DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Julai 01, 2010

BSK 20. Bukan Siput Sedut

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pagi tadi bila tengah bancuh kopi nak sarapan pagi terpandang benda ni kat rumah kosong bersebelahan.

Tak payah le nak sebut namanya, orang tak suka. Geli geleman gitu. Kalau nak sebut juga sebut "siput khinzir". Baru sound OK. Kah kah.

Bila sebut khinzir atau sebutan yang sewaktu dengan nya kami teringat kat contoh yang diberikan seseorang tu berhubung melesenkan perjudian. "Contohnya, membela dan memakan babi, kita khususkan tempat pembelaan dan kita umumkan kawasan tidak halal apabila membabitkan penjualannya. Begitu juga dengan arak, kita syaratkan tempat dan kenakan hukuman sekiranya berkelakuan mabuk di tempat awam. Jadi kenapa dalam isu melesenkan judi sukan ini menjadi masalah pula kepada kita......"

Pada pendapat kami yang pendidikan tak berapa tinggi ni, masalah bukan nampak terus kat pihak yang memberi lesen. Masalah langsung kat kaki judi tu. Bila masalah kat kaki judi terpalit juga kat keluarga. Terpalit kat keluarga terkena juga kat masyarakat. Terkena kat masyarakat terjejas juga negara. 

Kami masih ingat berita2 berhubung dengan peminjam2 kat "Along". Kawan2 masih ingat tak? "Melayu mudah lupa" kata2 keramat yang selalu kita dengar. Kan masalah problem tu. Seingat kami tak ada orang Malaysia pinjam kat "Along" kerana gila makan khinzir. Rasanya tak jugak kat arak. Kat judi je adanya. Mintak tolong ye, bukan kami setuju penjualan arak ni.

Bila kita mengaku negara Islam kita perlu menunjukkan sopan santun dan budi pekerti Islam kita. Baru kita gentleman.

Tiap2 minggu kita diperingatkan, bertaqwa lah kita dengan sebenar-benar taqwa dengan mengikuti segala suruhan Nya dan meninggalkan segala larangan Nya. 


Berdiam diri bermaksud kita setuju. Ianya ada kena mengena dengan akidah kita. Pendapat yang kami utarakan ni menunjukkan  selemah-lemah iman. Apa kata kawan2.


So.....semoga kita semua dibawah perlindungan Allah SWT. Fikir2kan.....


Wassalam.

Rabu, Jun 30, 2010

BFK 49. Meraikan Tetamu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ahad lepas abang ipar dan keluarga singgah kejap kat rumah kami. Lepas melawat biras kat Hospital Seremban. 


Duduk2 sambil tenguk laptop gitu. Bukan kelas komputer tau. Cari resepi le tu. Hehe.


Abang ipar ni mengikuti perlawanan Piala Dunia sekarang ni. Sanggup le tenguk perlawanan sampai pagi. 


Meraikan tetamu kami sediakan juadah tengahari. Mari kami tunjukkan. 


Wife masak. Rebung tak berbau. Very tasty. Nice.


Anak ke 2 yang sediakan. Garing dan menyelerakan.


Anak ke 3 bantu wife sediakan. Cukup semua rasa. 

Kegemaran kami. Pecal! Enak! Sedap kalau kuah nya sedap.

Makan ramai2 ni seronok. Berselera. Tu sebab kami suka makan sekeluarga. Hehe.

Petang sebelum balik kami sediakan minum petang. Zass.....

Wife buat apam tepung beras dan anak ke 2 goreng keledek. Orait tu!


Lepas rehat2 kejap mereka pun pulang. 


Meraikan tetamu tuntutan agama. Jangan sampai tetamu merasa tidak selesa. Saidina Ali merasa tidak tenteram jika rumah nya tidak menerima kunjungan tetamu. Banyak pahala beb! Rezeki tu!


So.....jamu setakat yang ada. Semoga Allah SWT menganugerahi kita dengan rezeki yang halal.


Wassalam.

Selasa, Jun 29, 2010

BSK 19. Ramalan 1-0

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nak cerita pasal piala dunia. Malam tadi Belanda mengalahkan Slovakia (2-1). Pasukan Belanda merupakan pasukan favorite kami dari dulu. Sejak era Johan Cruyff.

Malam tadi nampak tumpul je barisan depan Belanda. Tapi mereka bijak mengambil kesempatan bila counter attack. Perlawanan seterus nya melawan Brazil. Pasukan yang pada kami sentiasa di hormati dan konsisten bila di Piala Dunia. Huhu. Menangis ni.....

Peluang untuk Belanda ada, bukan tak ada. Seperti kata2 keramat "bola tu bulat". Bila difikirkan memang bola tu bulat kalau lonjong ragbi nama nya. Hehe. 


Haha. Si Oranje meramalkan Belanda menang 1-0 mengalahkan Brazil. Penyokong tegar Belanda ni. Boleh percaya ke? Huhu. Nangis lagi ni!

Minat kat sukan je. Tak setuju juga pendirian politik mereka.

So.....bersederhana dalam segala perbuatan kita. Semoga mendapat rahmat Allah SWT.

Wassalam.

BFK 48. Satu Pagi Kat Depan Rumah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nak tunjuk suasana kat depan rumah waktu pagi. Sambil2 tunggu van yang membawa anak ke 4 ke sekolah.

Minta maaf le kerana gambor nya tak berapa terang. Pagi katakan. Lagi pun kamera handphone je. Tak pe kami zass juga.....

Nampak tak bulan penuh kat atas? Kalau nampak sejuk perut mak masa mengandung. Kalau yang tak nampak tu.....hmmm pakai le cermin mata. Ish ish. Yang lain2.....

Belum ada banyak kenderaan lalu lalang. Keadaan masih tenang. Udara masih nyaman lagi. Bila anak dah ke sekolah, kadang2 tidur balik, kekadang baca buku. Penuhkan masa.

Yang bekerja tu buat le cara bekerja. Keluar awal balik plak lewat.

So.....buat lah yang terbaik. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Amin.

Wassalam.

Isnin, Jun 28, 2010

BBK 16. Lupa Mimpi

Bismillah.
Assalamualaikum.

Tiap malam Khamis ada kelas tafsir kat surau kami. Buat masa ni ustaz sedang bicarakan bab 11 kisah Nabi Yusuf A.S.  dari kitab Kisah Para Nabi.



Ayat 42 Surah Yusuf :

 "(Yusuf berkata) : 'Jelaskan keadaan ku pada tuan mu', tetapi syaitan membuatnya lupa menerangkan keadaan Yusuf kepada tuan nya. Kerana itu Yusuf tetap tinggal di penjara selama beberapa tahun lamanya."

Bila membicarakan ayat diatas, kami diberitahu bahawa lebih 50% dari penyakit ada berkaitan dengan syaitan dan lupa atau nyanyuk adalah satu dari nya. Menurut ustaz lagi adalah amat rugi jika kita dihinggapi penyakit itu di masa akhir usia.

Tetapi kita masih diberitahu akan penawarnya. Jika kita tidak mahu mengidap penyakit tu dimasa tua amalan nya mudah je. Berterusan membaca al-Quran. Insya'allah.

Diselitkan juga masalah berhubung mimpi. Jika mimpi seseorang tidak diberitahu atau dikhabarkan, mimpi tu tak akan berlaku. Bila diceritakan baru akan terjadi. Wallah hu alam.

So.....amalan yang baik akan diberikan balasan baik juga dari Allah SWT. Insya'allah.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India