DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Ogos 10, 2011

BFK 148. Berakhir fasa pertama Ramadan 1432H

Bismillah.
Assalamualaikum.

IMG_0077Hari ini 10 Ramadan 1432H bersamaan 10 Ogos 2011.

Kita dah tiba di akhir fasa 1 dan akan memasuki pula fasa 2.

Semoga Allah Taala dengan kelembutanNya memberi kita ganjaran yang berganda dan menghindari kita dari cuma mendapat lapar dan dahaga.

Dan semestinya juga kita meletakkan pengharapan agar kita berada didalam kelompok yang mendapat rahmatNya.

Perbanyakkan membaca al-Quran, zikir, wirid, solat sunat dan membantu mereka yang memerlukan.

Jangan lupa untuk menjaga anggota badan kurniaan Allah Taala kepada kita. Anggota badan kita perlu dijaga agar ianya tidak melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Ia seharusnya digunakan dengan baik agar dapat memberi manfaat kepada kita.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya menjadilah kami dari golongan orang-orang yang rugi. Amin.

Wassalam.

Isnin, Ogos 08, 2011

BSK 216. Baca dan tentukan sikap sendiri

Bismillah.
Assalamualaikum.

Datuk Sasterawan Negara seorang ini semakin lantang berbicara. Tetapi pada kami apa yang dibicarakan ada kebenarannya.

Beliau mahu kita iaitu orang ramai banyak membaca, membaca untuk memperolehi infomasi.

Informasi yang kita perlu ambil bukan terhad dari media arus perdana sahaja. Tetapi orang ramai perlu juga membaca laporan dari media alternatif.

Saranan beliau agar kita mendapat laporan berimbang dan bukan dari satu sumber sahaja.

Puisi A Samad Said

Pak Samad: Tanpa alternatif, media perdana jadi 'gangster'

Jimadie Shah Othman Ogos 8, 11 12:17pm

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri.

"Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster (samseng)," kata sasterawan pelbagai genre itu.

"Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah."

Berucap ketika merasmikan kempen "Jom Baca Media Alternatif" di Kuala Lumpur semalam, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana.

"Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu," katanya di hadapan kira-kira 100 peserta yang kebanyakannya mahasiswa.

Bekas pengarang Berita Harian itu - yang meletakkan jawatan bagi membantah "meresapnya kuasa politik dalam akhbar" - juga mengambil peluang menggesa anak muda berubah.

Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai "perubahan regim".

"Sudah tiba masanya menukar regim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu," katanya yang lantang bersuara sejak tercetus bantahan besar seniman terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 2009.

"Sudah 54 tahun negara ini diperintah oleh golongan bangsawan... Saya tertanya-tanya, bilakan pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?".

Sebelum itu, bercakap dalam majlis yang sama, Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar berkata perkembangan media alternatif sebagai sumber maklumat akan membantu ke arah "demokrasi dan persaingan sihat".

Ini kerana, tambahnya, lanskap media sekarang berada dalam keadaan tidak sihat ekoran beberapa kekangan terhadapnya seperti melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

"Jadi asas persangain kita tidak sihat. Misalnya tiada hak untuk menjawab dan tiada wacana tanding (di media arus perdana)," katanya yang juga bekas pengarang majalah Detik yang pernah diharamkan kerajaan ketika era reformasi pada 1999.

Fathi bagaimanapun berkata, untuk terus beroperasi, media alternatif amat bergantung kepada sokongan pembaca kerana pasaran iklan yang terhad.

"Bukan sahaja (menyokong) dengan membaca, tetapi juga melalui dana. Kalau Malaysiakini, kena langganlah," katanya yang percaya kebebasan media sentiasa disokong oleh kebebasan kewangan.

Dalam majlis anjuran kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu, Malaysiakini diberi peluang berucap mewakili media alternatif.

***************************************************************************Kepada Cendekia Solidar

Kita wajar ikhlas murnikan sumber kuasa bangsa,
menghakis label-label bongkak yang disusup puaka,
Kini para bangken sedang berlindung di sebaliknya
dengan media gergasi pertajam taring dustanya.

Cendekia muda kini tenaga tulus dan waja
semakin cekal bangkit sebagai wewira perobah.
Mereka tentangi kuasa cemar berlendir dosa,
berazam melawannya demi mengharum satu era.

Pening gas dan pedih air mencemar dekad merdeka;
kuasa bobrok ghairah merongrong demokrasi luka.
Kita wajar mensyahdukan benih kuasa yang sakti,
dan dengan khusyuk mendeklamasi puisi berani.

Senja ini lara, dan kita tetap menyembuhkannya.
Ya, kita dakapi demokrasi tulen seakrabnya.

A Samad Said

***************************************************************

Bila kita pelbagaikan bacaan dan mendapat laporan seimbang ianya akan membuat kita berfikir.

Kita dapat menilai laporan dengan persekitaran kita. Apa sebenar yang sedang berlaku dalam masyarakat dan negara kita.

Adakah kita malas berfikir untuk "menentukan sikap" sendiri?

Well….. fikir-fikirkan.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu. Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif. Kurniakanlah kepada kami kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir denganMu, dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

Sabtu, Ogos 06, 2011

BSK 215. Sperma made in Japan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Laporan dari Tokyo menyatakan saintis Jepun berjaya mencipta sperma tiruan.

Ketika ini mereka telah berjaya melahirkan tiga ekor anak tikus.

Kaedahnya yang digunakan adalah dengan menyuntik sperma tiruan ke dalam telur tikus dan memasukkannya ke dalam saluran peranakan tikus betina yang melahirkan anak sihat secara semula jadi.

Sel tunjang hasil sperma tiruan
2011/08/06

Anak tikus

TIGA ekor anak tikus berjaya dilahirkan melalui proses penghasilan sperma tiruan hasil kajian saintis Jepun.

TOKYO: Saintis Jepun mencipta sperma tiruan menggunakan sel tunjang buat kali pertama dalam kejayaan saintifik yang bakal membuka jalan menyediakan rawatan baru bagi lelaki tidak subur.

Penyelidik kesuburan mencipta sel benih yang menghasilkan sperma dalam makmal dan memindahkannya kepada tikus tidak subur dan mendapati haiwan itu mampu melahirkan anak selepas rawatan.

Perkembangan itu, dianggap pakar sebagai amat menarik, dipercayai dapat membantu beribu lelaki tidak subur menjadi bapa jika kaedah itu terbukti memberi kesan sama kepada manusia.

Penyelidikan yang diketuai Dr Katsuhiko Hayashi menyuntik sperma tiruan ke dalam te-lur tikus dan memasukkannya ke dalam saluran peranakan tikus betina, yang melahirkan anak sihat.

“Anak tikus itu apabila dewasa mampu melahirkan anak secara semula jadi,” kata Dr Katsuhiko dalam kajian diterbitkan jurnal Cell.

Uji kaji sebelum ini bertujuan menghasilkan sperma daripada sel saraf tunjang janin tidak begitu berjaya dan dalam kebanyakan kes melahirkan anak tidak sihat yang kemudian mati.

Pakar kesuburan dan pensyarah kanan bidang andrologi di Universiti Sheffield, Dr Allan Pacey, berkata kejayaan itu langkah hebat bagi mengembangkan proses menghasilkan sperma untuk merawat lelaki tidak subur.

“Rawatan ini memerlukan doktor mengambil sel kulit atau tulang sum-sum pesakit untuk diuji. Namun banyak lagi kajian perlu dibuat untuk menapis proses ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Kesuburan Britain yang juga perunding pakar sakit puan di Pusat Kesuburan Newcastle, Dr Jane Stewart, berkata kemampuan menghasilkan sel mengeluarkan sperma manusia dalam makmal menjadi kejayaan dalam rawatan kesuburan. – Agensi
[Berita Harian Online]

Laporan juga menyatakan kaedah itu juga akan digunapakai oleh manusia jika ianya terbukti memberi kesan yang sama. 

Tak mampu nak komen apa-apa.

Cumanya, janganlah kaedah itu di salah guna pakai.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak berguna dan dari hati yang tidak khusyuk. Dari doa yang tidak diindahkan dan dari nafsu yang tidak puas-puas dan tiada kenyang-kenyangnya. Amin.

Wassalam.

Jumaat, Ogos 05, 2011

BFK 147. Si Capik

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ahad, 31/07/2011 kami ke pasaraya berhampiran rumah. Ramai kat sana. Sesak pasaraya tu.

Selalunya trolley boleh diambil kat entrance tapi hari tu perlu diambil kat tempat parking. Sambutan begitu menggalakkan kat pasaraya tu.

Kami bukan nak cerita pasal kat tempat tu. Tapi kami nak cerita pasal satu….. well insiden.

Lepas habis hajat kat pasaraya dan sebaik nak parking kereta kat depan rumah, kami terlihat sesuatu yang kecil sedang menggesot menuju ke kereta…..

No1506No1507No1509

Rupanya seekor anak kucing. Kedua kaki belakangnya tidak berfungsi dengan baik. Tetapi bergerak dengan pantas menggunakan kaki hadapan.

Kita jangan fikirkan yang bukan-bukan, kita andaikan sahaja keadaan anak kucing ini terjadi sejak dilahirkan.

Anak kucing ini bukan dari kumpulan lorong belakang rumah. Tak pernah kami terlihat kelibatnya sebelum ini.

Sebaik kami, wife, anak kedua dan anak keempat keluar dari kereta, laju si kecil ni sampai. Mengiau-giau dengan suaranya yang kecil. Lapar rupanya. Comel anak kucing ni.

Anak-anak sibuk nak beri makan. Kesian kata mereka. Dah le kecik cacat pula. Memang kesian.

Dapat le si kecil ni rezeki secubit ayam goreng.

Bila nak ke surau pada sebelah malam kelihatan kelibat anak kucing ni kat bawah kereta. Balik surau tak pulak kelihatan. Rasanya dah balik kat tempat asal dia.

Bila kami nak buang sampah dan kunci pintu pagar pada lewat malam anak kucing ni mengekor dari belakang. Ada lagi rupanya.

Nak biarkan kat depan rumah bahaya. Mana le tau, masa nak reverse kereta atau kenderaan lalu lalang kat depan rumah ter…..

Tempat paling selamat kat belakang rumah. Sesekali sahaja kenderaan lalu di sana. Selalunya lori gas dan kekadang lori suratkhabar lama.

Dah masuk hari kelima anak kucing ni kat belakang rumah. Kehadiran dapat diterima oleh kucing-kucing kat sana.

Jika jiran-jiran beri sisa-sisa makanan si kecil ni akan bersama-sama makan dengan yang lain. Yang besar tidak kacau sedikit pun makanan yang berada didepan si kecil ini.

Simpati atau toleransi, wallahualam.

Kami panggil anak kucing ini Two Legs tetapi anak-anak kata si Capik.

So….. Dengan nama Allah, dipohon pelihara diri kami, harta kami dan agama kami. Ya Allah, jadikanlah kami redha dengan penentuan-Mu dan berilah keberkatan kepada kami pada perkara-perkara yang ditetapkan bagi kami agar kami tidak suka menghendaki sesuatu yang Engkau lambatkan serta tidak pula suka melambatkan sesuatu yang Engkau segerakan. Amin.

Wassalam.

Isnin, Ogos 01, 2011

BFK 146. Ramadan untuk mencari keredhaan Allah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Rakan-rakanHari ini adalah hari pertama kita berpuasa.

Kami sekeluarga ingin mengucapkan tahniah kepada semua kerana dengan izin Allah Taala kita dapat mengecap Ramadan sekali lagi.

Bersama-samalah kita mengejar janji Allah Taala dalam bulan yang berkat ini. Bulan yang umat Islam dijanjikan rahmatNya, keampunanNya dan keselamatan dari siksaan api neraka Allah Taala.

Selamat berpuasa dan selamat mencari keredhaan Allah SWT.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, berilah kami ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepada kami dan kepada kedua ibu bapa kami dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah kami dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India