DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Jun 27, 2010

BSK 18. Black Or White - Satu Pilihan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nak share apa yang kami baca kat Harian Metro. Tertarik kat 1 artikel ni.....

Artikel penuh dibawah:

Kemungkinan kereta hitam terbabit dalam kemalangan adalah 47 peratus lebih tinggi berbanding kereta warna lain.

Kajian yang dijalankan membabitkan kemalangan sepanjang 20 tahun lalu mendapati, pendedahan terhadap bahaya adalah lebih tinggi ketika berada dalam kereta hitam sementara putih, warna keemasan dan kuning adalah paling selamat.

Penyelidik dari Universiti Monash di Melbourne itu berkata, ada beberapa warna yang menjejaskan permandangan terhadap kereta ketika di jalan raya.

Menurut mereka, kereta hitam tidak menyerlah pada warna latar jalan raya, pemandangan sekitar dan trafik lain, lapor akhbar Daily mail.

Begitu juga dengan kereta berwarna kelabu, merah dan biru. - AFP


Jalan raya warna nya hitam, berkemungkinan membawa kesukaran pada pemandu lain sekali imbas melihat kereta2 berwarna hitam atau berwarna gelap.  


So.....bacalah doa menaiki kenderaan atau ayat Kursi ketika berkenderaan. Semoga kita sentiasa berada didalam perlindungan Allah SWT. Insya'allah.

Wassalam.

BFK 47. Kami's Special

Bismillah.
Assalamualaikum.

Malam Sabtu lepas kami masak special sikit. Anak2 dah nak mula balik ke tempat belajar masing2. Dah kat 2 bulan mereka kat rumah.

Wife pilih masakan ayam kali ni. . Jom kami perlihatkan.....

Nama pun masakan ayam jadi ni kira yang utamanya. Tasty and delicious. Ish ish.



Kat atas kentang putar (belum diletak sos lagi), kat tengah coleslaw dan kat bawah bun. Hmmm, side dish yang penuh khasiat. Sedap!


Pelengkapnya. Sos lada hitam dan sos cendawan. Tasty gitu.


Bila digabungkan semuanya jadi le "Kami's Special". Semuanya home cook gitu. Seperti apa yang kami selalu katakan "sedap dipandang lagi sedap dimakan". Hehe. 

Tetapi perlu juga kami ingatkan, di akhir2 zaman ni kita kehilangan nikmat atau berkah makanan. Makanan sedap2 tapi membawa penyakit.  


So.....semoga Allah SWT memberi kita kesihatan yang baik untuk menikmati pemberian Nya. Amin.


Wassalam.

Sabtu, Jun 26, 2010

BSK. 17. Harta Yang Bermenafaat

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga Allah SWT kurniakan kita dengan rezeki yang halal. Insya'allah.

Michael Jackson satu nama besar dalam industri muzik. Diberi gelaran Raja Pop. Terkenal diserata dunia. Meninggal lebih kurang setahun yang lalu. 

Dikatakan semasa meninggal hutang beliau berjumlah sekitar USD500 juta. Terkini diberitakan pendapatan selepas beliau telah tiada mencecah USD 1 billion. Satu angka yang cukup banyak pada pendapat kami. Pembetulan bukan "cukup banyak" tapi "teramat la banyak". 
Mati hidup balik beberapa kali pun tak habis harta tu. Sampai tujuh keturunan pun masih banyak lagi. Kalau kami le. Hehe.

Tapi orangnya dah tak ada. Harta makin banyak. Agak2nya camno allahyarham kat sana? Boleh ke harta yang banyak tu membawa kebahagiaan kat sana?

Kami ada terbaca mengenai Nabi Sulaiman dimana dikatakan beliau adalah nabi dan rasul yang terakhir memasuki syurga. Ini kerana kerajaan dan harta yang dikurniakan Allah SWT kepada baginda. 

Abdul Rahman Bin Auf, seorang dari 10 sahabat yang dijamin oleh Rasulullah SAW masuk syurga. Beliau dikatakan merangkak untuk masuk syurga. Juga kerana harta yang dikurniakan Allah SWT kepada beliau.

So.....kita fikir2kan bersama.

Wassalam.

BFK 46. Orang Berbudi Kami Berbahasa, Orang Memberi Kami Merasa II

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita semua termasuk didalam golongan hamba2 Nya yang berterima kasih. Insya'allah.

Anak pertama mendaftar masuk tahun kedua Rabu lepas. Lepas habis daftar balik semula kat Seremban kerana kuliah bermula hanya pada 28/6/10. Petang sampai kat rumah bawa balik ole2. Katanya kawan beri. Kawan dekat2 Kelang je.

Kawan special ke? Tengah belajar plak anak kami ni. Tak pe asal kedua-dua mengikut batas2 persahabatan dan tahu tanggungjawab yang diamanahkan oleh ibubapa kepada mereka. Insya'allah. Jadinya yang tinggal hanya le kotaknya. Isi dah habis. Tak sempat nak ambil gambar. Hehe.


So.....rezeki dari Allah SWT. Disalurkan kepada kita oleh hamba2 Nya yang terpilih. TQ.


Wassalam.

Jumaat, Jun 25, 2010

BFK 45. Tak Kisah Pun

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga Allah SWT memasukkan kita kedalam golongan hamba2 Nya yang sabar. Insya'allah.

Tiga pagi berturut-turut hujan turun waktu subuh kat sini.

Dulu bercinta juga bila hujan turun waktu2 macam ni. Lepas subuh je kena berkejar ke Terminal 1 Seremban. Nak naik bas ke KL le.


Nak pergi ke tidak opis hari ni? Nak pergi sekarang atau lewat sikit? Bercinta beb!

Kalau hujan kena pergi naik kereta. Parking RM4.20. Kat tingkat atas plak tu. Leceh! Sampai KL lewat gak. 


Jika tak hujan kami bawa ni je ke Terminal.....


RM1.00 je parking.


Sekarang ni, hujan ke tak hujan ke, panas ke sejuk ke tak kisah. Bila hujan syahdu je tidur. Tarik selimut rapat2. Kepala tak pening.

Sama gak macam dua beranak ni. Lena je tidur. Hehe.


So.....kawan2 fikir2kan.


Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India