DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Disember 07, 2015

BHK 6. Kepimpinan Amanah Penyesalan Gila Kuasa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kepimpinan amanah! Kepimpinan penyesalan! Kepimpinan gila kuasa!

Jom kita hayati hadith dibawah dan huraiannya.

Pertama:-

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya. [HR: Muslim]

Huraian Hadith:

i) Sekurang-kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri. Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.
ii) Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas-tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.
iii) Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat. Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.
iv) Oleh itu bagi orang yang benar-benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati-hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.

Kedua:-

Ma'qil Ibnu Yasar r.a berkata Saya mendengar Nabi SAW bersabda: Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga. [HR: Bukhari & Muslim]

Huraian Hadith:

Huraian:
Seseorang yang diserahkan kepadanya urusan rakyat lalu dia tidak memelihara rakyatnya dengan sempurna dan tidak mempedulikan urusan-urusan rakyatnya yang membawa mereka kepada kebaikan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat tidak akan mendapat bau syurga kerana pemimpin memegang satu jawatan besar dalam menentukan hala tuju dan masa depan sebuah negara. Jika pemimpin cuai bala akan menimpa rakyat dan negara. Sebaliknya pemimpin yang baik akan menjadi teladan kepada rakyat dan mampu

Ketiga:-

Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata: Nabi SAW berkata kepada ku:Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan. [HR: Bukhari & Muslim]

Huraian Hadith:

Nabi menegaskan bahawa kita tidak boleh mengajukan permintaan untuk diangkat menjadi pemimpin atau dengan perkataan lain menjadi orang yang gila kuasa. Ini adalah kerana menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara yang mudah. Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat memikul sesuatu tanggungjawab itu dengan baik. Apatah lagi jika kedudukan itu diberikan atas permintaannya sendiri yang kemungkinan besar akan menimbulkan banyak pertuduhan bahawa individu tersebut mempunyai kepentingan tertentu. Kepimpinannya nanti akan menimbulkan banyak huru hara dan penentangan lantaran wujud golongan yang tidak berpuas hati. Sebaliknya jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang menginginkannya sedangkan dialah orang yang paling layak insyaAllah bebanan tanggungjawab itu walau bagaimana berat sekalipun ia bukanlah akan dipikul sendirian melainkan akan mendapat bantuan daripada Allah SWT dan mereka yang menyokongnya di belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.

Sesiapa yang nak jawatan pemimpin perlu muhasabah diri sendiri terlebih dahulu sebelum meminta atau menerimanya. Banyak risikonya, dunia dan akhirat.

Ada jawatan pemimpin yang datang bergolek. Terpaksa diterima. Orang2 macam kami ni mesti memikuinya….. ketua keluarga. Banyak juga risikonya.

Cuba kita fikir2kan….. baru jadi ketua keluarga dah kacau-bilau keluarga. Lepas tu minta jawatan yang ada kena mengena dengan rakyat. Tak huru-hara kita semua dibuatnya.

جزاك الله خيرا

[Sumber hadith dari JAKIM]

Ahad, Disember 06, 2015

BCK 9. Raja Atau Pengemis Pilih

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alkisahnya…..

Ada seorang raja yang mengambil keputusan untuk membuat penjelajahan ke seluruh negaranya. Di setiap tempat yang disinggahinya, rakyat jelata beramai-ramai datang mengadap raja itu. Bagaimanapun, ketika tiba di tempat yang satu ini, dia terlihat seorang lelaki tua yang miskin tidak teruja walau sedikit pun dengan ketibaan baginda dan tetap kekal meneruskan aktivitinya sendiri. Raja pun pergi menemui orang miskin itu dan bertanya mengapa dia tidak bersama-sama rakyat lain datang untuk bertemu baginda. Orang miskin itu berkata: "Sebelum tuanku, ada seorang raja yang pernah sampai di sini. Semua rakyat berkumpul untuk meraikan raja itu. Tetapi, beberapa hari kemudian raja itu mangkat dan dimakamkan di satu tempat berhampiran. Ada seorang miskin juga meninggal dunia di ketika yang sama dan dikebumikan berhampiran dengan pusara raja. Selepas beberapa waktu, satu banjir besar melanda kawasan itu yang membongkarkan kedua-dua kubur itu. Menyebabkan, tulang-tulang si miskin bercampur-aduk dengan kepunyaan sang raja. Kami tidak dapat membezakan antara mereka lagi. Selepas peristiwa itu, tidak penting lagi kepada saya samada seseorang itu adalah raja atau pengemis. Kerana akhirnya, kita dikembalikan ke tempat yang sama."

Kita semua ada pelbagai pendapat dan penilaian mengenai satu2 perkara. Ikhtibarnya….. sendiri2 yang fikir2kan.

جزاك الله خيرا

Sumber: IslamCan.Com

Jumaat, Disember 04, 2015

BSK 380. Perjuangan PM Perjuangan Kami

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kami melayari blog PM kita. Ada mesej dari PM kita tu kepada kita2 ni Rakyat Malaysia.

Kami share mesej tu pada kawan2 semua. Kami tak edit apa2. Yang kami share ni asli…..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Dalam hidup kita, kita perlu ada perjuangan. Perjuangan untuk berkhidmat kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Apabila berhasilnya perjuangan, barulah kehidupan kita bermakna.

Sebelum tahun 1957, perjuangan kita adalah untuk mencapai kemerdekaan.

Parti Perikatan yang diterajui UMNO bersama-sama dengan rakan-rakan kita dari kaum yang lain menumpu tenaga dan mempunyai ikatan solidariti untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Setelah negara kita merdeka, perjuangan kita adalah untuk membangunkan negara, memodenkan negara kita dan seterusnya untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Matlamat ini sangat jelas dan setiap hari saya sebagai Perdana Menteri memberi tumpuan sepenuh tenaga dan usaha saya bagi membawa Malaysia ke arah matlamat ini.

Destinasi ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk semua. Janganlah kita melayani perkara-perkara yang boleh mengalih perhatian kita daripada berusaha ke arah mengisi visi tersebut.

Hentikan perbalahan, hentikan menyebar dan mempercayai fitnah, hentikan daripada melakukan kerja-kerja yang tidak bermanfaat.

Marilah kita bersama-sama dalam satu ikatan yang padu demi menjamin kesejahteraan Malaysia dan menjayakan visi negara kita, Insya-Allah.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sungguhnya amat murni perjuangan PM kita.

Suatu masa dulu jika tidak silap kami… perjuangan kita demi agama, bangsa dan negara. Penambahan satu lagi perjuangan yang kelihatan lebih utama yang disebutkan dan diketengahkan oleh PM kita iaitu untuk keluarga.

Tapi kami tak pasti perjuangan kami untuk berkhidmat kepada keluarga kami akan seiring dengan visi PM untuk berkhidmat kepada keluarga beliau.

Berkemungkinan besar PM akan berhasil atau telah berhasil dengan perjuangan beliau berkhidmat kepada keluarga beliau.

PM pasti akan dapat meraih kehidupan yang bermakna….. untuk keluarga dan beliau sendiri.

Keluarga kami belum pasti lagi.

Dengan bebanan yang semakin banyak dikenakan dilonggokkan ditimbunkan keatas bahu rakyat kami tidak pasti kami dan anak2 kami dapat menikmati kehidupan yang di visikan oleh PM tu. 

Kawan2 camna? Ada harapan?

جزاك الله خيرا

BHK 5. Pimpinan Orang Kurang Pandai

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pada pagi Jumaat ni kami nak share dua hadith daripada hadith2 mengenai mereka2 yang memimpin dan dipimpin. Untuk kita2 yang berada kat akhir zaman ni.

Baca dan hayati…..

Hadith 1:-

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain. [HR: Bukhari]

Huraian Hadith:

Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mendalami ilmu agama. Pada zaman ini, hampir tiada lagi ulama' yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama' adalah mereka yang menguasai dengan ahli banyak cabang-cabang ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama' semakin lama semakin pupus. Justeru dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan dari para ulama'. Tetapi kenyataannya, ramai orang pada hari ini yang tidak memahami situasi tersebut sehingga mereka merasa mampu mengatur kehidupan dunia tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama. Bahkan ulama dianggap sebagai kelompok mereka yang tidak mengetahui situasi dan kondisi, tidak memahami perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka dalam urusan pengaturan dunia. Justeru tidak hairan ada golongan manusia yang menjadikan orang-orang yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan. [HR: Al-Bukhari]

Hadith 2:-

Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya dunia itu manis dan indah. Dan sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan kami sebagai khalifah di atas muka bumi, maka dia akan melihat apa yang kamu lakukan. Oleh itu takutlah dan berhati-hati terhadap dunia dan juga terhadap kaum wanita”. [HR: Muslim]

Huraian Hadith:

  • Islam menghendaki umatnya supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dengan melakukan amalan-amalan kebaikan dan menjauhi segala larangannya.
  • Islam membenarkan umatnya mencari harta dunia dengan cara yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.
  • Setiap pimpinan hendaklah menjalankan pemerintahan dengan adil.
  • Berlumba-lumba mencari kemewahan dunia dan mematuhi kehendak wanita yang bertentangan dengan syarak adalah di larang.
  • Dunia  itu seperti buah yang segar dan enak, cantik di mata sedap di rasa.
  • Peringatan kepada orang yang beriman agar tidak terpedaya dengan keindahan dunia yang melalaikan daripada azab neraka dan nikmat syurga yang   lebih besar, begitu juga dengan wanita, elakkan daripada pergaulan bebas dan perbuatan yang boleh membawa kepada perkara yang terlarang jika wanita itu asing, dan jika isteri sendiri jangan menyebabkan terlanggar larangan Allah atau tertinggal pemerintahan kerana menurut kemahuan isteri.

Jika kita fikir2kan dengan tenang memang benar apa yang diriwayatkan dan betul juga apa yang dihuraikan.

Kesimpulannya yang memimpin dan dipimpin, jadilah mereka2 ini diantaranya:-

1.Bodoh dan diperbodohkan!

2.Sesat dan disesatkan! 

3.Jahanam dan dijahanamkan!

Betul ke tak betul?

جزاك الله خيرا

[Sumber hadith: JAKIM]

Rabu, Disember 02, 2015

BCK 8. Tahajjud 10-20 minit

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dalam Bicara Cerita Kami (BCK) kami memuatkan artikal dari IslamCan.Com. Pertama dari bahagian Islamic Stories dan yang kedua dari bahagian Ever Wonder?. Jika ada komen2 mengenai terjemahan kami….. sila berikan.

Kami juga ada memuatkan kiriman dari whatsapp teman2 yang minta disebar2kan.

Islamic Stories akan dimulakan dengan Alkisahnya. Ever Wonder? dengan Jom Muhasabah. so…..

Jom muhasabah…..

Sesetengah orang mengatakan bahawa seorang yang tiada pekerjaan lebih sibuk daripada orang yang bekerja kerana seorang penganggur akan sentiasa kehulu kehilir mencari pekerjaan. Jika dia mendapat pekerjaan yang memerlukan dia berjaga sepanjang malam sekali pun dia akan berbuat demikian kerana dia perlu menjana pendapatan. Ianya adalah fitrah manusia. Di kala dia mengetahui akan nilai sesuatu benda, dia akan berusaha untuk mendapatkannya walaupun mengharungi kepayahan.

Allah Ta'ala telah mengurniakan kepada kita kelebihan solat Tahajjud. Melalui solat ini, kita diberikan banyak keberkatan dari Allah. Masalah seperti penyakit, isu-isu keluarga, wang, kelaparan, dan lain-lain dengan mudah boleh diangkat dengan berdoa kepada Allah pada waktu tahajjud. Akan tetapi, kerana kita tidak mengetahui hikmah solat ini, maka amat sukar untuk kita meluangkan kira-kira 10-20 minit masa tidur kita untuk bangun dan mendirikan solat. Sebaliknya, untuk sedikit wang, kita bersedia bersengkang mata sepanjang malam.

Ada hadis qudsi mengenai bangun malam ini…..

Pada setiap malam Tuhan kita turun ke langit dunia tatkala malam berbaki satu pertiga lagi.

Lalu Dia menyeru:

“Siapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan.

Sesiapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku berikan.

Sesiapa yang memohon keampunan kepada-Ku akan Aku Ampunkan.”

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Fikir2kan.

جزاك الله خيرا

[Sumber: IslamCan.Com]

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India