DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Jun 20, 2010

BSK 15. Biarkan Ia Berkembang II - Part 2

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita semua termasuk didalam golongan yang menghargai ciptaan Allah SWT. Insya'allah.

Jom kami tunjukkan lagi gambar satu2nya bunga yang kami ada. Jangan marah. Hehe.

13/6/10 pada waktu pagi. Kami dapati ada putik bunga baru keluar diantara 2 bunga sedia ada. Hebat. Kembar 3 ni.
Ni gambar 13/6/10 pada waktu petang. Kami close up putik bunga ketiga.

Cantik bunga ni pada pagi 14/6/10.
Cantik juga pada petang 14/6/10.

Minta maaf le kerana pose gambar macam sama je. Cuma tu je bunga yang ada. Hehe. Gambar pada pagi 15/6/10. 
Gambar pada petang 15/6/10. Cantik juga gambarnya. Tak le hebat macam kat National Geographic. Hehe. Semi amatur katakan. Bukan amatur pun. Haha.


So.....cukup le sampai kat sini dulu. Banyak sangat nanti, blur plak mata tu. Kami sambung dalam sehari dua ni.


Wassalam.

BFK 43. Kita Minum Lagi

Bismillah.
Assalamualaikum.


Semoga kita dimasukkan Allah SWT ke dalam golongan orang2 yang tidak suka membazir. Insya'allah.

Nak tunjukkan proses kami membuat air soya. Dah tahu! Buat2 tak tau je. Jom zass.....

Kacang soya mentah direndam semalaman. Kemudian dibuang kulitnya. Lalu di brrrrr.....

Kami bukan nak promosi iklan minuman ringan atau pun barang kemas. Bukan niat kami. Hehe. Masukkan kacang soya dan air kat dalam blender dan brrrrr.....sampai lumat.

Lepas tu ditapis. Ulang proses sampai habis kacang soya mentah tadi.

Susu kacang soya tu kemudian dimasak. Sampai bau mentah soya tu hilang. Nak ditambah gula masa ni pun boleh.

Bila dah betul2 masak, tapis sekali lagi. Hasilnya.....

Air kacang soya yang sedap ni. Nak minum panas atau pun sejuk terpulang pada pilihan hati. Kami suka yang sejuk. Hehe.

Baki kacang soya yang dah di brrrrr kami buat jemput2. Tumbuk cili padi, ikan bilis dan bawang dan masukkan kat baki kacang soya tu. Masukkan juga tepung gandum dan sebiji telur. Gaul hingga rata. Kemudin di goreng. Tadaa.....

Jadi le jemput2 kami. Nak buat experiment, nak tahu sedap ke tidak. Boleh tahan gak. Bila panas kurang sikit rasanya. Biarkan sejuk baru OK.

So.....sekarang ni kena cari ikhtiar untuk tidak membazir. Barang2 keperluan semuanya naik harga. Cuba le buat survey kat pasaraya2 sekeliling kita. Lain le kalau duit kita dah tak boleh dikira. Terlampau banyak gitu.

Wassalam. 

Sabtu, Jun 19, 2010

BBK 13. Islam & Demokrasi - Hasil Nukilan Tuan Guru Presiden PAS

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga Allah SWT menjadikan kita berupaya untuk membuat pilihan yang betul. Insya'allah.

Kami telah habis membaca buku Taqwa hasil nukilan Tuan Guru MB Kelantan. Tidak boring membaca buku tersebut. Setiap bab buku tersebut tidak meleret2. Paling panjang 4 mukasurat penuh. Setiap bab penuh dengan fakta. Orait.

Dalam masa yang sama kami juga sambil sambilan telah habis membaca buku dibawah ni. 

Sebuah buku terbitan awal 90an. Menarik buku ni. Membuat kita berfikir tentang banyak perkara tentang kepimpinan. Kalau dah baca tu baca le lagi. Untuk kita fikir2kan masa depan.....

Kami akan mula membaca buku ini.....

Buku bertajuk Islam & Demokrasi hasil nukilan salah seorang yang kami sekeluarga hormati iaitu Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang, Presiden PAS.

Antara topik menarik: 
  • Politik dalam Islam
  • Pilihan raya daripada kaca mata Islam
  • Sistem sekularisme
  • Demokrasi barat dan demokrasi Islam
Buku ni kami beli pada 27/8/07. Dah lama tu.....

So.....sama2 kita membaca buku tersebut. Nak dapatkan juga ilmu untuk kebaikan bersama. Mungkin boleh digunakan untuk PRU 13 nanti. Renung2kan.....

Wassalam. 

BSK 14. Alleycats II

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita semua dihindari Allah SWT dari sifat pentingkan diri. Insya'allah.

Kami sambung dengan kisah kucing lorong belakang kami. Lihat dulu pose istimewa si Oranje.....


Cute ke tak aku ni? Haha.


Biasa le, anak kucing depend kat mummy untuk membesar.


Tapi kalau dah kenyang tu jangan le ganggu mummy. Mummy kan dah penat. Dah nak tidur ni. Ada lebah ke kat ekor mummy tu? Ish ish.


Kesabaran mummy pun ada limitnya. Ha! Kan dah kena leg lock dari mummy! Terkangkang juga si Oranje tu. Padan muka. Hehe.


Last2 tidur juga. Kan elok camtu.


So.....kucing pun tahu bergurau senda dan berkasih sayang dengan anak2. Kita camno? Fikir2kan.....


Wassalam.

Jumaat, Jun 18, 2010

BFK 42. Raja Buah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat2 yang Allah SWT beri kepada kita. Amin.

Balik dari rumah ibu mertua ku ke Seremban kami akan membelok dari jalan besar memasuki jalan ke LBJ. Kat simpang jalan besar tu banyak dah pondok orang jual durian. Kerana dah nak maghrib tak le kami singgah. Esoknya je kami ke sana. 


Lepas asar kami pun pergi le. Nak kata murah tu tak le juga. Tapi dah kata favorite keluarga dibeli le juga. Sampai je kat rumah.....

Si abang (anak pertama) yang paksa rela mengopek durian. Banyak le juga teknik yang digunakan. Hebat.....

Biasa le, tak semuanya elok. Ada yang ada penunggu kat dalamnya. Ada yang sedikit mangkor (keras). Alhamdulillah.

Habis semua durian hero sorang tu kopek. Anak ayah dah besar. Takkan ayah tak boleh rilek kan?


Yang berbaki dan yang sedikit mangkor kami buat serawa. Enak dimakan dengan pulut atau roti. Best.....

So.....bab makan ni pun kita kena awas. Bukan tak boleh tapi kena berpada2.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India