DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Disember 23, 2015

BCK 11. Sujud Menggerakkan Hati

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kita baca cerita kat bawah ni.

Alkisahnya…..

Kisah ini diceritakan oleh saudara Firoz yang berasal dari Guyana dan kini tinggal di Scarborough, Kanada. Saudara Firoz tinggal di Amerika Syarikat sebelum berpindah ke Kanada. Beliau dengan mudah boleh dikenali sebagai orang Islam kerana memakai tutup kepala berciri Islam dan ber janggut putih. Di Amerika Syarikat, satu hari ketika dia ke pasar untuk membeli beberapa barang keperluan dia telah didatangi oleh seorang lelaki kulit putih Amerika yang bertanya kepadanya sama ada dia mengetahui mana-mana restoran Muslim Halal. Saudara Firoz mengetahui satu tetapi tidak mampu untuk memberi arah yang betul. Beliau membuat kesimpulan bahawa orang Amerika itu adalah saudara Islam yang baru di kawasan itu. Jadi, saudara Firoz mengundang beliau ke rumahnya untuk menjamu selera. Terdapat juga beberapa saudara-saudara Islam yang lain tinggal bersama Firoz pada masa itu. Apabila mereka sampai di rumah, semua orang di dalam rumah menyambut tetamu istimewa itu. Mereka juga berminat untuk mengetahui tentang sebab mengapa dia menerima Islam.

Saudara baru itu memberitahu mereka bahawa dia mengambil kursus perbandingan agama-agama dunia di Universiti. Pensyarahnya kebetulan seorang Yahudi. Ketika mereka sampai ke tajuk tentang Islam, pensyarah itu pada satu ketika mula menunjukkan kelas bagaimana umat Islam sembahyang. "Di saat saya melihat pensyarah itu melakukan sujud, saya tahu bahawa diri saya adalah milik agama ini," kata saudara baru itu. Inilah yang membawa beliau kepada Islam, satu demonstrasi mudah sujud.

Hanya satu pergerakkan dalam Islam sudah mencukupi untuk menjadikan individu ini seorang Muslim. Bayangkan, berapa ramai orang yang akan yakin apabila seluruh umat Islam mula mengamalkan Islam sepenuhnya!

Satu pergerakkan dalam sembahyang menggerakkan hati hamba Allah tu terima Islam.

Kita yang dah faham sangat tiap pergerakkan dalam sembahyang nak tolak Islam.

Kenapa tolak Islam? Tak mahu sembahyang…… pelikkan?

جزاك الله خيرا

[Sumber; IslamCan.Com]

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India