DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Februari 11, 2016

BCK 12. Bila Umur Berbicara

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hard disk kong. Baru2 ni saja anak kami berpeluang menukarnya. Selamat bertemu kembali.

Dikesempatan ini kami nak kongsi2 dengan kawan2 serba sedikit tentang umur.

Dari whatsapp group kami…..

Umur kita terlalu singkat lalu Allah;-

Kurniakan lailatul qadar untuk menambah umur amal

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣)1

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) [Surah al-Qadr: ayat 1-3]

Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan. [(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Daripada Aishah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadat dalam bulan Ramadhan, maka dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Baginda juga akan menambahkan amal ibadatnya lebih daripada biasa apabila sampai sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan, sedangkan di hari-hari yang sebelumnya Baginda tidak berbuat demikian. [Hadith Riwayat Muslim]

Pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang). [Hadith Riwayat Bukhari]

Kurnia puasa enam syawal seperti berpuasa setahun

Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”. [Hadith Riwayat Muslim]

Kurnia surah Al-Ikhlas seperti membaca sepertiga Al-Quran

Diriwayatkan daripada Abu Sa’id (al-Khudri): “Bahawa seorang lelaki mendengar seseorang membaca dengan berulang-ulang قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ. Pagi harinya, orang yang mendengar tadi bertemu Rasulullah S.A.W dan menceritakan kejadian tersebut dengan nada seakan-akan merendahkan Surah al-Ikhlas. Kemudian Rasulullah S.A.W pun bersabda: “Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surah ini sebanding dengan sepertiga al-Quran.”

Kurnia solat di Masjidil Haram seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain

Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Satu sembahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram (di Mekah): dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain. [Hadith Riwayat Imam Ahmad]

Kurnia solat berjemaah 27 lebih dari solat sendirian

Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sembahyang berjemaah adalah lebih utama (baik) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”. [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Kurnia solat sunat di rumah 25 kali lebih dari solat di mata orang *

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia. [Hadith Riwayat Bukhari]

Kurnia satu huruf bacaan Al-Quran dengan 10 pahala

Diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud R.A bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Barang siapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka dia mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kebaikan sama dengannya. Aku tidak mengatakan kalau Alif Lam Mim sebagai satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” [Hadith Riwayat Tirmizi]

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya. [Hadith Riwayat Muslim]

Kurniakan sesiapa yang beramal soleh/bersedekah, menyampaikan ilmu bermenafaat dan tinggalkan anak-anak yang soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”. [Hadith Riwayat Muslim]

Tu le serba sedikitnya. Baik juga untuk diamalkan. Betul ke tak betul?

جزاك الله خيرا

Sumber: Hadith dari JAKIM & Buku Keajaiban 350 ayat terbitan AL-HIDAYAH PUBLICATIONS 2011, Ayat Al-Quran dari www.quranexplorer.com. * masih mencari sumber untuk kenyataan ini

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India