DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Julai 02, 2010

BFK 50. Untuk Abang

Bismillah.
Assalamualaikum.

Malam ni kami makan spaghetti. Sedap gitu. Ni kami tunjukkan gambar khas untuk abang. Tadaa.....

Ibu yang masak. Sedapnya! Hehe.

Ada air special lagi.....

Ibu buat gak. Air bandung ais krim soda. Refreshing!

Bila dipadankan.....

Kan terliur dibuatnya. Rugi tak balik minggu ni. Kan dapat gambar je. Hehe.


So.....Allah SWT beri kita rezeki kat mana2. Insya'allah.


Wassalam.

BSK 22. Sokong Holland

Bismillah.
Assalamualaikum.

Si Oranje dan mummy dia dah berangkat ke Afrika Selatan dah. Nak beri sokongan kat pasukan Holland. Diaorang naik concorde. Zass.....

Heran! Concorde kan dah tak beroperasi lagi. 

Diaorang sewa jet ni je.....

Boleh sampai ke? Ish ish.

Katanya nak duduk belakang gawang gol Brazil. Nak kira berapa gol Holland dapat jaringkan. Huhu. Buat kami nangis je. Dulu kata 1-0 je.

Cheh! Mimpi rupanya si Oranje ni. Kah kah kah.

So.....mimpi mainan tidur. Semoga kita didihindari Allah SWT dari termasuk didalam golongan yang lalai. Insya'allah.

Wassalam.

BSK 21. Artikel Dari Akhbar The Star 1 Jul 2010

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sesekali terbaca akhbar nak jugak buat komen. Bukan pandai nak buat perkara tu.



Artikel bertajuk "It's democracy and not derhaka" dan intipati nya "It is one thing to have a populace that does not quite understand the full extent of their democratic rights, it is quite another to have leaders perpetuate a feudalistic atmosphere to keep their grip on power."

Satu kenyataan yang benar pada pendapat kami. Jika dipandang ada dua pihak yang terlibat kat sini. Satu pihak rakyat dan satu lagi pemimpin. Sila baca:
http://setanaknasibicaradunia/2010/06/bbk14-islam-demokrasi-bab-7-prinsip.html 

Jika kawan2 berminat baca le buku yang di nukilkan oleh Tuan Guru Presiden Pas berhubung dengan demokrasi.

Pada pendapat kami rakyat dan juga pemimpin rasanya bukan tak mengerti hak2 mereka. Cuma tak mengerti atau tak mahu mengerti apa itu "amanah". Kepimpinan adalah amanah, mengikuti juga adalah amanah, mendidik/menjaga anak2 adalah amanah dan semua kehidupan ini adalah amanah. Kita akan disoal mengenainya. 

Kepimpinan berkongsi harta rakyat dengan rakan taulan. Pemimpin hendak kekal memimpin, rakan taulan hendak mengaut sedikit dari habuan kehidupan. Kedua2 tahu hak demokrasi mereka, tetapi dek kerana dunia, tak ambil tahu apa yang terjadi kat negara. Jadi bermati-matian memberi sokongan.

Sama seperti manusia yang sanggup mendera, membuang dan membunuh anak sendiri. Anak kan amanah dari Allah SWT. Banyak perkara yang dilakukan oleh kita tapi kita tidak mengambi kira amanah yang berkaitan dengan nya.

Tak nak le komen banyak2. Cukup le sampai disini je.

So.....semoga Allah SWT memasukkan kita didalam golongan yang mampu memilih "yang benar itu benar dan yang bathil tetap bathil". Insya'allah.

Wassalam.


BBK 17. Lupa Mimpi - Sambung Sikit

Bismillah.
Assalamualaikum.

Malam Khamis lepas sebelum memulakan kelas tafsir ustaz sambung sedikit lagi pasal mimpi. Berkaitan dengan ayat 42 Surah Yusuf juga.

Kitab tafsir berkenaan.



Ustaz berkata jika kita terjaga dari mimpi yang membawa kesan kepada kita ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan.
  • menyebut "a'udzu billahi minasy-syaithanir-rajim" dan memaling kepala ke sebelah kiri dan meludah. Buat 3 kali. Bukan meludah sampai keluar air ludah cuma seperti meludah je.
  • menyebut "a'udzu billahi minasy-syaithanir-rajim" dan bertukar posisi tidur.
  • Bangun dan solat.
  • Jangan di ceritakan kecuali kepada orang alim sahaja.
Wallah hu alam.

Seperkara lagi, sebelum tidur, sebut "bismillah" dan kebut2 tempat tidur kita. Kita tak tahu siapa atau apa yang mendahului kita kat situ. Insya'allah tak de gangguan.


So.....semoga Allah SWT menghindari kita semua dari gangguan syaitan dan makhluk2 yang seangkatan dengan nya. Insya'allah.


Wassalam.

Khamis, Julai 01, 2010

BSK 20. Bukan Siput Sedut

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pagi tadi bila tengah bancuh kopi nak sarapan pagi terpandang benda ni kat rumah kosong bersebelahan.

Tak payah le nak sebut namanya, orang tak suka. Geli geleman gitu. Kalau nak sebut juga sebut "siput khinzir". Baru sound OK. Kah kah.

Bila sebut khinzir atau sebutan yang sewaktu dengan nya kami teringat kat contoh yang diberikan seseorang tu berhubung melesenkan perjudian. "Contohnya, membela dan memakan babi, kita khususkan tempat pembelaan dan kita umumkan kawasan tidak halal apabila membabitkan penjualannya. Begitu juga dengan arak, kita syaratkan tempat dan kenakan hukuman sekiranya berkelakuan mabuk di tempat awam. Jadi kenapa dalam isu melesenkan judi sukan ini menjadi masalah pula kepada kita......"

Pada pendapat kami yang pendidikan tak berapa tinggi ni, masalah bukan nampak terus kat pihak yang memberi lesen. Masalah langsung kat kaki judi tu. Bila masalah kat kaki judi terpalit juga kat keluarga. Terpalit kat keluarga terkena juga kat masyarakat. Terkena kat masyarakat terjejas juga negara. 

Kami masih ingat berita2 berhubung dengan peminjam2 kat "Along". Kawan2 masih ingat tak? "Melayu mudah lupa" kata2 keramat yang selalu kita dengar. Kan masalah problem tu. Seingat kami tak ada orang Malaysia pinjam kat "Along" kerana gila makan khinzir. Rasanya tak jugak kat arak. Kat judi je adanya. Mintak tolong ye, bukan kami setuju penjualan arak ni.

Bila kita mengaku negara Islam kita perlu menunjukkan sopan santun dan budi pekerti Islam kita. Baru kita gentleman.

Tiap2 minggu kita diperingatkan, bertaqwa lah kita dengan sebenar-benar taqwa dengan mengikuti segala suruhan Nya dan meninggalkan segala larangan Nya. 


Berdiam diri bermaksud kita setuju. Ianya ada kena mengena dengan akidah kita. Pendapat yang kami utarakan ni menunjukkan  selemah-lemah iman. Apa kata kawan2.


So.....semoga kita semua dibawah perlindungan Allah SWT. Fikir2kan.....


Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India