Bismillah.
Assalamualaikum.
Bulan Ramadhan bulan keberkatan, digandakan kebaikkan, dan semestinya kita mencari semaksimanya keredhaan Allah Taala.
Sebenarnya pelbagai amalan yang boleh dilakukan dalam bulan ini.
Rasanya tak perlu nak di elaborate kat sini. Cumanya kami nak cerita sikit saja pasal solat sunat. Selain dari solat sunat rawatib dan solat sunat wudhu..
Sebenarnya banyak solat-solat sunat yang boleh dilakukan.
Bulan Ramadhan bulan tarawih. Tidak ada tarawih di sebelas bulan lain.
Boleh didirikannya secara sendirian atau berjemaah. Tetapi adalah terlebih baik berjemaah kerana banyak kebaikkannya.
Lepas solat tarawih berjemaah, sepertiga malam bangun mendirikan solat sunat antaranya:
- solat tahajud
- solat taubat
- solat hajat
- solat tasbih
- solat witir
Di bulan Ramadhan, solat witir disunatkan dilakukan dengan berjemaah selepas tarawih.
Solat-solat diatas boleh dikatakan biasa dilakukan. Terutama pada waktu malam. Walaupun ada yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Faktor mencari rezeki menyebabkan solat sunat berwaktu pada awal pagi agak sukar untuk dilaksanakan. Walaupun ganjaran kebaikkan atau pahala begitu bernilai.
Solat sunat yang dimaksudkan ialah solat sunat berkembar, solat sunat Isyraq dan solat sunat Dhuha.
Perhatikan kelebihan solat sunat Isyraq dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa duduk ia mengucap zikrullah sehingga terbit matahari, kemudian solat ia dua rakaat nescaya adalah baginya pahala seperti haji dan umrah yang sempurna”.
Perlu diambil perhatian, untuk mendapatkan kebaikkannya, memerlukan kita bersolat Subuh secara berjemaah.
- solat Isyraq – didirikan ketika matahari sedang naik. Waktunya lebih kurang 8.00 pagi – 9.00 pagi.
Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat Dhuha akan diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di laut”. [HR Tarmizi]
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan Ad-Dhuha maka adalah pada hari Kiamat kelak berserulah malaikat menyeru: Dimanakah orang yang telah mengekalkan solat Dhuha? Inilah pintu kamu silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah”.
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat.
- solat Dhuha – didirikan selepas waktu Isyrak. Waktunya dari 9.00 pagi sampai gelincir matahari.
Ada yang waktu kerjanya bermula jam 8.00 pagi ada juga 9.00 pagi. Tak kisah jam berapa memulakan tugas. Jika ada kelapangan cuba-cubalah mendirikan kedua-dua solat ini. Paling lama pun 1/2 jam. Bincang dengan orang atasan.
Di bulan keberkatan ini tidak ada salahnya dikorbankan 1/2 jam waktu rehat yang diperuntukkan untuk mendapatkan keredhaan Maha Pencipta.
Ada pendapat mengatakan kedua-dua solat, Isyraq dan Dhuha adalah sama. Tak apa, tak kisah mana satu pendapat yang dipegang.
Yang penting, jom memulakannya.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, terimalah daripada kami akan solat kami, puasa kami dan permohonan kami. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan