السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Kami nak share 12 ingatan yang kita mengetahui, tetapi sayang, susah nak diimplimentasikan.
Dari group whatsapp kami…..
- Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi sayang kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.
- Kita mengetahui, bahawa ucapan “Subhaanallaahi wa bihamdihi” sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa2 kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikit pun.
- Kita mengetahui, bahawa pahala 2 rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah. Tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita mendirikan solat itu.
- Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah 1 hari sahaja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.
- Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk 1 orang sakit pun minggu ini.
- Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa RM.
- Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad dijalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.
- Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca 1 huruf dari Al-Quran, baginya 10 kebaikan dan 1 kebaikan akan dilipatgandakan 10 kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Quran dalam jadual harian kita.
- Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa2nya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.
- Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam di tengah kasibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang, kita terlalu meremehkan solat malam.
- Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada didalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.
- Kita mengetahui, kita sering menyaksikan orang2 yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakannya kita mendapat jaminan hidup selamanya.
Betul kita mengetahui, tapi sayang betul kita bukan tidak berusaha tetapi kita tidak bersungguh-sungguh mahu melaksanakannya.
جزاك الله خيرا
0 comments:
Catat Ulasan