DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, April 30, 2013

BSK 355. Putrajaya: Mr Tranformasi vs Mr Reformasi

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Beberapa hari lagi rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Isnin, 06/05/2013 kita akan mengetahui dengan pasti siapa yang akan mengemudi Malaysia.

Tidak seperti PRU-PRU terdahulu, PRU13 ini dikatakan mempunyai dua bakal PM. Dua bakal PM kerana PRU13 ini sememangnya dilihat seolah-olah pertembungan antara dua gabungan sahaja. Pertembungan sengit PR dan BN.  

Malaysia memilih siapa yang akan dengan bergayanya melangkah kaki ke Putrajaya,

Siapa pilihan rakyat Malaysia?

Dua calon sahaja yang diketengahkan, tak ada calon lain yang dilihat berkelayakan untuk memegang jawatan PM itu.

Calon BN semestinya Mr Transformasi.

No2576Calon yang disepakati oleh PR ialah Mr Reformasi.

Jika rakyat Malaysia ketika ini sudah ada pilihan hati, cuba kita perhatikan pula equation kepada pilihan kita…..

  • Mr Transformasi = Datin Seri Rosmah jadi FLOM
  • Mr Reformasi = Datin Seri Wan Azizah jadi FLOM

Jadinya mana pilihan hati…..

Keluarga Mr Transformasi atau keluarga Mr Reformasi?

Dalam hidup ini sememangnya kita perlu membuat pilihan. Dalam setiap aspek kehidupan kita ini, kita perlu dan terpaksa untuk membuat pilihan.

Malaysia memilih….. contoh mudah:

  • Hendak solat atau tidak
  • Hendak puasa atau sebaliknya
  • Hendak sedekah atau tak nak
  • Hendak BR1M atau petrol murah
  • Hendak pendidikan percuma atau hutang PTPTN
  • Hendak Rosmah atau Azizah
  • Hendak pangkah BN atau PR

Tepuklah dada dan ingatlah masa depan.

Kami sekeluarga sememangnya dah membuat kese’pakatan’, untuk ini kali lah ubah!

So….. ya Allah ya tuhan kami, lindungilah kami daripada kejahatan hamba-hamba-Mu, labuhkanlah kepada kami naugan pemeliharaan-Mu, masukkanlah kami ke dalam perhatian daripada-Mu untuk menjaga kami, dan berikanlah kebaikan kepada kami daripada-Mu, wahai yang Maha Pengasih dalam kalangan yang mengasihi. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Rabu, April 24, 2013

BSK 354. Ada puteri raja dan wang berjuta kat syurga

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

No2534

Orang kuat Umno suatu ketika dulu dan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sah melakukan hijrah. Dalam usia 60++ tahun beliau berhijrah dari parti Umno ke pangkuan parti PAS.

Adakah tindakan mantan MB Selangor itu sesuatu yang amat janggal?

Tak kot?

Cuba perhatikan suasana kehidupan sekeliling kita. Paling mudah kat taman perumahan kita. Cuba sesekali kita turun kat surau atau masjid kariah kita.

Siapa majoriti yang menjadi jemaah surau atau masjid berkenaan?

Budak-budak? Remaja? Orang muda? Orang tua?

Jawapannya orang pencen!

Kami tak nak sentuh isu sembahyang fardhu. Cuma kami nak cerita sikit pasal kelas-kelas pengajian yang diadakan kat surau dan masjid kat taman perumahan tersebut.

Majoriti yang menghadirinya terdiri dari golongan mereka-mereka yang pencen. Pencen dari sektor awam dan juga swasta.  

Sebelum pencen mereka mencari rezeki untuk keluarga. Menyara keluarga hingga kekadang tiada masa untuk memikirkan hal-hal lain. Bukan mereka meninggalkan solat atau suruhan lain tetapi kerana terlalu istiqomah mencari habuan jasmani ketinggalan untuk mendapatkan habuan rohani.

Bila pencen, anak-anak dah dewasa dan boleh menguruskan hal ehwal kehidupan sendiri. Banyak masa yang Allah berikan. Lalu mereka mencari ilmu untuk memperbaiki kehidupan dunia dan mendapat redha Allah di akhirat.

Tak salahkan?

Jika mantan MB Selangor itu berhijrah dari parti berlandaskan kaum kepada parti berlandaskan agama sepatutnya kita mesti berlapang dada. Allah Taala mengetahui dengan sebenar-benarnya niat beliau.

Tak perlulah kita membuat kenyataan mempersendakan pilihan beliau itu. Seperti kenyataan berikut…..

Selamat ke syurga Muhd Taib, di sana ada puteri raja — Zainuddin Maidin

April 24, 2013

24 APRIl — Sah hari ini Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib telah menyertai PAS kerana beliau tidak nampak Umno selama ini memperjuangkan negara Islam. Beliau mahu semua wanita berkelumbong dan hukum-hukum Islam lainnya dijalankan di negara ini, terutama di Lembah Klang.

PAS menampakan penyertaannya sebagai suatu tangkapan besar kerana dialu-alukan oleh Presiden PAS dan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang menampilkan diri dalam sidang akhbar bersamanya.

Bagaimanapun, kepada Umno dan kepada rakyat seluruhnya, tindakan Mohd Taib ini bukanlah mengemparkan seperti kegemparan di kalangan PAS seolah-olah menyambut suatu kemenangan besar.

Kepada Umno tidak rugi apapun, sebaliknya penyertaan Mohd Taib ke dalam Umno nilainya sama seperti jika Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS menyertai Umno setelah bertaubat.

Sangkakan hanya artis yang berkeyakinan dengan menyertai PAS akan dapat membasuh dosa masa lalu dan terus diterima oleh Allah sebagai orang yang bersih untuk dihantar ke syurga, tetapi rupa-rupanya orang politik yang telah melalui proses kematangan dan pembersihan undang-undang juga boleh menggunakan logik ini: Masuk PAS bersih dosa, masuk Surga.

Mohd Taib tentunya adalah di antara orang yang beriman kepada Fatwa Kafir Haji Hadi tambahan pula dirinya sendiri pun banyak berdosa, maka itu dia mengambil keputusan untuk tidak mati sebagai kafir Umno dan mahu ke Syurga sebagai Islam PAS.

Kita ucapkan selamat ke syurga kepada Mohd Taib.Di sana tentu ada puteri raja dan wang berjuta.

Nilaian seorang makhluk tidak sama dengan nilaian Penguasa Hari Akhirat. Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang menguasai hari akhirat, kepadaMu kami menyembah dan kepadaMu kami meminta pertolongan, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus, jalan mereka yang Engkau berikan nikmat kepada mereka dan bukannya mereka yang Engkau murkai dan bukan juga mereka yang sesat. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selasa, April 23, 2013

BSK 353. PRU13 aku janji untuk ubah

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ini kali kedua kami mengundi kat Seremban. Kali pertama PRU12 tahun 2008 yang membuka banyak pintu kemungkinan.

Kemungkinan paling utama PRU13 ini, samada BN atau PR yang akan terpilih menjadi pengemudi atau pilot negara kita ini.

Seperti yang kami nyatakan dahulu, kami berlima akan turun mengundi. Dua pangkah yang akan kami berlima lakarkan kat kertas undi nanti. Satu untuk DUN dan satu untuk parlimen. Calon-calon yang bertanding dari MCA dan DAP. No2574Hmm….. memang kami berlima sepakat nak pangkah untuk kesegaran, kecemerlangan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. ‘Aku janji’ kami dan itu pasti.

Kami nak share kata-kata mantan PM ke-4 dalam majlis anjuran Pemuda BN Alor Setar baru-baru ini. Katanya…..

"Parti itu (Pakatan Rakyat) tidak cekap dan tidak dapat memajukan negeri Kedah ini... tapi rakyat (kini) dapat membuat perbandingan... lima tahun kita bagi dekat dia, apa pun tak ada.

"Kita tak marah kepada rakyat, rakyat nak cuba-cuba... Sudah lima tahun, sudahlah, cukuplah, baliklah,"

Anak Tun Dr Mahathir Mohamad dengan ehsan Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberi kerusi DUN kat Kedah. Kerusi panas dimana tersilap langkah atau percaturan boleh melingkup.

Anak Tun tidak diberi kerusi parlimen sebagai back-up untuk survival politik beliau. Tak seperti seorang lagi calon MB BN di sebuah negeri kat pantai timur.

Jika anak Tun ditolak oleh pengundi Kedah pada PRU13 nanti, maka akan bungkuslah keluarga Tun. Berkemungkinan! Kerana kita merancang, itu sahaja, tetapi Allah yang menentukan. Itu pasti.

Dan akan termakbul doa salah seorang pemimpin utama PAS beberapa tahun lalu. Wallahualam.

Untuk meransang minda, cuba-cubalah kita banding-bandingkan jangkamasa 5 tahun PR mengemudi Kedah dan lebih 50 tahun BN memegang tampuk kekuasaan. Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung kepadaMu dari kemalasan serta lanjut usia dan buruknya perbuatan di masa tua, dari godaan-godaan dunia dan dari siksa kubur. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selasa, April 16, 2013

BSK 352. Pesanan ikhlas dari PM 1Malaysia

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Baru-baru ini anak sulong kami menerima melalui pos pesanan dari caretaker PM 1Malaysia. Dinamakan “Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia”.

Kami nak berkongsi pesanan ikhlas itu dengan kawan-kawan. Jom…..

No2564 No2565

  No2568

No2567

Pesanan yang nampak biasa-biasa sahaja tetapi membawa maksud tersirat yang cukup mendalam.

PM caretaker 1Malaysia ini seolah-olah meminta atau menagih janji dari rakyat yang menerima BR1M. Seolah-olahnya penerima BR1M ‘aku janji’ wajib memangkah barisan yang dipimpin oleh PM caretaker itu pada PRU13 nanti.

Seolah-olahnya rakyat terutama penerima BR1M wajib menterjemahkan terima kasih mereka dengan menyokong dan menunaikan slogan ‘janji ditepati’ dan memberi mandat baru kepada barisan pimpinan PM caretaker ini untuk mendapat pelbagai manfaat yang lebih besar.

Adakah kebaikan yang diberikan kepada rakyat itu ikhlas? Bukankah untuk mensejahterakan rakyat merupakan amanah yang sememangnya dipikul oleh mana-mana pemerintah?

Cuba kita perhatikan dan menghayati kata-kata Hasan al-Basri berkaitan dengan ikhlas:

“Barangsiapa yang berbuat suatu kebaikan hanya untuk dilihat oleh orang lain, maka kebaikan itu akan menjadi noda di mata Allah.”

Cuba kita hayati juga kata-kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengenai amanah kepimpinan yang diterimanya:

“Aku bukan orang yang terbaik diantara kamu, akan tetapi aku orang yang paling berat bebannya di antara kamu.”

Umar bin Abdul Aziz memerintah sekitar dua setengah tahun sahaja tetapi di zaman pemerintahannya dikatakan jarang sekali ditemukan orang yang bersedia menerima zakat.

Dikatakan bahawa seorang hamba Allah membawa harta yang begitu banyak kepada pegawai-pegawai yang menguruskan zakat dan berkata, “Berikan kepada siapa sahaja yang kamu anggap berhak menerimanya.” Namun dia terpaksa pulang membawa hartanya itu.

Dua setengah tahun memerintah, Umar bin Abdul Aziz telah membuat semua orang menjadi kaya.

Cuba fikir-fikirkan dengan tenang situasi kita ketika ini.

So….. ya Allah ya Tuhan kami. keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakan kami dengan cahaya kefahaman. Amin.

لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Rujukan: Buku “Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz Kepimpinan dan Kewibawaannya” terbitan Pustaka Al Shafa

Sabtu, April 13, 2013

BSK 351. PRU13 tip memangkah pemimpin

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Rakyat Malaysia yang cukup syarat-syaratnya perlu keluar mengundi pada 05 Mei 2013 ini. Yang memegang IC mi segera tak perlulah dan tak payahlah sibuk-sibuk keluar ke pusat pengundian. Kira menyemakkan pusat itu sahaja.

Yang cukup syarat, undi jangan tak undi!

Dalam kita nak pangkah memangkah ini, pelbagai tip yang boleh kita dapati untuk memilih pemimpin Melayu.

Gambar dibawah salah satu contoh tip terbaik…..

Penerima BR1MSatu lagi contoh tip terbaik adalah apa yang di tulis oleh TGNA dalam buku beliau “Bertemu Janji Allah Menyingkap Kisah Mashyar Yang Menyayat Hati” pada mukasurat 30-31.

Beliau mengatakan hari kiamat juga disebut dengan Yaumud Du’a iaitu hari menyeru. Pertama seruan ahli neraka kepada ahli syurga dan kedua seruan manusia kepada pemimpin-pemimpin atau imam mereka. 

Kita hayati apa TGNA ingin katakan mengenai seruan yang kedua. Jom…..

Manusia di akhirat terpaksa mengikut pemimpin-pemimpin  yang mereka puja atau mereka taati dahulu.

  • Sekiranya mereka menjadi pengikut Nabi Muhammad S.A.W yang setia, maka di akhirat pasti mereka akan berada dalam saf yang dipimpin oleh baginda.
  • Kalau manusia mentaati pemimpin yang menyimpang daripada ajaran Allah, atau menjadi pengikut setia kepada iblis dan segala programnya yang berlandaskan nafsu syahwat, maka mereka diseru oleh Allah S.W.T supaya berada di belakang pemimpin yang sesat atau iblis laknatullah itu.

Dalam hal memilih pemimpin, Islam menetapkan garis panduannya dengan jelas. Oleh kerana al-Quran itu adalah panduan dan peraturan, maka pemimpin yang hendak dituruti dan dipatuhi ialah pemimpin yang patuh kepada kehendak al-Quran yang memimpin ke arah ketaqwaan.

Orang-orang yang beriman tidak wajar memilih pemimpin semata-mata kerana mereka itu ada pangkat, kekayaan dan juga kekuasaan. Dengan harta, pangkat dan kekuasaan belum pasti pemimpin itu layak dituruti kerana belum pasti mereka dapat membawa pengikutnya kepada keredhaan Allah.

Orang-orang yang menjadi pemimpin biarlah orang yang tahu halal dan haram, dosa dan pahala. Tegasnya pemimpin itu mestilah mereka yang celik al-Quran supaya bukan sahaja pemimpin itu bertaqwa, tetapi juga menjadi pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa. Firman Allah S.W.T:

وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Yang bermaksud:

“Dan (wahai Tuhan) jadikanlah kami imam (pemimpin) kepada orang-orang yang bertaqwa.” [Surah al-Furqan (25: 74)]

Selain itu janganlah pula orang-orang yang beriman menjadi pengikut kepada pengikut kepada pemimpin yang tidak menghiraukan halal dan haram, sesungguhnya sikap pemimpin yang demikian itu adalah melampaui batas-batas Allah (taghut).

Janganlah di akhirat kelak orang-orang yang tergolong celik agama tetapi berada dalam barisan yang menuju kepada neraka, iaitu di bawah pemimpin manusia yang bertaraf taghut. Sesungguhnya akan diseru manusia di akhirat kelak supaya mengikut di belakang pemimpin yang mereka taati.

Justeru itu janganlah sampai tersalah memilih pemimpin, kerana pemimpin itu mempunyai tanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga menjadi pemimpin di akhirat.  

Fikir-fikirkanlah dan bandingkanlah antara gambar dan tulisan TGNA. Kita ini  samada mahu atau tidak, suka atau tidak akan bertemu juga dengan janji Allah. Akhirnya kita akan menemui samada janji baik atau janji buruk Allah S.W.T itu. Pastinya janji Allah sememangnya dan semestinya janji ditepati.

Kuasa memilih dan memangkah di tangan kita. Pergunakan hak kita dengan sebaiknya.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkaulah kami meminta pertolongan, Engkaulah yang mempertahankan kami, maka kami bertahan diri kepada-Mu, Engkaulah pelindung kami, maka dengan Engkaulah kami berlindung. Amin.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India