DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah

Pengenalan

Pada sekitar tahun 1934 - 1950 anak beliau Tuan Sheikh Haji Ahmad bin Sheikh Haji Mohd. Sa'id (bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan) pernah mendirikan sebuah Institusi Pendidikan Islam yang dikenali sebagai Madrasah As - Sa'idiyyah di Pondok Rasah, Negeri Sembilan

Kini dua orang anak Tuan Sheikh Haji Ahmad iaitu Dato' Haji Mohd. Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad (mantan mufti Negeri Sembilan) dan Al -Hafiz Ustaz Muhamad Muhsin bin Sheikh Hj  Ahmad meneruskan usaha murni tersebut.


Sejarah

Pusat Pendidikan As-Sa'idiyyah adalah lanjutan daripada sebuah sekolah agama rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1985. Ia pada mulanya dinamakan sebagai Darul Falah sebelum dikenali sebagai Sekolah Rendah IslamAs-Sa'idiyyah (SRIAS).
 Penubuhan SRIAS adalah bagi merealisasikan hasrat sekumpulan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka dididik dengan konsep pendidikan Islam yang bersepadu.

Ia bermula hanya dengan sebuah kelas yang mengandungi tidak sampai 10 orang murid dan seorang guru di rumah salah seorang daripada pengasas SRIAS di Golf Height, Seremban.

Pada tahun 1992, selepas beberapa kali berpindah, SRIAS telah membina bangunan sementara di atas sebidang tapak yang disewa dari Sekolah Agama Rakyat Ampangan,di Gedung Lalang.

Akhirnya, pada tahun 1999, selepas 14 tahun ditubuhkan, SRIAS berjaya membina bangunannya sendiri di atas sebidang tanah wakaf di Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang - Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

 Pada tahun 2000, Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah (MTAS) ditubuhkan  dengan pendaftaran pelajar seramai 10 orang dan tahun berikutnya lebih 15 orang dan kini tahun 2012, jumlah keseluruhan pelajar ialah 195 orang. Beberapa alumni menyambung pengajian di Darul Quran ataupun ke luar negara seperti mesir, Jordan, Syria,UK dan  Morocco serta tidak lupa juga di institut pengajian di Malaysia seperti KUIS, UITM, UPM, USIM, KUIN, dan banyak lagi.

Hubungi Kami

http://www.saidiyyah.com

Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi
70450 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia

06-6771232 (Tel)
06-6771232 (Fax)

012-3263452 (Ustaz Mohd Muhsin Bin Sheikh Ahmad): Pengetua/ 0122745604(Ustaz Ahmad Shirazi Abd Rashid): GPK HEP/ 0126054204( mualimah Umi Hafizah bt Mat Sahat): GPK Akademik, 0134750573( Ustaz Azim b. Mohd Jamil): GPK Kokurikulum/ 012-2762080 (Ustaz Hamim Thohari Bin Kasijan): Penyelaras Asrama/ 0126759067 (Puan Nadiah Binti Abu Kassim) : Pegawai Pentadbiran dan kewangan/ 0173198425( Pn. Sarra Kamarudin): Pembantu tadbir.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India