Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ini 20 Ramadan 1432H. Masih hujan kat taman kami. Dari sebelum zohor mulanya. Berhenti sekejap dan hujan semula.
Sejuk dan nyaman rasanya. Dibandingkan semalam 19 Ramadan memang panas.
Adakah malam ini iaitu malam 21 Ramadan 1432H malam yang dinantikan?
Kita di Malaysia memulakan puasa pada hari Isnin dan mengikut pendapat Imam Al Ghazali Rahimahullah, malam Lailatul Qadar adalah pada malam 21 Ramadan.
Well….. hidupkan malam-malam 10 terakhir Ramadan, insyaallah kita mendapat keberkatan.
So….. Ya Allah wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami, melalui rasul-rasul Mu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan