السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Diam tak diam kita sudah berada di tanggal tujuh belas Syawal. Ikut kalendar, tinggal tiga belas hari lagi untuk kita beraya.
Kami telah beraya dengan jiran-jiran kat sini. Tapi bukan semua. Yang dekat dan rapat didahulukan. Rumah yang jauh sedikit tu, إن شاء الله
Kami juga telah ke Meru mengunjungi sahabat sekeluarga yang amat kami hormati. Esok mereka akan turun ke Seremban pula.
Kami juga telah mengadakan rumah terbuka skala kecil-kecilan untuk jiran-jiran yang terdekat. Menu utama yang kami sajikan ialah laksa penang dan rojak a.k.a passembur kat utara.
Ada beberapa aktiviti raya lagi yang perlu kami hadiri. Untuk malam ini, malam esok dan malam lusa dah masuk dalam buku catatan. إن شاء الله
Dalam sibuk kita menghadiri perayaan rumah terbuka ini jangan lupa untuk perhatikan tarikh akhir Syawal. Takut terlepas pula puasa enam hari di bulan Syawal.
Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun. [HR Muslim]
Rugi jika kita meninggalkan atau tertinggal puasa ini kerana pahalanya sama dengan berpuasa setahun.
Berpuasa sunat satu hari di bulan Syawal ini bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Makanya enam hari puasa ganjaran pahalanya bersamaan dua bulan.
Puasa wajib di bulan Ramadhan pula bersamaan pahalanya dengan sepuluh bulan.
Sepuluh bulan Ramadhan dicampur dua bulan Syawal jadinya dua belas bulan atau setahun. والله أعلمُ بالـصـواب
Makanya ketika sibuk beraya jangan lupa berpuasa. Ingatan untuk diri kami sebenarnya ni.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, berilah kami ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepada kami dan kepada ibu bapa kami dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah kami dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin.
لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
0 comments:
Catat Ulasan