السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Rakyat Malaysia yang cukup syarat-syaratnya perlu keluar mengundi pada 05 Mei 2013 ini. Yang memegang IC mi segera tak perlulah dan tak payahlah sibuk-sibuk keluar ke pusat pengundian. Kira menyemakkan pusat itu sahaja.
Yang cukup syarat, undi jangan tak undi!
Dalam kita nak pangkah memangkah ini, pelbagai tip yang boleh kita dapati untuk memilih pemimpin Melayu.
Gambar dibawah salah satu contoh tip terbaik…..
Satu lagi contoh tip terbaik adalah apa yang di tulis oleh TGNA dalam buku beliau “Bertemu Janji Allah Menyingkap Kisah Mashyar Yang Menyayat Hati” pada mukasurat 30-31.
Beliau mengatakan hari kiamat juga disebut dengan Yaumud Du’a iaitu hari menyeru. Pertama seruan ahli neraka kepada ahli syurga dan kedua seruan manusia kepada pemimpin-pemimpin atau imam mereka.
Kita hayati apa TGNA ingin katakan mengenai seruan yang kedua. Jom…..
Manusia di akhirat terpaksa mengikut pemimpin-pemimpin yang mereka puja atau mereka taati dahulu.
Sekiranya mereka menjadi pengikut Nabi Muhammad S.A.W yang setia, maka di akhirat pasti mereka akan berada dalam saf yang dipimpin oleh baginda. Kalau manusia mentaati pemimpin yang menyimpang daripada ajaran Allah, atau menjadi pengikut setia kepada iblis dan segala programnya yang berlandaskan nafsu syahwat, maka mereka diseru oleh Allah S.W.T supaya berada di belakang pemimpin yang sesat atau iblis laknatullah itu.Dalam hal memilih pemimpin, Islam menetapkan garis panduannya dengan jelas. Oleh kerana al-Quran itu adalah panduan dan peraturan, maka pemimpin yang hendak dituruti dan dipatuhi ialah pemimpin yang patuh kepada kehendak al-Quran yang memimpin ke arah ketaqwaan.
Orang-orang yang beriman tidak wajar memilih pemimpin semata-mata kerana mereka itu ada pangkat, kekayaan dan juga kekuasaan. Dengan harta, pangkat dan kekuasaan belum pasti pemimpin itu layak dituruti kerana belum pasti mereka dapat membawa pengikutnya kepada keredhaan Allah.
Orang-orang yang menjadi pemimpin biarlah orang yang tahu halal dan haram, dosa dan pahala. Tegasnya pemimpin itu mestilah mereka yang celik al-Quran supaya bukan sahaja pemimpin itu bertaqwa, tetapi juga menjadi pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa. Firman Allah S.W.T:
وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Yang bermaksud:
“Dan (wahai Tuhan) jadikanlah kami imam (pemimpin) kepada orang-orang yang bertaqwa.” [Surah al-Furqan (25: 74)]
Selain itu janganlah pula orang-orang yang beriman menjadi pengikut kepada pengikut kepada pemimpin yang tidak menghiraukan halal dan haram, sesungguhnya sikap pemimpin yang demikian itu adalah melampaui batas-batas Allah (taghut).
Janganlah di akhirat kelak orang-orang yang tergolong celik agama tetapi berada dalam barisan yang menuju kepada neraka, iaitu di bawah pemimpin manusia yang bertaraf taghut. Sesungguhnya akan diseru manusia di akhirat kelak supaya mengikut di belakang pemimpin yang mereka taati.
Justeru itu janganlah sampai tersalah memilih pemimpin, kerana pemimpin itu mempunyai tanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga menjadi pemimpin di akhirat.
Fikir-fikirkanlah dan bandingkanlah antara gambar dan tulisan TGNA. Kita ini samada mahu atau tidak, suka atau tidak akan bertemu juga dengan janji Allah. Akhirnya kita akan menemui samada janji baik atau janji buruk Allah S.W.T itu. Pastinya janji Allah sememangnya dan semestinya janji ditepati.
Kuasa memilih dan memangkah di tangan kita. Pergunakan hak kita dengan sebaiknya.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkaulah kami meminta pertolongan, Engkaulah yang mempertahankan kami, maka kami bertahan diri kepada-Mu, Engkaulah pelindung kami, maka dengan Engkaulah kami berlindung. Amin.
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
0 comments:
Catat Ulasan