DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, September 03, 2010

BFK 88. Biskut Raya Untuk Tetamu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Bulan Ramadan kurang seminggu lagi akan berakhir. Sekarang ni kat surau2 atau masjid2 dah mulai kurang yang berjemaah. Berkemunkinan lebih senang atau selesa berjemaah kat rumah dengan keluarga. 

Surirumah dah mula membuat persiapan raya, tengah sibuk buat biskut tu. Hehe. Kami pun ada le sikit2 membuat persiapan. Tahun ni sambutan raya kat rumah kami. Semua keluarga adik beradik datang. Kena ada juga serba sedikit biskut untuk disajikan.

Jom2 ikut kami.....

Kalau tak silap kami, nama manja biskut dahlia tu dulu2 "semperit". Tak glamour kot, tu sebab ditukar namanya. Ish ish.

 
 Salji turun masa buat biskut tu, jadi dinamakan suji salju.  Ada ke salji kat sini? Haha.

Yang ni saudara tiri suji salju. Kaya dengan bahan2 jadi disebut makmur. Favourite kami sejak dulu. Dulu bentuk macam karipap. Biskut ni kan rapuh, cerita dulu2 ni, bila dah lepas raya kat dalam tin simpanan tu ada "serdak" atau apa nama tu, serpihan biskut bercampur gula. Kami gunakan sudu untuk habiskan. Sedap! Nasib baik tak di sedut dengan straw. Lagi ganas. Haha.


Datang dari jauh nama biskut ni. Bukan calang2, dari England. Tapi bahan2 semua local. Peninggalan penjajah kot. Tak pe, sedap.

Kerabat almond london! Irish biscuit atau biskut irish diberi nama. Berkemungkinan nama tu dari Republic Ireland. Kalau ikut resepi ada manik2 sebagai hiasan. Terlupa nak beli. Hehe.

Biskut nescafe. Anak ke 2 yang buat dari awal hingga akhir. Saja2 dibuat bentuk sebegitu untuk menampakkan keunikan. Kan cantik tu.

Saudara suji salju. Haha. Salji tak turun jadi dicampur kelapa kering dan dihias dengan hirisan badam je. 

Namanya biskut coklat chip. Nampak sedap je. Setanding dengan keluaran Famous Amos rasanya. Hehe.


Kita dah sampai segmen kuih2 jawa ni. Haha. Tumpi, dibuat dengan kacang dhal. Kesukaan anak2. Ada juga tumpi yang dibuat dengan kacang hijau. 


Peyek atau rempeyek. All time favourite kami. Macam tumpi, tak ada bentuk standard yang digunakan. Wife mesti buat peyek setiap tahun. Sayang kami. Hehe.

Ada 2 jenis lagi rasanya. Tat nenas salah satunya. Tapi tunggu anak ke 3 balik dari Segamat. Favourite dia kot. Wife buat biskut2 ni pun tak banyak. Satu adunan je setiap satu. Cukup untuk tetamu-tetamu merasa.

So..... semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan dan dihindari kita dari pembaziran. Amin.

Wassalam.

Khamis, September 02, 2010

BSK 73. Panjut Sambut Malam Ramadan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kat taman kami ni, kami dapati ada sebuah rumah je yang masih memasang "panjut" atau lampu pelita menyambut malam2 terakhir Ramadan. Masa kat kampung dulu ada juga dipasang. Lama dah tu. Tak tau pulak sebab musabab pasang pelita ni. Yang kami tau cuma senang nak main bunga api atau mercun. Haha.

Kalau pasal gelap, rasanya kat taman2 perumahan banyak lampu jalan dipasang. Terang benderang suasana. Rasanya adat atau kebiasaan kot. Asalkan tak bercanggah, OK je.

So..... semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan ilmu yang bermenafaat dan akal yang sihat. Amin.

Wassalam.

BFK 87. Kuey Teow Goreng Biasa

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ini dah hari ke 23 kita berpuasa. Subuh tadi kelihatan bulan semakin mengecil. Nak jadi anak bulan Syawal le tu. 

Hari tu isteri masak kuey teow goreng untuk berbuka. Hari bila ya? Hari tu le! Ish ish. Jom2 ikut.....

Char kuey teow? Kuey teow goreng mamak? Bukan rasanya. Kuey teow goreng biasa je. Letak ayam, kuchai, tauge, daun sup dan daun bawang. Simple tapi sedap. Tu yang penting. Kuey teow goreng favourite anak ke 2 kami. Yang berkuah seingat kami cuma kuey teow sup dan kuey teow bandung je dalam kamus dia. Ish ish.

Tu le salah satu masakan yang dapat kami ceritakan. Tak le special. Pada kami asal ada kurniaan dari Allah SWT, alhamdulillah.

So..... semoga kita dikurniakan Allah SWT dengan nikmat rezeki yang halal lagi diberkati Nya. Amin.

Wassalam.

Rabu, September 01, 2010

BSK 72. Fitrah Satu Tanggungjawab

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nak ingatkan kawan2. Dah menunaikan tanggungjawab ke? Alahai, takkan lupa kot! Bayar fitrah! Kami dah bayar awal2 lagi.

Kat Seremban ni RM6.50 seorang. Since semua anak2 belum lepas belajar, jadi kami bayar untuk sekeluarga.  6 orang je.

Kita selalunya diberitahu waktu paling afdhal membayar fitrah ni sebelum solat hari raya. Ada juga ustaz yang mengatakan lebih baik ditunaikan kewajiban tu awal supaya wang tu dapat diagihkan cepat. Ini supaya semua 8 golongan itu dapat membuat persiapan awal menyambut syawal. 

Terpulang kepada kita sebenarnya bila hendak menunaikannya. Faktor utama ada kelapangan. Mungkin ada kawan2 kerana mahu bercuti lama terpaksa membuat kerja sampai lewat malam atau di hujung minggu. Hmm.....

Walau apa pun kewajiban tu jangan dilupakan. Nanti rasa bersalah, membuat raya kita dan raya orang2 tersayang tak syok pulak. Huhu.

So..... semoga kita semua termasuk didalam golongan hamba2 Nya yang dikurniakan sifat bertanggungjawab. Amin.

Wasslam.

BFK 86. Cermin Mata Kami

Bismillah.
Assalamualaikum.

Jika kawan2 solat berjemaah, apabila dah qamat atau iqomah, kawan2 akan mendapati banyak juga cermin mata diletakkan kat atas sejadah atau lantai. Ada perasan atau perasaan tak? Mungkin kawan2 salah seorang daripada mereka2 yang berbuat demikian.
Kami dulu pun berbuat begitu bila nak bersolat. Dengan cermin mata kat gambar diatas tu. Tapi kami dah mula memakai cermin mata bila bersolat. Mesti ada sebab kan? Selalunya "old habit die hard". Nak tahu kenapa? Well.....

Kisahnya begini, masa tu muadzin atau bilal dah qamat. Bila kami sure semua jemaah dah settle, kami pun meletakkan cermin mata kat lantai masjid. Tiba2 tak semena-mena datang seorang hamba allah ni melintas kat depan kami. Tak sempat kami nak berbuat apa2. Melayang cermin mata tu entah kemana. Allahhuakbar! Rabun kami memang rabun yang boleh dikategorikan rabun jauh tegar jugak. Huhu. Terpingga-pingga for a moment. Alhamdulillah, dalam keadaan mengecilkan mata melayangkan pandangan, ada seorang jemaah mencuit dan menunjukkan kedudukan cermin mata kami. Seingat kami jaraknya selang 5 jemaah dari kami. Cepat2 kami ke tempat yang dikatakan. Dengan pantas mengambil dan masuk kembali dalam saf. Dalam keadaan kepoh tu langsung tak teringat nak pakai cermin mata tu. Hehe. Elok cermin mata tu tak ada kecacatan. Terus kami pakai. Alhamdulillah.

Kejadian tu semasa kami nak mula solat Jumaat kat Masjidil Haram pada tahun 2005. Syukur kepada Allah SWT kerana cermin mata tak rosak dan tempat solat tidak dipenuhi oleh jemaah lain yang sedang mencari tempat untuk solat. Alhamdulillah.

So.....semoga Allah SWT memberikan kita kelapangan untuk mengerjakan ibadah dan membesarkan agama yang diredhai Nya. Amin.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India