga kita, kepada ibu-bapa kita, jika ada tawaran atau kekosongan pekerjaan di sektor2 tu semestinya kita rebut.

Lebarkanlah peluang pekerjaan kepada warga kita. Utamakan warga kita. Bantulah warga kita.

Janganlah beberapa kerat dari kita meraih keuntungan dan kesenangan hingga membiarkan warga kita sendiri ekonominya bobrok.

Kita pun nak cari makan juga kan!

Dari Huzaifah, katanya: Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan, Kata Huzaifah: Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya. Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)

Huraian Hadith:

Dunia hari ini sering digemparkan dengan berita-berita mengenai pecah amanah di sana sini. Bapa merogol anak, bayi baru lahir dibuang, warga tua diragut, kanak-kanak didera, dan berbagai-bagai lagi kejadian yang menyentuh hati dan membangkitkan kemarahan banyak pihak. Semuanya berpunca daripada hilangnya sifat amanah dari jiwa manusia. Sesungguhnya di akhir zaman ini amat sukar untuk mencari orang yang benar-benar amanah sedangkan apa jua perkara dan tindakan yang diambil perlukan sifat amanah. Seorang bapa yang khianat tidak akan menjaga anak yang menjadi amanah Allah kepadanya bahkan diperkosa anaknya sendiri atau dia berzina dengan wanita lain. Begitu juga dengan kerajaan yang dipimpin oleh penguasa yang tidak amanah sudah pasti suatu hari nanti umat akan hancur. Fakir yang sombong juga tidak akan sudi menerima bantuan dan perhatian orang lain sedangkan ia sangat memerlukannya. Kesudahannya hidupnya tidak akan berubah sampai bila-bila hinggakan kefakiran tersebut membawanya kepada kekufuran. Hakikatnya janganlah kita mengkhianati amanah sedangkan kita mengetahuinya. Balasannya di hari akhirat kelak amat dahsyat menunggu kita. [Hadith Riwayat Muslim]

Fikir-fikirkan.

جزاك الله خيرا

Sumber hadith JAKIM

Khamis, Februari 18, 2016

BSK 382. Umur Ada Amanah Takde

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Nak cerita sikit mengenai amanah dan umur…..

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦۤ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرً۬ا (٥٨)1

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. [Surah an-Nisa ayat 58]

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Jika suatu amanah disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya." Baginda ditanya bagaimanakah bentuk mensia-siakan amanah itu? Jawab Baginda,  "Jika suatu pekerjaan diserah kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah sa‘at kehancurannya." [Hadis Riwayat Bukhari]

Dari Ibnu ˜Umar r.a., katanya: Kudengar Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: Tidak diterima sembahyang tanpa bersuci, begitu pula derma yang didapat dari korupsi (pecah amanah). [Hadith Riwayat Muslim]

Tersentuh pasal amanah ni kerana kami terbaca di sebuah laman web berita dwibahasa di negara kita ni mengenai skandal2 kewangan yang berlaku di sini dengan jumlah wang yang terbabit teramat-amatlah besar nilainya. 

Sape? Entahlah.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :  “Umur umatku antara enam puluh tahun ke tujuh puluh tahun, sedikit daripada mereka yang melampauinya.”   [(Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Tersentuh pasal umur kerana sape2 tu majoriti dah dalam kategori 6 series going 7 series.

Firman Allat SWT:

لِلَّذِينَ ٱسۡتَجَابُواْ لِرَبِّہِمُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ وَٱلَّذِينَ لَمۡ يَسۡتَجِيبُواْ لَهُ ۥ لَوۡ أَنَّ لَهُم مَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا وَمِثۡلَهُ ۥ مَعَهُ ۥ لَٱفۡتَدَوۡاْ بِهِۦۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ سُوٓءُ ٱلۡحِسَابِ وَمَأۡوَٮٰهُمۡ جَهَنَّمُ‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ (١٨)1

Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. Mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah Neraka Jahanam dan amatlah buruknya tempat tinggal itu. [Surah Ar-Rad ayat 18]

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka. [Hadith Riwayat Muslim]

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia ialah orang yang lanjut usianya dan baik amalannya."  [Hadis Riwayat  Ahmad]

Fikir-fikirkanlah…..

جزاك الله خيرا

Sumber: Hadith dari JAKIM, ayat Quran dari quranexplorer.com

Rabu, Disember 09, 2015

BSK 381. Tajaan 1MDB Tajaan Sendiri

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kami nak cerita2 sikit mengenai sistem giliran tunai haji. Nak tahu juga camna dia orang nak selesaikan isu tersebut.

Jom kita telti dulu apa yang ingin dikatakan…..

Kerajaan kaji sistem giliran tunai haji

27 November 2015 6:40 AM

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji semula sistem giliran menunaikan haji, kata Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata, hasil kajian jawatankuasa khas itu akan membantu pihaknya mencari satu kaedah bersesuaian bagi memendekkan tempoh menunggu bakal jemaah Haji yang telah mendaftar.

"Ini kerana jika ikut sistem sekarang, bakal jemaah haji kalau daftar selepas lima tahun secara automatik baru nama akan naik.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku sekarang banyak anak-anak muda dapat tunai haji kerana sejak lahir ibu bapa terus daftar nama dengan Tabung Haji malah ada yang letak RM10,000 di dalam akaun simpanan anak-anak mereka dan apabila usia anak-anak mencecah 13 atau 14 tahun nama akan naik untuk pergi haji," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim Haji 1436 Hijrah di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, semalam.

Abdul Azeez berkata, sehingga kini jumlah pendaftaran haji melebihi 1.8 juta orang dengan tempoh menunggu mencecah hampir 77 tahun.

Menurut Abdul Azeez, jawatankuasa khas itu akan diketuai beliau sendiri dan akan ditubuhkan secepat mungkin. - BERNAMA

Apa yang kami fahami…..

1. Jumlah kuota haji Malaysia – 28,000 jemaah

2. 95% atau 26,600 jemaah - Tabung Haji Muasasah

3. Selebihnya 5% atau 1,400 - Pakej Haji Swasta.

4. Setiap tahun ada kuota ehsan dari Kerajaan Arab Saudi.

Seperti keratan berita kat atas tu Pengerusi Tabung Haji berkata jumlah yang sudah mendaftar untuk menjadi tetamu Allah dan Rasul-Nya – 1.8 juta orang dan tempoh menunggu – 77 tahun.

Kita baca dulu…..

1MDB taja 1,200 jemaah tunaikan haji

13 Ogos 2015 1:30 AM

PUTRAJAYA 12 OGOS – Seramai 1,200 jemaah terpilih dari seluruh negara bakal menunaikan fardu haji di Tanah Suci pada tahun ini di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (PKHYABPM-1MDB).

Pengerusinya, Datuk Jailani Ngah berkata, selain imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), jemaah terpilih pada tahun ini turut melibatkan bilal dan pemimpin masyarakat setempat.

Beliau berkata, bermula pada 2011, jumlah jemaah haji yang dibiayai oleh IMDB menerusi program khas haji itu sentiasa meningkat iaitu sebanyak 111 pada tahun pertama kepada 400 pada 2012, manakala 800 dan 1,000 pada tahun berikutnya.

“Pada tahun ini kita dapat menghantar 1,200 jemaah untuk menunaikan haji, menjadikan jumlah keseluruhan jemaah yang dihantar sebanyak 3,511 sejak diperkenalkan.

“Selain menanggung kos menunaikan ibadat haji, jemaah juga diberikan wang saku sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi kegunaan sepanjang tempoh menunaikan ibadat di tanah suci,” katanya ketika menyampaikan watikah pelantikan urusetia bagi PKHYABPM-1MDB di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, di sini hari ini.

Seramai 30 urusetia terdiri daripada pelbagai latar belakang dilantik bagi membantu menguruskan kelancaran jemaah haji PKHYABPM-1MDB sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

Penerbangan peserta PKHYABPM-1MDB akan berlepas pada 25, 26 dan 27 Ogos bagi KT23, KT25 serta KT26 selama 40 hari berada di tanah suci.

Tambah Jailani, pihaknya meneruskan tajaan jemaah haji itu bagi mengiktiraf jasa pemimpin tempatan yang banyak membantu dan menjadi rujukan kepada masyarakat.

“Walaupun mempunyai jawatan dalam masyarakat, tetapi elaun yang diterima oleh mereka setiap bulan adalah sangat kecil iaitu sekitar RM700 sehingga RM1,000. Dengan kos hidup sekarang, pasti tidak mampu untuk mereka atau paling tidak pun perlu mengambil masa yang lama untuk mengumpul kos haji.

“Dengan adanya program ini, kita memberi peluang kepada pemimpin masyarakat dan imam-imam yang menjadi rujukan orang ramai ini untuk menunaikan haji secara percuma,” katanya.

Beliau berkata, kos jemaah muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama dikekalkan pada kadar RM9,980 seorang walaupun kos sebenarnya RM17,270 yang bermakna subsidi sebanyak RM7,290 diberikan kepada setiap jemaah.

Sementara itu, seorang urusetia, Abdul Mubin Husin, 36, merakamkan kesyukuran kerana terpilih mengikuti program khas itu dan berazam untuk melakukan ibadah haji dengan sebaik mungkin.

Walaupun akan berkhidmat sebagai urusetia, namun beliau menganggap amanah tersebut sebagai ibadah yang memberikan ganjaran berganda sepanjang berada di tanah suci itu.

“Untuk menguruskan jemaah yang mempunyai pelbagai latar belakang pastinya bukan mudah dengan pelbagai kerenah. Apa yang boleh dilakukan adalah sentiasa berdoa kepada Allah SWT mempermudahkan segala urusan di sana,” katanya.

Menarik dari keratan diatas.ialah 1MDB dari 2011 hingga 2015 telah menaja seramai 3,511 orang pergi menunaikan haji dan secara percuma.

2011 – 111 jemaah

2012 – 400 jemaah

2013 – 800 jemaah

2014 – 1,000 jemaah

2015 – 1,200 jemaah

Jika ikut trending, tahun2 mendatang jumlah peserta akan terus meningkat.

Bukan tujuan mempersoalkan tajaan 1MDB. Memang baik niat Yayasan 1MDB tu. 

Niatnya hendak membantu  mereka2 yang “Walaupun mempunyai jawatan dalam masyarakat, tetapi elaun yang diterima oleh mereka setiap bulan adalah sangat kecil iaitu sekitar RM700 sehingga RM1,000. Dengan kos hidup sekarang, pasti tidak mampu untuk mereka atau paling tidak pun perlu mengambil masa yang lama untuk mengumpul kos haji.

“Dengan adanya program ini, kita memberi peluang kepada pemimpin masyarakat dan imam-imam yang menjadi rujukan orang ramai ini untuk menunaikan haji secara percuma,”

Tetapi adakah peserta2 mereka ini termasuk didalam jumlah 1.8 juta yang dikatakan oleh Pengerusi Tabung Haji. Takut nanti timbul istilah “potong trip” atau “potong jalan”. Haji tak mabrur dan lain2.

OK jika ya. Tapi perlu ikut prosedur juga. Lepas 5 tahun daftar baru nama masuk senarai 1MDB.

Kami berpendapat didalam 1.8 juta itu mesti ada insan2 yang telah berpuloh tahun menabung. Berpendapatan kecil, terlebih banyak kecilnya dari RM700 elaun minima tu. Yang dah berumur lagi.

Taja insan2 ini dahulu!

جزاك الله خيرا

Jumaat, Disember 04, 2015

BSK 380. Perjuangan PM Perjuangan Kami

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kami melayari blog PM kita. Ada mesej dari PM kita tu kepada kita2 ni Rakyat Malaysia.

Kami share mesej tu pada kawan2 semua. Kami tak edit apa2. Yang kami share ni asli…..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Dalam hidup kita, kita perlu ada perjuangan. Perjuangan untuk berkhidmat kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Apabila berhasilnya perjuangan, barulah kehidupan kita bermakna.

Sebelum tahun 1957, perjuangan kita adalah untuk mencapai kemerdekaan.

Parti Perikatan yang diterajui UMNO bersama-sama dengan rakan-rakan kita dari kaum yang lain menumpu tenaga dan mempunyai ikatan solidariti untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Setelah negara kita merdeka, perjuangan kita adalah untuk membangunkan negara, memodenkan negara kita dan seterusnya untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Matlamat ini sangat jelas dan setiap hari saya sebagai Perdana Menteri memberi tumpuan sepenuh tenaga dan usaha saya bagi membawa Malaysia ke arah matlamat ini.

Destinasi ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk semua. Janganlah kita melayani perkara-perkara yang boleh mengalih perhatian kita daripada berusaha ke arah mengisi visi tersebut.

Hentikan perbalahan, hentikan menyebar dan mempercayai fitnah, hentikan daripada melakukan kerja-kerja yang tidak bermanfaat.

Marilah kita bersama-sama dalam satu ikatan yang padu demi menjamin kesejahteraan Malaysia dan menjayakan visi negara kita, Insya-Allah.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sungguhnya amat murni perjuangan PM kita.

Suatu masa dulu jika tidak silap kami… perjuangan kita demi agama, bangsa dan negara. Penambahan satu lagi perjuangan yang kelihatan lebih utama yang disebutkan dan diketengahkan oleh PM kita iaitu untuk keluarga.

Tapi kami tak pasti perjuangan kami untuk berkhidmat kepada keluarga kami akan seiring dengan visi PM untuk berkhidmat kepada keluarga beliau.

Berkemungkinan besar PM akan berhasil atau telah berhasil dengan perjuangan beliau berkhidmat kepada keluarga beliau.

PM pasti akan dapat meraih kehidupan yang bermakna….. untuk keluarga dan beliau sendiri.

Keluarga kami belum pasti lagi.

Dengan bebanan yang semakin banyak dikenakan dilonggokkan ditimbunkan keatas bahu rakyat kami tidak pasti kami dan anak2 kami dapat menikmati kehidupan yang di visikan oleh PM tu. 

Kawan2 camna? Ada harapan?

جزاك الله خيرا

Khamis, Januari 01, 2015

BSK 379. Taufan, Belalang, Kutu, Katak Dan Darah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hari ini 1 Januari 2015 bersamaan 10 Rabi’ul Auwal 1436H. Pejam celik pejam celik dah tahun baharu masehi. Cepat masa berlalu. Camno 2014?

Apa sebenarnya pencapaian yang kita dapat atau perolehi pada tahun lalu? Telah dilunaskan ke azam yang dibuat pada awal tahun 2014 lalu? Takde kot! Azam tu rasanya cuma adat je. ikutan je. Ikut trend je. Orang buat kita pun buat je. Azam canggih manggih tapi takde masa nak dilaksanakan atau impossible nak di implementkan. Haru!

Sebenarnya bukan nak berazam pun waktu menunggu awal tahun.

Cuma nak berhibur dengan member-member kat konsert yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan. Nak memekik countdowm detik 12.00 malam. Takde benda pun. Yang dapat rasa-rasanya cuma penat. dan kepayahan. Kepenatan dan kepayahan penantian. Nak terkucil kecil atau besar nak kemana tujunya? Nak balik rumah, pengangkutan awam dah tak larat nak muatkan penumpang. Tido le kat hamparan bumi.

Sambutan awal tahun 2015 semalam berlainan dari yang tradisi asal. Kelainan  kerana sifatnya seperti banjir yang melanda.

Apa nama tu extraordinary!

No2555

Sambutan berbentuk konsert dan hiburan seperti kelazimannya dibatalkan diseluruh negara sebagai tanda menghormati negara yang dilanda musibah banjir di samping beberapa tragedi yang di luar jangkaan.

Sebaliknya Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserikan dengan bacaan qasidah dan selawat nabi serta doa khas sempena sambutan Malam Tahun Baharu 2015.

Malam Cinta Rasul bertemakan ‘Kenali, Dekati dan Cintailah Rasul’  diserikan pendakwah terkenal dari Indonesia Habib Syech Abdul Qadir Assegaf. Tazkirah serta selawat nabi oleh Habib Ali Zainal Abidin.

Kumpulan nasyid tempatan, Inteam dan Al-Mawlid sebagai pengiring dalam bacaan qasidah dan selawat nabi pada malam semalam.

Sambutan Maulidur Rasul adalah pada 3 Januari 2015.

Pada perkembangan lain Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak turut menghadiri majlis tahlil dan solat hajat bersama penduduk-penduduk yang juga mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Tumpat, Kelantan, malam tadi (malam tahun baharu).

Bukankah terbaik tu! Pahala dapat kebaikkan pun dapat. Bukannya penat dan kepayahan.

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَآ إِلَىٰٓ أُمَمٍ۬ مِّن قَبۡلِكَ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِٱلۡبَأۡسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ لَعَلَّهُمۡ يَتَضَرَّعُونَ (٤٢)1

Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat). (42).
[Al-An’aam].

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧)1

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157) [Al-Baqara].

Semoga ditahun-tahun akan datang program-program agama terus diadakan dan diperkasakan. Biar kita faham agama Islam, agama kita. Jangan kita mengundang musibah dan bala. Bila dugaan dan ujian datang bertimpa-timpa baru nak kembali kepada Allah dan RasulNya. Kita tidak bersopan dan tidak bertertib dengan Penguasa Hari Pembalasan dan RasulNya sebenarnya.

فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡہِمُ ٱلطُّوفَانَ وَٱلۡجَرَادَ وَٱلۡقُمَّلَ وَٱلضَّفَادِعَ وَٱلدَّمَ ءَايَـٰتٍ۬ مُّفَصَّلَـٰتٍ۬ فَٱسۡتَڪۡبَرُواْ وَكَانُواْ قَوۡمً۬ا مُّجۡرِمِينَ (١٣٣)1

(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan dan belalang, dan kutu dan katak dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. (133). [Al-Araf]

Kita semua pun tahu apa kesudahan Firaun and Co. kan!

Fikir-fikirkan…..

جزاك الله خيرا

Isnin, September 16, 2013

BSK 378. Kalimah Allah–Selamat Hari Malaysia 1Malaysia

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hakim Mahkamah Rayuan dilaporkan berkata keputusan rayuan kerajaan untuk mengetepikan penggunaan kalimah Allah akan diumumkan pada bulan hadapan selepas mendengar penghujahan daripada peguam kerajaan, peguam gereja Katolik dan peguam yang mewakili kumpulan Islam.

Tentu ada sebab musabab tertentu yang orang awam macam kita tak dapat terfikirkan yang membuatkan keputusan rayuan itu perlu ditunda.

Semestinya terlalu rumit atau dalam bahasa yang mudah very complicated.

Hujah peguam yang mewakili gereia mengatakan tidak wajar pengharaman gereja menggunakan kalimah Allah kerana:

  • kalimah hanya untuk digunakan di gereja,
  • kalimah sudah lama diamalkan di Sabah dan Sarawak dan
  • hak yang dijamin Perlembagaan.

IMG_20130606_075322

Dua negeri di Malaysia Timur dalam Persekutuan Malaysia telah diberi atau mendapat green light untuk menggunakan kalimah Allah. Dua negeri yang digelar ‘fixed deposit’ yang cukup banyak membantu.

Namun kebenaran yang diberikan dilihat seolah-olahnya menunjukkan Malaysia mempunyai dua undang-undang yang berbeza. Malaysia Timur yes Malaysia Barat no. 

Jika benar undang-undang Malaysia boleh dibeza-bezakan sedemikian rupa maka akan lunturlah semangat Hari Malaysia dan 1Malaysia yang digembar-gemburkan oleh pemimpin utama kita.

Dalam urusan ini biarkanlah hakim-hakim yang arif lagi bijaksana memberi takrifan kerana kesemua mereka adalah pakar dalam undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama dalam Persekutuan Malaysia yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara iaitu Perlembagaan.

Nak sentuh sikit satu lagi kes yang meresahkan orang Islam di Malaysia iaitu kes membatalkan pengharaman buku tulisan Irshad Manji, Allah, Liberty and Love.

Keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan pengharaman terjemahan buku kerana;

  • buku asli yang berbahasa Inggeris telah berada di pasaran selama setahun sebelum itu, sejak 2011 dan
  • tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penganut agama Islam.

Hakim juga mempersoalkan keputusan pengharaman buku tersebut oleh pihak tertentu hanya setelah keluar versi Bahasa Melayu.

Kita hayati kata-kata pemimpin utama kita…..

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan,"

Adakah empat perkara utama yang dinyatakan dapat dipertahankan?

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda, " Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".

Huraian Hadith:

  • Orang Islam hendaklah yakin dan tunduk serta patuh kepada segala perintah yang terkandung di dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi perintah yang wajib.
  • Segala kekeliruan yang terdapat di dalam menentukan hukum hendaklah dirujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Wajib tiap-tiap orang Islam beriman kepada Allah dan janganlah disekutukan dengan yang lain.
  • Orang-orang Islam yang memegang tugas sebagai pimpinan hendaklah sentiasa mengawasi masalah-masalah yang berkaitan dengan hukum supaya orang-orang yang di bawah pimpinannya terhindar daripada kezaliman.
  • Ajaran Islam adalah merupakan nasihat yang menjadi panduan kepada manusia.

Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Bahawasanya aku adalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu semua telah membawa pertelingkahan kepadaku. Barangkali sesetengah kamu ada yang lebih cerdik mengemukakan hujah serta alasannya daripada sesetengah yang lain. Maka aku akan menghukum mengikut apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang telah aku putuskan untuknya mendapat kemenangan, sedangkan ia mengetahui bahawa itu adalah hak kepunyaan saudaranya, maka sesungguhnya aku tentukan untuknya sepotong daripada api neraka".

Huraian Hadith:

  • Janganlah menghukum suatu perkara dengan tidak mengikut hukum Islam sedangkan kamu mengetahui, kerana itu menjadikan kamu akan dihumbankan ke dalam api neraka.
  • Jauhkanlah sifat-sifat menyakiti hati manusia yang menyebabkan Allah SWT murka.
  • Buatlah keputusan mengikut apa yang dibenarkan Allah dan jangan buat keputusan mengikut apa yang tidak diredhai Allah.
  • Rasulullah SAW ialah seorang manusia. Harus bagi dirinya sifat-sifat manusia kecuali apa yang dipelihara Allah daripadanya. Rasulullah SAW terpelihara daripada tersalah dalam menyampaikan risalah termasuklah aqidah dan syariat, dan terpelihara daripada perbuatan haram dan keji.
  • Seorang hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan keterangan dan hujah yang dapat diterima seperti saksi, sumpah dan lain-lain. Dia tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan pengetahuannya.
  • Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim tidak menghalalkan yang haram walaupun hukum itu dilaksanakan pada zahir. Oleh itu, sesiapa yang memperoleh sesuatu melalui perintah mahkamah sedangkan dia mengetahui sesuatu itu bukan haknya maka tidak harus ia mengambilnya.

Fikir-fikirkan…..

Selamat Hari Malaysia 1Malaysia.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, Engkau jadikan dan Engkau tetapkanlah Agama kami di Agama Nabi Muhammad SAW dan jadikanlah ke Islaman kami Islam yang sebenar-benar Islam . Keimanan kami iman yang kukuh dan sempurna. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

[Hadis diambil dari Jakim]

Isnin, September 09, 2013

BSK 377. Penggunaan kalimah Allah diadili undang-undang makhluk

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Firman Allah SWT di dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:

clip_image002Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.”

IMG_20130717_181618

Isu penggunaan kalimah Allah. Apa yang kami fahami…..

  • 16/02/09 - Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald.
  • 31/12/09 - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
  • 05/01/10 - KDN memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mereka.

Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Isu penggunaan kalimah Allah akan didengar sekali lagi di Mahkamah Rayuan pada 10/09/13 ini.

Mimbar melalui khatib yang bertugas telah meminta umat Islam untuk menjaga kalimah Allah dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukkan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah membahaskan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

Seorang yang arif dibidangnya berkata isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya tidak timbul kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang menetapkan penggunaannya hanya untuk orang Islam sahaja dan menggesa semua pihak menghormati peruntukan undang-undang tersebut dan tidak mempersoal mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali.

Tegasnya Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, justeru semua pihak termasuk bukan Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.

“Perlembagaan dengan jelas menyatakan Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan secara aman damai, namun apa yang berlaku sekarang ada pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah untuk bukan Islam.

Cuba kita hayati kenyataan ini…..

Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga di Parlimen.

Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rakyat bukan Melayu akan menggunapakai dan mempertahankan apa yang dikatakan Perlembagaan itu kerana mereka tiada undang-undang alternatif.

Orang Melayu sememangnya mempunyai alternatif dari mula negara ini mendapat kemerdekaan 56 tahun dahulu. Menerima Perlembagaan dan meminda bila mereka adalah majoriti di Parlimen. Orang Melayu boleh menetapkan dan mendictate untuk undang-undang Islam adalah supreme jika ada percanggahan dengan Perlembagaan. Cuma tepuk dada tanya iman masing-masing sahaja.

Tak pernahkah kita terfikir dalam benak kita ini bahawa Malaysia sebuah negara Islam. Ada isu penggunaan kalimah Allah diantara bukan Islam dan orang Islam. Lafaz Allah yang merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ianya akan diputuskan oleh mahkamah yang mengunapakai undang-undang yang di gubal oleh Lord William Reid yang telah lama mati.

Tak pernahkah kita terfikir dalam benak kita ini apa yang berada didalam pemikiran orang bukan Islam diseluruh dunia. Contoh mungkin ada yang terfikir….. “Wow! Awesome!, Islam ada undang-undangnya tersendiri yang serba menyeluruh tetapi kamu orang Islam mencari keadilan melalui undang-undang ciptaan manusia yang bukan seagama dengan kamu dan bukan juga dari kalangan bangsa kamu dan yang telah lama mati.” 

Seorang pemimpin negara berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata pemimpin itu.

Kita tunggu dan lihat apa yang diputuskan oleh para hakim yang arif lagi bijaksana pada 10/09/13 ini. Tak lama esok je.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 72:

clip_image002[10]Maksudnya: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”

So….. ya Allah yan Tuhan kami, Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Isnin, September 02, 2013

BSK 376. Merdeka Slim

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

IMG_20130830_230227

Hari ini 26 Syawal 1434H. Hari ini last kami puasa 6. Makanya esok kami dah boleh raya sekali lagi. Rasanya nak breakfast kat kedai makcik RMZ kat S2 dengan famili.

Sabtu lepas rakyat Malaysia merayakan Hari Kemerdekaan yang ke-56.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Nampak meriah sambutan tahun ini dimana dinyatakan di Dataran Merdeka mencecah hampir 200,000 rakyat pelbagai lapisan menyertai dan menyaksikan acara penuh bermakna itu.

Siaran langsung dari Dataran Merdeka menyaksikan 15,280 peserta daripada 56 kontinjen menyertai persembahan yang melibatkan empat segmen iaitu:

  • 'Malaysia Tanah Airku',
  • Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat,
  • Kemakmuran Negara Kesejahteraan Bersama dan
  • Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.

Persembahan hebat dan mantap melibatkan 23 kontinjen kawad, 16 kumpulan pancaragam, aset dari lima badan keselamatan, lima persembahan padang termasuk Skuadron Istiadat Berkuda dan dua persembahan udara melibatkan pesawat pejuang jenis Sukhoi 30MKM, MIG 29 dan FA 18/D Hornet.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Jom kita hayati luahan PM seperti dilaporkan di Utusan Online…..

Bersama pertahan kemerdekaan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SYUKRI SHAARI

pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu nilai merdeka yang dikecapi oleh semua rakyat Malaysia dipertahankan walaupun dengan jiwa raga serta nyawa sekalipun.

Dalam masa sama Perdana Menteri juga meminta semangat patriotik yang diperlihatkan dalam sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 kali ini dapat terus dihayati oleh generasi muda bagi memacu negara ke arah kejayaan.

"Saya berasa seolah-olah bulu roma saya meremang melihatkan betapa besarnya semangat patriotik yang dapat kita lihat hari ini.

"Kalau semangat ini dapat dihayati oleh generasi muda, maka kemerdekaan yang dipanjangkan kepada mereka akan dapat membawa negara ke arah kejayaan," katanya ketika berucap selepas meluangkan masa beramah mesra dengan peserta perarakan sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Yang turut mengiringi beliau, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mengulas mengenai tema sambutan kemerdekaan tahun ini iaitu Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku pula, Najib menyifatkannya sebagai sangat tepat.

"Tema ini amat tepat kerana kita dilahirkan di bumi Malaysia, membesar di bumi Malaysia, cari rezeki di bumi Malaysia dan dengan izin akan disemadikan juga di bumi Malaysia,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Najib turut memuji pertunjukan kemerdekaan kali ini terutamanya oleh pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah awal tahun ini.

Beliau menyifatkannya sebagai mampu memperkasakan semangat cintakan negara dalam kalangan setiap rakyat Malaysia.

"Inilah harapan kita, harapan kesinambungan perjuangan agar semangat patriotik itu disematkan dalam setiap lubuk hati kita bahawa kita adalah warganegara yang cintakan negara," ujar beliau.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sabtu itu juga Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah mencemar duli untuk bersama rakyat menyerikan sambutan di Dataran Merdeka.

Salah satu upacara yang dilakukan oleh baginda ialah memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan. Baginda iringi oleh pegawai tentera berjalan melintas dua barisan pegawai-pegawai anggota keselamatan.

Terasa kasihan benar ketika melihat baginda bersungguh-sungguh hendak menyempurnakan upacara tersebut. Berjalan melintas dua barisan yang (pada kami) cukup panjang bagi usia baginda.

Melihat baginda melangkah perlahan dan berusaha untuk mengejar pegawai yang berjalan dihadapan baginda mengingatkan kami kat abah yang dah tak mampu nak  berjalan.

Kami bukan di Dataran Merdeka Sabtu Merdeka itu. Tengok kat TV je. Kami sekeluarga outstation kat Slim River. Abah warded kat Hospital Slim River. Abah dah 89 tahun.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, perbaikkanlah pegangan agama kami yang menjadi benteng urusan hidup kami, perbaikkanlah urusan keduniaan kami yang menjadi punca penghidupan kami dan perbaikkanlah urusan akhirat kami yang menjadi bekal kembali kami. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Khamis, Ogos 29, 2013

BSK 375. Merdeka dari Penjajah atau Penasihat

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

IMG_20130827_233613

Hari ke-22 dan ada baki 2 hari lagi untuk kami melengkapkan  puasa 6 bulan Syawal. Memang lewat benar kami memulakan puasa tahun ini. Hmm…..

Kita ada satu lagi perayaan besar yang akan disambut pada bulan Syawal ini.

Pada hari Sabtu, 31/08/2013 negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-56.

Amat malang kerana tahun ini dilaporkan suasana sambutan tidak jelas kelihatan. Hambar!

Tidak ada keseronokan dan kemeriahan dirasakan. Jom kita digest kenyataan seorang pakar sejarah negara mengenai fenomena itu…..

Ramai tak kibar Jalur Gemilang

2013/08/28 - Kuala Lumpur: Hanya beberapa hari berbaki sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-56, namun suasana bagi menggambarkan semangat patriotik rakyat untuk bersama-sama merayakan ulang tahun bersejarah itu kekal hambar.

Setakat ini hanya sesetengah premis perniagaan, pejabat dan kediaman di seluruh negara dilihat mengibarkan Jalur Gemilang. Sikap dingin sedemikian nyata mengecewakan ahli akademik dan bekas tentera yang menganggap semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat kian luntur.

Sikap generasi muda

Pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, berkata beliau percaya perkembangan itu ada kaitan dengan sikap generasi muda masa kini yang takut dikatakan menyokong kerajaan, sedangkan sambutan yang diadakan bagi menghargai jasa pejuang kemerdekaan negara.

Sambutan kemerdekaan kali ini sangat hambar kerana ada kaitan dengan politik. Generasi muda kini dipercayai enggan mengibar Jalur Gemilang kerana takut dikatakan menyokong kerajaan, sedangkan ia bertujuan menghargai pengorbanan pejuang negara.

Semangat patriotik luntur

Jika keadaan ini jadi trend pada masa depan, ia boleh mengelirukan rakyat dan menghilangkan semangat patriotik mereka, katanya ketika dihubungi, semalam.

Ramlah yang turut merumuskan masyarakat hari ini banyak bersifat keakuan kerana hanya menyumbang sekiranya ada kepentingan terhadap mereka, meminta kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas mewajibkan setiap premis perniagaan dan pejabat memasang bendera.

Perlukah rakyat menyambut Hari Kemerdekaan?

Kenyataan seorang profesor pada 2011…..

Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” kata beliau.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

“Dinaungi tidak sama dengan kolonial... hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah,” kata beliau sambil berkata, “jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.”

“Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya.

Kenyataan mantan PM ke-4 kita pada 2011…..

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.

“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir.

“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.

Cuba kita fahami dahulu erti kemerdekaan  dari malaysiamerdeka.gov.my…..

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Negara menggunapakai undang-undang yang digubal oleh British…..

Sejarah Perlembagaan Malaysia

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti.

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957. Bila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia.

Kita terus menerus menggunakan undang-undang peninggalan ‘penasihat’ atau ‘penjajah’ negara sehingga hari ini. Adakah pemikiran kita masih dijajah?

Dijajah atau tidak. Merdeka atau tidak. Masih dijajah atau sudah merdeka. Nak kibar Jalur Gemilang ke tidak.

Yang sependapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Profesor Datuk Dr Zainal Kling sudah tentu akan tersenyum sinis atau ketawa bila ada yang mengibarkan Jalur Gemilang di premis atau kenderaan mereka kerana kita tidak pernah dijajah, kita cuma dinasihati.

Bila cerdik pandai bertelagah dan tidak sepakat yang pening dan keliru tentunya rakyat. Berpecah rakyat dibuatnya.

Dari pengamatan kami dari sambutan kemerdekaan yang ke-55 lagi suasana hambar itu sudah mula ketara.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah hidayah kepada hati kami dan kesaksamaan kepada lidah kami dan hapuskan perasaan dendam dari dada kami. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sabtu, Ogos 24, 2013

BSK 374. Beraya sambil berpuasa

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Diam tak diam kita sudah berada di tanggal tujuh belas Syawal.  Ikut kalendar, tinggal tiga belas hari lagi untuk kita beraya.

Kami telah beraya dengan jiran-jiran kat sini. Tapi bukan semua. Yang dekat dan rapat didahulukan. Rumah yang jauh sedikit tu, إن شاء الله

Kami juga telah ke Meru mengunjungi sahabat sekeluarga yang amat kami hormati. Esok mereka akan turun ke Seremban pula.

IMG_20130526_122105Kami juga telah mengadakan rumah terbuka skala kecil-kecilan untuk jiran-jiran yang terdekat. Menu utama yang kami sajikan ialah laksa penang dan rojak a.k.a passembur kat utara.

Ada beberapa aktiviti raya lagi yang perlu kami hadiri. Untuk malam ini, malam esok dan malam lusa dah masuk dalam buku catatan. إن شاء الله

Dalam sibuk kita menghadiri perayaan rumah terbuka ini jangan lupa untuk perhatikan tarikh akhir Syawal. Takut terlepas pula puasa enam hari di bulan Syawal.

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. [HR Muslim]

Rugi jika kita meninggalkan atau tertinggal puasa ini kerana pahalanya sama dengan berpuasa setahun.

Berpuasa sunat satu hari di bulan Syawal ini bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Makanya enam hari puasa ganjaran pahalanya bersamaan dua bulan.

Puasa wajib di bulan Ramadhan pula bersamaan pahalanya dengan sepuluh bulan.

Sepuluh bulan Ramadhan dicampur dua bulan Syawal jadinya dua belas bulan atau setahun. والله أعلمُ بالـصـواب

Makanya ketika sibuk beraya jangan lupa berpuasa. Ingatan untuk diri kami sebenarnya ni.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, berilah kami ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepada kami dan kepada ibu bapa kami dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah kami dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selasa, Ogos 13, 2013

BSK 373. Haji kouta dan subsidi

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kami berasa cukup teruja bila terbaca berita mengenai haji, tetamu Allah, Mekah, Madinah dll yang berkaitan dengan nya.

Laporan yang kami baca baru-baru ini:-

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada 7 September ini bagi menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Ismee Ismail berkata, penerbangan terakhir yang akan membawa jemaah haji ke sana pula adalah pada minggu kedua Oktober.

"Tarikh bagi wukuf pula dijangka pada 14 Oktober," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengenai persediaan Tabung Haji pula, Ismee berkata, pihaknya telah membuat persediaan rapi bagi menguruskan lebih 20,000 jemaah haji dari Malaysia. - UTUSAN ONLINE

IMG_20130720_132130

Kerajaan Arab Saudi ketika ini sedang melaksanakan kerja menaik taraf dan pembesaran kawasan tawaf  sekeliling Kaabah di Masjidil Haram bertujuan  menambah baik keselesaan jemaah  seluruh dunia di masa hadapan.

Bagi menjamin keselesaan jemaah sepanjang tempoh menunaikan rukun Islam kelima itu, pada tahun ini kouta haji dikurangkan sebanyak 20% yang membabitkan jemaah haji dari seluruh dunia.

Tahun ini jemaah haji negara kita ialah 22,400 dari 28,000 kouta asal.

Kita sering terdengar ‘subsidi’ diberikan kepada jemaah haji. Kami telah melaksanakan ibadah ni dan taklah berfikir panjang sangat mengenai isu ini.

Dikatakan jumlah subsidi yang diberikan kepada setiap jemaah haji agak besar juga.

Teringat kami pada laporan yang kami baca pada bulan lepas:-

Tabung Haji (TH) yakin pemberian subsidi kepada bakal jemaah haji akan diteruskan pada masa akan datang tetapi jumlahnya bergantung kepada keuntungan hasil pelaburan yang dibuatnya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail berkata tahun ini TH memberi sejumlah RM5,575 subsidi kepada setiap jemaah haji bagi memastikan kos mengerjakan haji kekal sebanyak RM9,980.

Katanya, hasil pelaburan bergantung kepada perancangan efektif dan sistematik pengurusan TH yang perlu seiring dengan kestabilan ekonomi negara bagi menggalakkan lebih banyak perniagaan dan pelaburan.

"Tabung Haji kena berjaya supaya ia mampu menanggung subsidi, kalau tidak berjaya, jangankan subsidi, nak bayar dividen pun tidak boleh.

"Kejayaan itu timbul daripada suasana ekonomi yang menggalakkan perniagaan, dan kebanyakan pelaburan Tabung Haji dilakukan di Malaysia," katanya.

Ismee berkata subsidi yang ditanggung TH merupakan satu per tiga daripada kos sebenar mengerjakan haji iaitu kira-kira RM15,000.

Kos haji hanya sekali dinaikkan iaitu pada tahun 2008 daripada RM8,973 kepada RM9,980 berikutan banyak pembangunan dilakukan kerajaan Arab Saudi untuk keselesaan jemaah haji. - Bernama, 10 Julai, 2013.

Ok, kita tak payah sibuk dengan jemaah pakej jom kita lihat kiraan untuk jemaah Muassasah yang kami ambil dari laman web TH.

Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah,kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.

Sebagai panduan, anggaran bayaran Haji bagi musim haji 1434H adalah seperti berikut:

Jenis Jemaah

warganegara belum tunai haji

warganegara telah tunai haji

Kos Haji (RM)

15,555

15,555

Tanggungan Kos Haji (RM)

5,575

tiada

Bayaran Haji (RM)

9,980

15,555

Kos Haji langsung bagi musim 1434H adalah berjumlah RM15,555 seorang. Bagi musim 1434H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih meneruskan tanggungan sebanyak RM5,575 seorang. Walau bagaimanapun, tanggungan ini hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja.

Untuk maklumat terperinci kami syorkan pergi kat laman web yang berkenaan.

Banyak juga jumlah wang yang digunakan untuk seorang jemaah. Makan pulohan juta juga jika separuh dari jumlah jemaah haji tahun ini pergi secara muassasah.

Dengan itu TH perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan pulangan keuntungan yang terbaik dan warga TH perlu melaksanakan tanggungan yang diberikan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab agar Bayaran Haji yang lebih rendah dapat dinikmati oleh jemaah haji kita.

Bayaran Haji yang rendah yang diberikan kepada tetamu Allah merupakan tanda aras TH dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan excellent.

Terima kasih warga TH.

Tapi rasa-rasanya warga TH tak perlulahkan gunakan istilah ‘subsidi’ gunakan sahaja istilah ‘tanggungan kos haji’ bila buat press conference. Bila digunakan istilah subsidi macam kurang sedap didengar.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau kehendaki. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ahad, Ogos 11, 2013

BSK 372. Pergi keberkatan diikuti perayaan

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bulan penuh keberkatan yang “awalnya di penuhi rahmat, pertengahannya di penuhi dengan keampunan dan akhirnya di penuhi dengan pahala yang menjadi penebus api neraka” sudah pergi meninggalkan kita.

Hari ini 04 Syawal 1434H bersamaan 11/08/2013 dan kita kini berada di minggu pertama bulan raya. Kita berpuasa sebulan makanya kita juga akan  beraya selama sebulan. Itulah amalan yang sekian lama kita laksanakan kat sini.

IMG_20130625_125036

Tahun ini kami beraya di Kampong Tembuk Darat, Kuala Langat. Rumah ibu mertua kami. Memandangkan kampong wife tak berapa jauh dari Seremban makanya kami kesana selepas solat sunat hari raya.

Tahun ini memang tahun giliran kami adik beradik beraya kat rumah mertua. Adik beraya di Kampong Gadong, kakak pula kat Felda Tenang.

Dirancangkan tahun ini abah beraya bersama keluarga adik dan pada hari raya ketiga abah akan join kami pula. Bila mak pergi dan abah pula mulai uzur maka arrangement raya pun perlu berubah. Terkini secara tetapnya abah akan bergilir beraya di rumah kami bertiga.

Abah dah berada kat rumah kami. Pukul 11 pagi semalam kami menjemput beliau di Gadong.

Kami menerima tetamu pertama maghrib kelmarin iaitu Pengerusi Surau Al Falah Kg Bukit Dukung yang juga sahabat se haji kami. Kami ada meletakkan risalah permintaan untuk sumbangan pembangunan surau berkenaan dalam blog kami sedikit masa lalu. Sahabat kami ini datang bersama keluarga dan juga anak saudara beliau.

Pagi semalam juga ingatkan nak ke Taman Muhibbah untuk menziarahi mak cik kat sana tapi mak cik kami tu ke Terengganu. Nak beraya bersama biras beliau. Insya’Allah ada masa lagi. Kan kita beraya sampai sebulan.

Satu lagi destinasi perjalanan iaitu Meru, insya’Allah.

Kat taman kami ni ziarah menziarahi bermula pada minggu kedua Syawal. Menunggu mereka-mereka yang balik kampong settle down dulu kot. Musim raya ni perjalanan dari Kuala Pilah ke Seremban pun memang cukup adventure.

10 Syawal 1434H bersamaan 17/08/2013 iaitu hari Sabtu kami ada menerima undangan majlis perkahwinan dari seorang pak cik kami di Perak. Anak perempuan beliau Nur Aqilah Binti Hasan akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Muhammad Ruhiddin Bin Ismail di Dewan Carsem, Medan Gopeng. Semoga mereka dikurniakan anak-anak yang soleh yang menjadi penyenang hati mereka dan berbahagia dunia dan akhirat. 

Sekali lagi kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua.

So….. ya Allah ya  Tuhan kami, kami berlindung kapadaMu dari kemalasan serta lanjut usia dan buruknya perbuatan dimasa tua, dari godaan dunia dan dari siksa kubur. Ya Allah, bersihkanlah hati kami daripada segala dosa sebagaimana baju yang putih dibersihkan daripada segala kekotoran. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India