DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, November 21, 2015

BCK 4. Pesona Pandangan Kaabah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Jom ikuti cerita ini.…

Manusia tidak akan sekali-kali merasa jemu menatap Rumah Allah, Kaabah. Tempat di mana Allah berterusan menurunkan rahmat dan berkatNya. Tiada apa sebenarnya yang sebanding dengan Rumah Allah di Bumi ini. Manusia mengingini agar masa terhenti supaya mereka boleh terus menatap Kaabah; keingininan mereka tidak pernah luntur, sebaliknya terus subur.

Satu ketika dahulu, semasa lawatan ke Washington, orang memberitahu saya bahawa seorang wanita telah memeluk Islam dan mempunyai beberapa pertanyaan untuk saya. Mereka memberitahu saya bahawa ramai wanita muslim yang telah mengabaikan amal ibadat mula kembali melaksanakannya disebabkan wanita ini. Tiba waktu solat dia akan memakai pakaian terbaiknya seolah-olah mempersiapkan diri untuk seseorang yang istimewa, dan akan melupakan segala di sekelilingnya sebaik sahaja mula mendirikan solat.

Selepas sesi soal jawab yang singkat, saya bertanya kepada beliau apa yang mendorong beliau untuk menerima Islam. Dia mengeluh dan mula menjelaskan; "Saya adalah seorang Yahudi dan suami saya adalah seorang Kristian yang telah ditugaskan di Arab Saudi untuk kerja-kerja teknikal. Setiap hari saya melihat lelaki dan wanita Muslim berpakaian putih dalam perjalanan mereka ke suatu tempat. Saya bertanya kepada suami saya kemana mereka pergi dan dia memberitahu saya bahawa mereka pergi untuk menunaikan haji di Rumah Suci Islam Kaabah. Saya menyatakan hasrat untuk kesana tetapi dia memberitahu saya bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, saya nekad lalu kami berdua membeli pakaian putih dan memulakan perjalanan. Mujur tiada siapa yang menghalang dan kami sampai di Mekah, dimana kami berjumpa penunjuk arah ke Kaabah. Terlihat sahaja Kaabah mata kami tidak berkedip kerana terpesona dan ketika itu masa seolah-olah terhenti mendiamkan diri. Apabila kami berpaling untuk melihat antara satu sama lain selepas beberapa ketika, kami dapati mata kami berlinangan dengan air mata. Melalui mata jua, kami memberitahu satu sama lain bahawa ini adalah kebenaran dan kami perlu menerima Islam. Tiada siapa yang pernah memberitahu saya tentang Islam, tetapi terdapat begitu banyak keberkatan berada di Rumah itu dan ianya mengubah hidup saya selama-lamanya. "

Berkat ajaran Tauhid yang diturunkan di Makkah, dan berkat kenabian di Madinah. Seseorang itu tidak sempurna kehidupannya jika dia tidak menziarahi kedua-dua tempat suci ini. Semoga Allah memberikan keizinan kepada semua umat Islam untuk menjadi tetamu Rumah-Nya.

Kita menjadi tetamu Allah dan Rasul-Nya. Adakah kita terpesona dapat menatap Rumah Allah dan menziarahi Nabi SAW atau terpesona dengan aktiviti ekonomi kedua2 tempat itu….. fikir2kan.

جزاك الله خيرا

Sumber: Petikan dari ucapan Syaikh Zulfiqar - sacredlearning.com [IslamCan.Com]

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India