DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Disember 04, 2015

BHK 5. Pimpinan Orang Kurang Pandai

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pada pagi Jumaat ni kami nak share dua hadith daripada hadith2 mengenai mereka2 yang memimpin dan dipimpin. Untuk kita2 yang berada kat akhir zaman ni.

Baca dan hayati…..

Hadith 1:-

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain. [HR: Bukhari]

Huraian Hadith:

Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mendalami ilmu agama. Pada zaman ini, hampir tiada lagi ulama' yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama' adalah mereka yang menguasai dengan ahli banyak cabang-cabang ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama' semakin lama semakin pupus. Justeru dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan dari para ulama'. Tetapi kenyataannya, ramai orang pada hari ini yang tidak memahami situasi tersebut sehingga mereka merasa mampu mengatur kehidupan dunia tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama. Bahkan ulama dianggap sebagai kelompok mereka yang tidak mengetahui situasi dan kondisi, tidak memahami perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka dalam urusan pengaturan dunia. Justeru tidak hairan ada golongan manusia yang menjadikan orang-orang yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan. [HR: Al-Bukhari]

Hadith 2:-

Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya dunia itu manis dan indah. Dan sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan kami sebagai khalifah di atas muka bumi, maka dia akan melihat apa yang kamu lakukan. Oleh itu takutlah dan berhati-hati terhadap dunia dan juga terhadap kaum wanita”. [HR: Muslim]

Huraian Hadith:

  • Islam menghendaki umatnya supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dengan melakukan amalan-amalan kebaikan dan menjauhi segala larangannya.
  • Islam membenarkan umatnya mencari harta dunia dengan cara yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.
  • Setiap pimpinan hendaklah menjalankan pemerintahan dengan adil.
  • Berlumba-lumba mencari kemewahan dunia dan mematuhi kehendak wanita yang bertentangan dengan syarak adalah di larang.
  • Dunia  itu seperti buah yang segar dan enak, cantik di mata sedap di rasa.
  • Peringatan kepada orang yang beriman agar tidak terpedaya dengan keindahan dunia yang melalaikan daripada azab neraka dan nikmat syurga yang   lebih besar, begitu juga dengan wanita, elakkan daripada pergaulan bebas dan perbuatan yang boleh membawa kepada perkara yang terlarang jika wanita itu asing, dan jika isteri sendiri jangan menyebabkan terlanggar larangan Allah atau tertinggal pemerintahan kerana menurut kemahuan isteri.

Jika kita fikir2kan dengan tenang memang benar apa yang diriwayatkan dan betul juga apa yang dihuraikan.

Kesimpulannya yang memimpin dan dipimpin, jadilah mereka2 ini diantaranya:-

1.Bodoh dan diperbodohkan!

2.Sesat dan disesatkan! 

3.Jahanam dan dijahanamkan!

Betul ke tak betul?

جزاك الله خيرا

[Sumber hadith: JAKIM]

Rabu, Disember 02, 2015

BCK 8. Tahajjud 10-20 minit

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dalam Bicara Cerita Kami (BCK) kami memuatkan artikal dari IslamCan.Com. Pertama dari bahagian Islamic Stories dan yang kedua dari bahagian Ever Wonder?. Jika ada komen2 mengenai terjemahan kami….. sila berikan.

Kami juga ada memuatkan kiriman dari whatsapp teman2 yang minta disebar2kan.

Islamic Stories akan dimulakan dengan Alkisahnya. Ever Wonder? dengan Jom Muhasabah. so…..

Jom muhasabah…..

Sesetengah orang mengatakan bahawa seorang yang tiada pekerjaan lebih sibuk daripada orang yang bekerja kerana seorang penganggur akan sentiasa kehulu kehilir mencari pekerjaan. Jika dia mendapat pekerjaan yang memerlukan dia berjaga sepanjang malam sekali pun dia akan berbuat demikian kerana dia perlu menjana pendapatan. Ianya adalah fitrah manusia. Di kala dia mengetahui akan nilai sesuatu benda, dia akan berusaha untuk mendapatkannya walaupun mengharungi kepayahan.

Allah Ta'ala telah mengurniakan kepada kita kelebihan solat Tahajjud. Melalui solat ini, kita diberikan banyak keberkatan dari Allah. Masalah seperti penyakit, isu-isu keluarga, wang, kelaparan, dan lain-lain dengan mudah boleh diangkat dengan berdoa kepada Allah pada waktu tahajjud. Akan tetapi, kerana kita tidak mengetahui hikmah solat ini, maka amat sukar untuk kita meluangkan kira-kira 10-20 minit masa tidur kita untuk bangun dan mendirikan solat. Sebaliknya, untuk sedikit wang, kita bersedia bersengkang mata sepanjang malam.

Ada hadis qudsi mengenai bangun malam ini…..

Pada setiap malam Tuhan kita turun ke langit dunia tatkala malam berbaki satu pertiga lagi.

Lalu Dia menyeru:

“Siapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan.

Sesiapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku berikan.

Sesiapa yang memohon keampunan kepada-Ku akan Aku Ampunkan.”

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Fikir2kan.

جزاك الله خيرا

[Sumber: IslamCan.Com]

Ahad, November 29, 2015

BCK 7. Bualan Si Bakhil Dengan Sang Malaikat

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hayati cerita ini…… si Bakhil dengan Malaikat Maut!

Alkisah…..

Seorang bakhil telah mengumpul, menerusi usaha gigihnya, dalam perniagaan dan pinjaman kewangan, tiga ratus ribu dinar. Dia memiliki tanah-tanah dan bangunan-bangunan, dan pelbagai-bagai lagi kemewahan. Dia kemudian memutuskan untuk menikmati setahun dalam keseronokan, hidup penuh keselesaan, dan kemudian membuat keputusan akan hala tuju masa hadapannya.

Malangnya, sebaik sahaja dia berhenti mengumpul wang Malaikat Maut muncul di hadapannya, untuk mengambil nyawanya.

Si bakhil cuba, dengan setiap hujah yang terfikir olehnya, meminta Malaikat Maut menangguh tugasannya, namun kelihatannya Malaikat Maut enggan berkrompomi. Kemudian lelaki itu berkata: "Berilah tangguh kepada saya tiga hari dan saya akan memberikan anda satu pertiga daripada harta kekayaan milik saya."

Malaikat Maut menolak, dan sekali lagi menarik nyawa si bakhil, menyentapnya untuk di bawa pergi.

Kemudian lelaki itu berkata:

"Jika kamu membenarkan saya berada dua hari lagi di dunia, saya akan memberi kamu dua ratus ribu dinar dari kedai saya."

Tetapi Malaikat Maut tidak mengendahkan kata-katanya. Malaikat Maut juga enggan memberikan lelaki itu walau satu hari pun untuk tiga ratus ribu dinarnya.

Si bakhil itu berkata:

"Tolong, saya memohon, berikan saya masa yang cukup untuk saya menulis satu perkara."

Dan Malaikat Maut membenarkan permintaan terakhir ini, dan lelaki itu menulis, dengan darahnya sendiri:

"Wahai manusia, gunakanlah waktu hidup kamu dengan sebaiknya. Saya tidak dapat membeli satu jam sekali pun dengan tiga ratus ribu dinar. Pastikan kamu meraih keberkatan dari tiap masa yang kamu lalui."

Masa itu ibarat emas….. fikir2kan.

جزاك الله خيرا

Sumber: IslamCan.Com

Rabu, November 25, 2015

BCK 6. Kekesalan Di Wajahnya

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Jom ikuti cerita kami…..

Seorang tukang kayu yang mahir telah tua dan bersedia untuk bersara. Dia memberitahu majikannya rancangannya untuk meninggalkan bidang binaan dan menjalani kehidupan yang lebih santai bersama keluarga. Beliau sedar tidak akan menerima gaji seperti kebiasaan, tetapi beliau perlu bersara.

Majikannya terasa amat sedih bila mengetahui pekerja mahir beliau akan pergi dan bertanya jika dia boleh membina sebuah rumah lagi atas permintaan peribadi beliau. Si tukang kayu bersetuju dengan permintaan itu dan diberi jaminan bahawa ini adalah menjadi projek terakhirnya. Berada dalam mood bersara, si tukang kayu tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembinaan rumah ini. Hatinya tidak di sana. Dia tidak mempergunakan kemahiran yang ada dan telah juga menggunakan bahan-bahan binaan yang tidak berkualiti. Satu pilihan yang amat malang untuk menamatkan sebuah kerjaya cemerlang.

Apabila kerjanya telah selesai, si tukang kayu menghubungi majikannya dan menunjukkan rumah yang dibinanya. Si majikan lantas menyerahkan beberapa helai kertas dan kunci pintu utama kepada tukang kayu dan berkata "Ini adalah rumah anda, hadiah saya kepada anda."

Si tukang kayu amat terperanjat! Kekesalan di wajahnya! Jika dia mengetahui bahawa rumah yang di bina itu adalah untuk dirinya, pastinya dia akan membuatnya dengan amat baik lebih baik daripada mana-mana rumah yang pernah dia bina!

Mari bandingkan situasi kita dengan si tukang kayu. Di dunia ini Allah Taala menyuruh kita membina rumah kita di syurga dengan mentaati perintah-Nya. Di saat dan ketika ini, kita perlu membuat keputusan sebaik mana rumah yang akan kita bina di sana di mana kita akan menghuninya untuk selama-lamanya.

Mahligai, istana, rumah….. apa pilihan kita? Sebelum itu….. syurga atau neraka?

جزاك الله خيرا

Isnin, November 23, 2015

BCK 5. Penenang Jiwa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dari whatsapp teman sehaji.

Hayati…..

Bila kita ingatkan mati,
Tiada lagi nak DENGKI-MENDENGKI,
Bila kita ingatkan mati,
Kita tak PENGTINGKAN diri sendiri,
Bila kita ingatkan mati,
Kita boleh buang rasa BENCI,
Bila kita ingatkan mati,
Semua orang kita AMPUNI,
Bila kita ingatkan mati,
Kita selalu INSAFI diri,
Bila kita ingatkan mati,
Kita BERUSAHA kuat lagi,
Bila kita ingatkan mati,
Kita saling NASIHAT-MENASIHATI,
Bila kita ingatkan mati,
Kita telah MENGHIDUPKAN hati,
Bila kita ingatkan mati,
Tidak ada KESEDIHAN lagi,
Bila kita ingatkan mati,
Kita seronok hendak BERBAKTI,
Bila kita ingatkan mati,
Hidup menjadi lebih BERERTI,
Bila kita ingatkan mati,
Kita ingat Allah, kepada Nya kita KEMBALI.

Renung2kan…..

جزاك الله خيرا

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India