Bismillah.
Assalamualaikum.
1 Syawal 1432H akan tiba tidak lama lagi. Dengan kedatangan tarikh itu kami sekeluarga ingin mengucapkan:
Kepada kawan-kawan yang sengaja atau tidak sengaja, yang mengetahui atau tidak mengetahui, yang sedar atau tidak sedar mengunjungi blog kami ini. Terima kasih.
Kepada yang memandu untuk beraya dengan kaum keluarga tersayang samada di kampong atau di taman perumahan, kami sekeluarga mengingatkan agar sentiasa berhati-hati. Dapatkan rehat yang secukupnya dan pandu secara berhemah.
Doa menaiki kenderaan:
Dengan nama Allah dan segala puji bagi Allah semata-mata yang telah mempermudahkan kenderaan ini untuk kami sedangkan kami sama sekali tidak dapat mengendalikannya dan akhirnya kami akan kembali kepadaMu jua.
Doa dalam perjalanan:
Ya Allah! Jadikanlah perjalanan ini mudah, dekatkanlah jaraknya yang jauh sehingga mudah untuk ditempuh. Ya Allah, hanya Engkau pelindung diri kami dalam perjalanan yang dituju. Engkau juga yang menjaga terhadap keluarga dan harta benda.
Jaga adab-adab semasa kita ziarah menziarahi. Adap semasa kita menjadi tetamu, adab makan dan adap semasa menjadi tuan rumah.
Semoga kita diberkati Allah Taala dalam segala urusan kita.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, terimalah daripada kami akan solat kami, puasa kami dan permohonan kami. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan