DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, November 21, 2015

BCK 4. Pesona Pandangan Kaabah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Jom ikuti cerita ini.…

Manusia tidak akan sekali-kali merasa jemu menatap Rumah Allah, Kaabah. Tempat di mana Allah berterusan menurunkan rahmat dan berkatNya. Tiada apa sebenarnya yang sebanding dengan Rumah Allah di Bumi ini. Manusia mengingini agar masa terhenti supaya mereka boleh terus menatap Kaabah; keingininan mereka tidak pernah luntur, sebaliknya terus subur.

Satu ketika dahulu, semasa lawatan ke Washington, orang memberitahu saya bahawa seorang wanita telah memeluk Islam dan mempunyai beberapa pertanyaan untuk saya. Mereka memberitahu saya bahawa ramai wanita muslim yang telah mengabaikan amal ibadat mula kembali melaksanakannya disebabkan wanita ini. Tiba waktu solat dia akan memakai pakaian terbaiknya seolah-olah mempersiapkan diri untuk seseorang yang istimewa, dan akan melupakan segala di sekelilingnya sebaik sahaja mula mendirikan solat.

Selepas sesi soal jawab yang singkat, saya bertanya kepada beliau apa yang mendorong beliau untuk menerima Islam. Dia mengeluh dan mula menjelaskan; "Saya adalah seorang Yahudi dan suami saya adalah seorang Kristian yang telah ditugaskan di Arab Saudi untuk kerja-kerja teknikal. Setiap hari saya melihat lelaki dan wanita Muslim berpakaian putih dalam perjalanan mereka ke suatu tempat. Saya bertanya kepada suami saya kemana mereka pergi dan dia memberitahu saya bahawa mereka pergi untuk menunaikan haji di Rumah Suci Islam Kaabah. Saya menyatakan hasrat untuk kesana tetapi dia memberitahu saya bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, saya nekad lalu kami berdua membeli pakaian putih dan memulakan perjalanan. Mujur tiada siapa yang menghalang dan kami sampai di Mekah, dimana kami berjumpa penunjuk arah ke Kaabah. Terlihat sahaja Kaabah mata kami tidak berkedip kerana terpesona dan ketika itu masa seolah-olah terhenti mendiamkan diri. Apabila kami berpaling untuk melihat antara satu sama lain selepas beberapa ketika, kami dapati mata kami berlinangan dengan air mata. Melalui mata jua, kami memberitahu satu sama lain bahawa ini adalah kebenaran dan kami perlu menerima Islam. Tiada siapa yang pernah memberitahu saya tentang Islam, tetapi terdapat begitu banyak keberkatan berada di Rumah itu dan ianya mengubah hidup saya selama-lamanya. "

Berkat ajaran Tauhid yang diturunkan di Makkah, dan berkat kenabian di Madinah. Seseorang itu tidak sempurna kehidupannya jika dia tidak menziarahi kedua-dua tempat suci ini. Semoga Allah memberikan keizinan kepada semua umat Islam untuk menjadi tetamu Rumah-Nya.

Kita menjadi tetamu Allah dan Rasul-Nya. Adakah kita terpesona dapat menatap Rumah Allah dan menziarahi Nabi SAW atau terpesona dengan aktiviti ekonomi kedua2 tempat itu….. fikir2kan.

جزاك الله خيرا

Sumber: Petikan dari ucapan Syaikh Zulfiqar - sacredlearning.com [IslamCan.Com]

Khamis, November 19, 2015

BCK 3: Soalan dua biji gula-gula

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Cerita bukan dari IslamCan.Com tapi dari WhatsApp seorang teman…..

Seorang bukan Islam datang bertanya seorang alim.

Bukan Islam: Mengapa wanita Islam ditegah bersalam tangan dengan lelaki bukan mahramnya?

Orang alim: Bolehkah kamu bersalam tangan dengan seorang Ratu?

Bukan Islam: Tentu sekali tidak. Ada orang tertentu sahaja yang boleh bersalam tangan dengan Ratu.

Orang alim: Wanita kami adalah Ratu; dan Ratu tidak bersalaman tangan dengan lelaki asing.

Bukan Islam bertanya satu soalan lagi.

Bukan Islam: Mengapa wanita Islam menutup seluruh tubuh mereka?

Orang alim tersenyum. Dia mengeluarkan dua biji gula-gula, Sebiji gula-gula dibuang pembungkusnya.Orang alim melontar kedua-dua biji gula-gula keatas lantai yang berdebu. Dia bertanya si bukan Islam itu.

Orang alim: Jika saya meminta awak mengambil sebiji gula-gula, yang mana satukah yang akan awak pilih?

Bukan Islam: Tentunya yang berbungkus.

Orang alim: Begitulah kami menjaga maruah dan harga diri wanita kami.

Bukan Islam bertanya lagi.

Bukan Islam: Tunjukkan kepada saya jika Tuhan itu wujud.

Orang alim: Cuba kamu renungi matahari.

Bukan Islam: Saya tidak berupaya melihatnya. Sinarnya menyakiti mata saya.

Orang alim: Jika kamu tidak dapat melihat ciptaan Tuhan, lalu bagaimana kamu boleh mampu melihat Penciptanya.

Bukan Islam itu menjemput orang alim ke rumahnya. Dia menghidangkan buah anggur, orang alim memakannya. Bukan Islam itu menawarkan secawan arak dan ditolak oleh orang alim. Lalu orang bukan Islam itu membuat pertanyaan.

Bukan Islam: Bagaimana kamu semua orang Islam ditegah dari meminum arak tapi kamu makan anggur, walhal arak itu berasal dari anggur?

Orang alim: Kamu ada anak perempuan?

Bukan Islam: Ya.

Orang alim: Adakah kamu boleh mengahwini anak perempuan kamu?

Bukan Islam: Tidak.

Orang alim: SubhanAllah, kamu boleh mengahwini ibunya tetapi tidak boleh mengahwini anaknya sedangkan anak perempuan itu berasal dari dia juga.

….. bersyukurlah kita kerana anugerah Iman dan Islam dari Allah SWT.

Fikir2kan…..

جزاك الله خيرا

Selasa, November 17, 2015

BCK 2. Istighfar اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Satu lagi kisah dari IslamCan.Com…..

20151106_120601-1

Cerita mengenai "Istighfar" ini diambil dari pengalaman hidup Imam Ahmad bin Hanbal, seorang ulama terkemuka, juga dianggap sebagai pengasas mazhab Hanbali dan merupakan salah satu daripada ahli-ahli teologi Sunni yang paling terkenal, sering dirujuk sebagai "Sheikh ul-Islam" atau "Imam Ahl al-Sunnah. "

Pada masa tuanya, ketika didalam satu perjalanannya Imam Ahmad telah singgah di sebuah bandar. Selepas mendirikan solat, dia ingin bermalam di kawasan masjid kerana beliau tidak mengenali seorang pun penduduk di bandar itu. Disebabkan perasaan tawaduk didalam dirinya, dia tidak memperkenalkan diri kepada sesiapa memikirkan bahawa jika dia berbuat demikian, beliau akan disambut oleh ramai orang.

Kerana kegagalan untuk mengenali Imam Ahmad bin Hanbal, penjaga masjid tidak membenarkannya tinggal di masjid itu. Oleh kerana Imam Ahmad sudah agak tua, penjaga masjid terpaksa mengheret beliau keluar dari masjid. Terlihat kejadian itu seorang pembuat roti yang tinggal berdekatan berasa kasihan kepada Imam Ahmad lalu menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah kepada beliau untuk malam itu. Ketika menjadi tetamu, dalam pemerhatian Imam Ahmad si pembuat roti sentiasa beristighfar  (memohon ampun kepada Allah). Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti itu samada dengan berterusan beristighfar ada memberikan kesan tertentu kepada beliau. Si pembuat roti menjawab dengan memberitahu Imam Ahmad bahawa Allah telah menerima semua doa beliau, kecuali satu. Apabila ditanya apakah satu doa yang tidak diterima itu, dia menyatakan bahawa permintaannya kepada Allah ialah untuk diberikan kelebihan untuk dapat bertemu dengan ulama besar Imam Ahmad bin Hanbal.

Mengulas berkenaan dengan perkara itu Imam Ahmad bin Hanbal berkata, Allah tidak hanya mendengar doa si pembuat roti tetapi telah juga mengheret beliau ke rumahnya. [Diringkaskan dari majalah Al Jumuah, vol 19, isu 7]

Fikir-fikirkan…..

جزاك الله خيرا

Sabtu, November 14, 2015

BCK 1. Dan Aku Segera Datang KepadaMu, Wahai Tuhanku

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kami nak share kisah yang kami ambil dari ruangan Islamic Stories di IslamCan.Com…..

Nak kata alih bahasa, terjemahan atau apa aje ……..

Seorang guru Al-Quran sentiasa menasihatkan pelajar-pelajarnya untuk berpegang dengan Ayat ini:

وَعَجِلْتُ إِلَيْكَ رَبِّ لِتَرْضَىٰ

“Dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku.” [Taahaa, [20]: 84]

20151106_120402

Beliau berkata kepada mereka, "Ayat ini menggerakkan saya. Bila saya terdengar laungan azan diketika saya leka dan khusuk melakukan sesuatu, saya mengingatkan diri saya akan Ayat ini dan saya bangun untuk mendirikan solat."

"Apabila penggera berbunyi pada pukul 2 pagi dan saya terasa mahu tidur semula saya teringat: 'Dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku’, dan saya bangun berdiri menghadap Allah."

Suaminya mempunyai persefahaman yang berikut dengan beliau: Dalam perjalanan pulang dari hari yang panjang di tempat kerja dia akan memanggil beliau supaya beliau dapat menyediakan makanan panas dan membuat persiapan, agar sebaik sampai di rumah dia boleh makan dan berehat.

Pada suatu hari suami beliau ingin memakan Mahshi (daun anggur sumbat) – hidangan yang memerlukan masa yang agak lama untuk disediakan. Melibatkan proses membungkus yang banyak. Daun anggur yang dibungkus dengan inti akan diletakkan dalam periuk untuk dimasak. Dia masih mempunyai 3 bungukusan untuk disiapkan; tetapi Azan telah dilaungkan.

Dia meninggalkan baki 3 daun anggur itu (yang akan mengambil masa 5 minit sahaja untuk disiapkan) dan pergi untuk mendirikan solat.

Suaminya pulang ke rumah dan mendapati makanan belum lagi disediakan dan isterinya dalam keadaan bersujud. Beliau mendapati hanya 3 daun anggur sahaja lagi yang tinggal. Sedikit kecewa, beliau berkata, "Kamu boleh sahaja menyiapkannya dan meletakkannya dalam periuk untuk dimasak barulah mendirikan solat!" Tetapi isterinya tidak memberi tindak balas.

Dia mendekati isterinya dan mendapati beliau telah meninggal dunia dalam sujudnya!

سبحان الله  Kalaulah dia bertangguh seperti kebiasaan yang ramai diantara kita lakukan iaitu untuk "menyelesaikan kerja yang masih ada di tangannya" pasti nyawanya dicabut di dapur!

Benarlah, gaya kehidupan yang kita amalkan akan menentukan bagaimana kematian kita nanti.

Itulah ceritanya…. pengajarannya sendiri2 fikir-fikirkan.

جزاك الله خيرا

Khamis, Mac 12, 2015

BBK 66. Hawa Nafsu Dan Kemudaratannya (9)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

الحمد لله kita bertemu lagi. Kita masih lagi dalam sharing-sharing masalah hawa nafsu dan kemudaratan yang mengiringinya.

IMG_20130625_191950Tiga belas point telah kami kongsikan. Kita bergerak ke point seterusnya…..

14. Tadabburkanlah ayat-ayat Allah SWT berkaitan hawa nafsu ini.

i. Nafsu sangat kuat mengajak manusia membuat perkara yang membawa dosa.

۞ وَمَآ أُبَرِّئُ نَفۡسِىٓ‌ۚ إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّىٓ‌ۚ إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٥٣)1

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (53). [Surah Yusuf].

ii. Sesiapa yang mengikut hawa nafsunya, ia pasti akan menyesatkan tuannya dari jalan Allah SWT.

يَـٰدَاوُ ۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَـٰكَ خَلِيفَةً۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱحۡكُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلۡهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ۬ شَدِيدُۢ بِمَا نَسُواْ يَوۡمَ ٱلۡحِسَابِ (٢٦)1

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (26). [Surah Sod].

iii. Sesiapa yang menuruti hawa nafsu, mereka adalah orang yang paling hina. Allah SWT mengumpamakan mereka seperti anjing.

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيۡنَـٰهُ ءَايَـٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ (١٧٥) وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ۚ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث‌ۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا‌ۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦)1

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (176). [Surah Al-Araf].

iv. Menuruti hawa nafsu akan membuatkan manusia melakukan kerosakan di langit dan di bumi.

وَلَوِ ٱتَّبَعَ ٱلۡحَقُّ أَهۡوَآءَهُمۡ لَفَسَدَتِ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهِنَّ‌ۚ بَلۡ أَتَيۡنَـٰهُم بِذِڪۡرِهِمۡ فَهُمۡ عَن ذِكۡرِهِم مُّعۡرِضُونَ (٧١)1

Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya. (71). [Surah Al-Mukminun].

v. Orang yang menuruti hawa nafsu akan sentiasa memandang baik perbuatan jahatnya.

أَفَمَن كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦ كَمَن زُيِّنَ لَهُ ۥ سُوٓءُ عَمَلِهِۦ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُم (١٤)1

Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)! (14). [Surah Muhammad].

vi. Allah SWT akan mengecop hati orang yang menuruti hawa nafsu. Hasilnya adalah ‘buta matahati’.

وَمِنۡہُم مَّن يَسۡتَمِعُ إِلَيۡكَ حَتَّىٰٓ إِذَا خَرَجُواْ مِنۡ عِندِكَ قَالُواْ لِلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ مَاذَا قَالَ ءَانِفًا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِہِمۡ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡ (١٦)1

Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi? Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya. (16). [Surah Muhammad].

vii. Orang yang menolak kebaikkan (membuat pahala) dan kebenaran adalah orang yang menuruti hawa nafsu. Allah SWT menyatakan mereka inilah golongan yang paling sesat.

فَإِن لَّمۡ يَسۡتَجِيبُواْ لَكَ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهۡوَآءَهُمۡ‌ۚ وَمَنۡ أَضَلُّ مِمَّنِ ٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ بِغَيۡرِ هُدً۬ى مِّنَ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٥٠)1

Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya). (50). [Surah Al-Qasas].

viii. Hawa nafsu akan membuatkan manusia mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu yang lain dari Allah SWT.

قُلۡ يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَا تَغۡلُواْ فِى دِينِڪُمۡ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوٓاْ أَهۡوَآءَ قَوۡمٍ۬ قَدۡ ضَلُّواْ مِن قَبۡلُ وَأَضَلُّواْ ڪَثِيرً۬ا وَضَلُّواْ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ (٧٧)1

Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul. (77). [Surah Al-Maidah].

# Al-itiba’ atau mengikut adalah makna ibadat. Syirik pula adalah berkait dengan makna ibadah.

ix. Ada juga manusia yang mensyirikkan Allah SWT dengan hawa nafsunya.

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ ۥ هَوَٮٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ۬ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَـٰوَةً۬ فَمَن يَہۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِ‌ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (٢٣)1

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? (23). [Surah Al-Jathiyah].

# Ibnu Abbas RA berkata, “Hawa Nafsu adalah Ilah yang disembah.”

Panjang point diatas. Rasa-rasanya cukup sampai disini dahulu. Cuba fikir-fikirkan secara terbuka ayat-ayat yang diberikan diatas tu. Berkemungkinan yang membaca lebih memahaminya dari yang menulis.

جزاك الله خيرا

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India