Bismillah.
Assalamualaikum.
Semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat2 yang Allah SWT beri kepada kita. Amin.
Balik dari rumah ibu mertua ku ke Seremban kami akan membelok dari jalan besar memasuki jalan ke LBJ. Kat simpang jalan besar tu banyak dah pondok orang jual durian. Kerana dah nak maghrib tak le kami singgah. Esoknya je kami ke sana.
Lepas asar kami pun pergi le. Nak kata murah tu tak le juga. Tapi dah kata favorite keluarga dibeli le juga. Sampai je kat rumah.....
Si abang (anak pertama) yang paksa rela mengopek durian. Banyak le juga teknik yang digunakan. Hebat.....
Biasa le, tak semuanya elok. Ada yang ada penunggu kat dalamnya. Ada yang sedikit mangkor (keras). Alhamdulillah.
Habis semua durian hero sorang tu kopek. Anak ayah dah besar. Takkan ayah tak boleh rilek kan?
Yang berbaki dan yang sedikit mangkor kami buat serawa. Enak dimakan dengan pulut atau roti. Best.....
So.....bab makan ni pun kita kena awas. Bukan tak boleh tapi kena berpada2.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan