DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Ogos 06, 2012

BSK 316. Bubur lambuk mabuk kepayang

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kita dah masuk 17 Ramadhan 1433H. Sudah 2/3 fasa kedua puasa. Hari ini juga sambutan Nuzul Al-Quran. 

Ada yang menyatakan hari ini Al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diwahyukan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah SAW. Ada juga yang menyatakan hari ini ayat pertama Al-Quran diturunkan kepada Nabi SAW di Gua Hira.

Tak perlulah kita berpening-pening memikirkan perkara itu. Yang penting kita menerima Al-Quran sebagai panduan dan cahaya hidup kita. Memiliki, membaca, memahami dan mengamalkannya. Allahhuakbar. 

Semalam hari bubur lambuk bagi kariah Taman Bukit Kepayang 2 dan Taman Harmonium Indah.

Ahli-ahli kariah memasaknya di satu sudut kat surau. AJK surau dah masukkan program ini sebagai acara tahunan.

Kami pun turun padang. Bergotong royong menyediakan bubur lambuk tu. Sedap atau sebaliknya, terpulang kepada deria rasa masing-masing. Yang penting kerjasama.

Kita intai-intai apa yang sempat kami rakamkan. Jom…..

No2245Dua periuk bubur yang dimasak. Sebelah kanan yang memeluk tiang tu saudara Halim. Secara tak langsung berperanan sebagai head chef. Tak pasti kenapa erat sangat tiang tu dipeluknya. Kiri yang mencekak pinggang tu Hj Kamal. Betul-betul serius Hj seorang ni.

No2246No2247

Ramai membantu untuk  mengacau bubur ni.

Ketika ini giliran saudara Mansur mengacau. 

Suasana agak santai ketika ahli kariah memasak  bubur lambuk ni.

Kuantiti tak begitu banyak dan ianya tidak memerlukan kudrat yang banyak.

Cuba kita bayangkan, jika yang dimasak tu dodol, bukan bubur lambuk. Dua kawah yang hendak disediakan. Santai atau kantoi?

Sebelum Zohor bubur lambuk Bukit Kepayang siap dimasak. Selepas Zohor dah boleh diambil oleh ahli kariah.

No2251

Lepas Zohor ahli kariah mula datang. Bawa bekas sendiri dan ceduk sendiri. Kami ambil satu tupperware tu!

Siap kami hiasi dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Nampak cukup menarik dan cukup sedap.

No2252

Boleh saja makan bubur itu begitu sahaja. Tapi kami dah terbiasa, bila makan bubur mesti ada satu lauk extra. Jadinya, terhasil lah sambal tumis telur hancur garing.

Senang je membuatnya.

  • Goreng sejemput ikan bilis.
  • Bila dah garing, masukkan sebiji bawang besar dan dua ulas bawang putih yang telah dicincang.
  • Masukkan sedikit garam dan gula.
  • Bila dah kekuningan masukkan sesudu besar cili kering blender.
  • Tambahkan sos tiram.
  • Bila dah garing, pecahkan dua biji telur ayam.
  • Kacau sampai rata.

Jadinya semalam kami sekeluarga (terkecuali yang bongsu) berbuka dengan bubur lambuk. Ada juga mihun goreng. Wife yang masak.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, berilah kepada kami rezeki yang halal, banyak, baik dan berkat, tanpa ada kekurangan dan kesusahan. Ya Allah, cukupkanlah kepada kami dengan rezekiMu yang halal dan perkayakanlah kami dengan limpah kurniaMu daripada meminta kepada yang lain daripadaMu. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India