السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Orang kuat Umno suatu ketika dulu dan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sah melakukan hijrah. Dalam usia 60++ tahun beliau berhijrah dari parti Umno ke pangkuan parti PAS.
Adakah tindakan mantan MB Selangor itu sesuatu yang amat janggal?
Tak kot?
Cuba perhatikan suasana kehidupan sekeliling kita. Paling mudah kat taman perumahan kita. Cuba sesekali kita turun kat surau atau masjid kariah kita.
Siapa majoriti yang menjadi jemaah surau atau masjid berkenaan?
Budak-budak? Remaja? Orang muda? Orang tua?
Jawapannya orang pencen!
Kami tak nak sentuh isu sembahyang fardhu. Cuma kami nak cerita sikit pasal kelas-kelas pengajian yang diadakan kat surau dan masjid kat taman perumahan tersebut.
Majoriti yang menghadirinya terdiri dari golongan mereka-mereka yang pencen. Pencen dari sektor awam dan juga swasta.
Sebelum pencen mereka mencari rezeki untuk keluarga. Menyara keluarga hingga kekadang tiada masa untuk memikirkan hal-hal lain. Bukan mereka meninggalkan solat atau suruhan lain tetapi kerana terlalu istiqomah mencari habuan jasmani ketinggalan untuk mendapatkan habuan rohani.
Bila pencen, anak-anak dah dewasa dan boleh menguruskan hal ehwal kehidupan sendiri. Banyak masa yang Allah berikan. Lalu mereka mencari ilmu untuk memperbaiki kehidupan dunia dan mendapat redha Allah di akhirat.
Tak salahkan?
Jika mantan MB Selangor itu berhijrah dari parti berlandaskan kaum kepada parti berlandaskan agama sepatutnya kita mesti berlapang dada. Allah Taala mengetahui dengan sebenar-benarnya niat beliau.
Tak perlulah kita membuat kenyataan mempersendakan pilihan beliau itu. Seperti kenyataan berikut…..
Selamat ke syurga Muhd Taib, di sana ada puteri raja — Zainuddin Maidin
April 24, 2013
24 APRIl — Sah hari ini Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib telah menyertai PAS kerana beliau tidak nampak Umno selama ini memperjuangkan negara Islam. Beliau mahu semua wanita berkelumbong dan hukum-hukum Islam lainnya dijalankan di negara ini, terutama di Lembah Klang.
PAS menampakan penyertaannya sebagai suatu tangkapan besar kerana dialu-alukan oleh Presiden PAS dan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang menampilkan diri dalam sidang akhbar bersamanya.
Bagaimanapun, kepada Umno dan kepada rakyat seluruhnya, tindakan Mohd Taib ini bukanlah mengemparkan seperti kegemparan di kalangan PAS seolah-olah menyambut suatu kemenangan besar.
Kepada Umno tidak rugi apapun, sebaliknya penyertaan Mohd Taib ke dalam Umno nilainya sama seperti jika Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS menyertai Umno setelah bertaubat.
Sangkakan hanya artis yang berkeyakinan dengan menyertai PAS akan dapat membasuh dosa masa lalu dan terus diterima oleh Allah sebagai orang yang bersih untuk dihantar ke syurga, tetapi rupa-rupanya orang politik yang telah melalui proses kematangan dan pembersihan undang-undang juga boleh menggunakan logik ini: Masuk PAS bersih dosa, masuk Surga.
Mohd Taib tentunya adalah di antara orang yang beriman kepada Fatwa Kafir Haji Hadi tambahan pula dirinya sendiri pun banyak berdosa, maka itu dia mengambil keputusan untuk tidak mati sebagai kafir Umno dan mahu ke Syurga sebagai Islam PAS.
Kita ucapkan selamat ke syurga kepada Mohd Taib.Di sana tentu ada puteri raja dan wang berjuta.
Nilaian seorang makhluk tidak sama dengan nilaian Penguasa Hari Akhirat. Fikir-fikirkan.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang menguasai hari akhirat, kepadaMu kami menyembah dan kepadaMu kami meminta pertolongan, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus, jalan mereka yang Engkau berikan nikmat kepada mereka dan bukannya mereka yang Engkau murkai dan bukan juga mereka yang sesat. Amin.
لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
0 comments:
Catat Ulasan