DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, September 11, 2010

BSK 74. Puasa 6 Hari Bulan Syawal

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kita bertemu lagi. Sekali lagi kami ucapkan "Selamat Hari Raya Aidit Fitri" kepada kawan2 semua. Dah masuk hari raya kedua hari ini. Adakah Madrasah Ramadan telah membersihkan jasmani dan terutamanya rohani kita? Cuba kita fikir2kan.....
Well, sekiranya dah bersih, mari kita wangi kan pula! Bukan dengan "Febreze" tapi dengan.....

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Afdal dilakukan secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh tidak berturut-turut asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. 

Kami pun tak pernah lagi melakukan secara yang afdal. Yang rehat2 tu biasa le. Kita masih sihat dan bertenaga, apa salah kita mengaut keuntungan yang Allah SWT offer. Cuba fikir2kan.

So..... semoga kita semua dihindari Allah SWT dari sifat malas dan selalu berlengah-lengah. Amin.

Wassalam.

Selasa, September 07, 2010

BFK 92. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Bismillah.
Assalamualaikum.

Samada Hari Raya Aidilfitri 1431H ni pada hari Khamis atau Jumaat, tidak le ada salahnya. Terpulang pada pemerintah yang ada. Tak payah kita nak bertekak atau gundah gulana mengenaninya. Pada kami 1 Syawal 1431H kita raya. Tu yang penting.
Kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Bathin" kepada kawan2 semua. Lepas raya nanti baru kami teruskan cerita. Kepada yang memandu ke kampung, berhati-hati memandu. Banyak bersabar. Berhenti kalau penat atau mengantuk. Semoga kawan2 semua selamat sampai ke destinasi masing2. Insya'allah.

So.....semoga kita semua dikurniakan oleh Allah SWT ganjaran lailatul qadar dan pahala seperti yang dijanjikan kepada hamba2 Nya yang berpuasa. Amin. Insya'allah.

Wassalam.

Isnin, September 06, 2010

BFK 91. Hari Mengemas Sedunia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Anak2 yang kat IPT dah balik untuk beraya. Kiranya dah cukup korum kat rumah ni. Projek besar "biskut2 raya" dah settle. Jadi hari ni wife beri 1 lagi tender untuk 1 lagi projek besar, semua terlibat ni. Huhu. Menangis ni!


Well, Hari Raya kan pada 1 Syawal 1431H, rasanya pada hari Jumaat, 10/09/10 ni. Ada juga yang kata mungkin hari Khamis, 09/09/10. Well, kita tunggu je. Apa2 pun memang jatuh pada 1 Syawal 1431H. Itu memang dah tak boleh ditukar. Berbalik pada projek besar kedua kami. Kalau kat opis dinamakan "spring cleaning". Kat rumah kami namakan "hari mengemas sedunia". Baru gah sikit. Ada le motivation nak buat. Kira2nya 1 dunia sama2 buat. Hehe. Bila dah dimulakan, baru terbentuk team2 tersendiri. Permulaannya dengan arahan mem besar. Secara tak langsung hari ni terbentuk 2 team. Team "dapur" dan "selain dapur". Haha.

Jom2 ikut kami.....

Team Dapur terdiri dari wife dan anak ke 2. Gambar diambil semasa proses kemas mengemas tu dilakukan. Banyak kerja tu, lap semua yang ada kat bahagian dapur. Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya. Ada yang dah memancar-mancar dan ada yang masih berserabut. Well, step by step. Oh yeah!

Team satu lagi tu, kami, anak pertama, ke 3 dan ke 4. Tugasan meliputi setiap benda yang ada kat tempat makan dan ruang2 tamu. Lap menggelap sampai mob menggemob. 

Apa2 yang terlintas kat fikiran kawan2, kami semua dah buat. Tak percaya? Cuba fikirkan sesuatu tugas. Ha.....kami dah buat. Hehe. Jangan marah!

Kalau difikirkan, lama juga kami sekeluarga gotong royong ni. Mula secara formalnya jam 9.00 pagi. Kira official closing jam 12.30 tengahari tadi. 3 jam setengah juga le! Memang penat, tapi bila sekeluarga yang buat, dengan senda guraunya, kacau mengacaunya, berbaloi rasanya. Well, kepenatan lepas solat zohor, semua tidur. Kami je tengah sengkang mata ni.

So.....semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan sifat kasih sayang dan semoga kita sekeluarga hidup saling kasih mengasihani sesama insan. Amin.

Wassalam.


Ahad, September 05, 2010

BFK 90. Biskut Raya Lagi

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nak cerita pasal biskut yang memang ada nostalgia kat keluarga kami. Nama commercial nya pineapple tart. Nama manja pula tat nenas. Tat nenas kami ni mendapat sambutan yang baik dari rakan2 kat KLCC dan kat taman kami ni satu masa dulu. Bila pindah kat Bangi kami dah tak jual dan buat lagi. Well, well, well, semalam kami gotong royong membuatnya sekali lagi. Selepas 7 tahun lebih kami melupakannya. Jom2 ikut.....

Tat nenas gulung! Tak le cantik atau menawan rupa paras nya. Atau handsome ke. Tapi permintaan  sampai sekarang pun masih ada.  Samada kat KLCC atau kat taman kami ni.

"Tat nenas dibawa belayar, dibawa belayar dalam perahu, banyak mana pun kawan2 nak order, 1 Malaysia kami tak mahu".

Jom2 ikut kami lagi.....

Kira OK le, dah 7 tahun tak buat tapi masih boleh maintain keaslian. Tapi, ada juga tapinya, hehe, dibuat kecil sikit dan guna lapik. Itu je. Well, dah habis kami cerita pasal pineapple tart.

Atas ni pulak biskut siput atau nama glamornya snail biscuit. Haha. Kena makan pelan2. Baru dapat menikmati bahan2nya.Ish ish.

Biskut badam rangup. Berbentuk kipas lagi. Menarik kan! Melihat je dah sejuk badan.

Habis pun cerita pasal biskut2 raya yang kami buat. Persiapan kawan2 pada pendapat kami pasti lebih rapi. Apa2 pun jangan membazir.

So.....semoga kita semua dibawah perlindungan Allah SWT dari sifat membazir dan semoga kita semua juga dikurniakan sifat syukur dan berterima kasih dengan segala kurniaan Nya. Amin.

Wassalam.

Sabtu, September 04, 2010

BFK 89. Duit Raya Ma

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pagi semalam kami ke sebuah bank di Seremban 2. Well, nak tukar duit raya sikit. Duit lama dapat baru! Hehe. Sampai kat sana jam 9.30 pagi. Kaunter khas hanya dibuka pada jam 10.00 pagi. Tak nak buang masa kami pergi isi minyak kereta dulu. Lepas tu pergi ke sebuah kedai runcit, beli daun sup, daun bawang dan kelapa parut.

Sampai sekali lagi kat bank tu dalam jam 10.10 pagi. Dah panjang pulak orang berbaris. Huhu. Kaunter khas ni merupakan satu bilik dengan pintu cermin. Dah  sedia ada seorang pelanggan kat dalam bilik masa kami mula berbaris. Sepuluh minit berlalu tak keluar2 mamat sekor ni. Barisan semakin panjang. Kaki pun dah mula rasa macam meminta-minta "duduk2, kerusi2".  Huhu. Resah juga dibuatnya. Pelanggan lain pun sama keadaannya. Berpuluh ribu RM ke yang nak ditukar? Jam 10.35 pagi baru keluar si mamat ni. Aik! Orang Cina ma! Tahun Baru Cina lama lagi ma! Ish ish ish.
Jam 11.00 pagi selesai urusan kat bank tu. Duit baru tu. Masih keras lagi. Duit warna biru je. Haha.

Pasangan intim duit raya. Kalau tak ada sarung ni tak seronok raya. Betul ke? Duit raya ni pada kami diberi dengan ikhlas. Diniatkan sebagai sedekah. Pemberian kepada anak2 saudara, saudara mara yang berumur dan kanak2 yang datang beraya. Tambahan kepada sedekah yang diberikan pada bulan Ramadan.

Sedekah amat digalakan dalam Islam. Banyak pahalanya. Berilah dengan berpada-pada mengikut kemampuan kita. 

So.....semoga Allah SWT menjadikan kita hamba2 Nya yang ikhlas  lagi dermawan. Amin. Insya'allah.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India