DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Disember 14, 2010

BFK 129. Walimatul Urus 4 Di Bukit Kepayang

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari ni kami nak tunjukkan gambar majlis perkahwinan yang dilangsungkan di taman kami pada hari Ahad, 12.12.2010.

No1036

Majlis ‘Raja Sehari’ anak lelaki  AJK surau kariah kami. Perkahwinan antara dua Anis. Mohd Hanis dan pilihannya Rohainis. Kami doakan  kebahagian pasangan ini dan berkekalan dunia dan akhirat. Amin.

Majlis ini diadakan secara gotong-royong. Saudara mara tuan rumah akan mengepalai masak-memasak.

Lepas Asar pada hari Sabtu, 11.12.2010 ahli kariah telah berkumpul untuk menghulurkan bantuan. Masing-masing sudah tahu tugasan yang mahu dilakukan tanpa perlu arahan.

Kami masuk group yang membersihkan  daging ayam. Lama jugak proses tu. Dekat Maghrib baru selesai.

Lepas makan malam, tuan rumah memaklumkan urusan masak-memasak akan dimulakan jam 7.00 pagi esok.

Kami sampai jam 7.30 pagi. Lewat kerana gelora di perut kami. Sakit bukan main. Dari sebelum subuh. Huhu. Tak dapat nak berbuat apa-apa. Kena turuti juga kehendaknya.

Kami masih kekal dengan tugasan ayam-ayam ni.  Ayam dah siap diperap oleh keluarga tuan rumah, jadi kami bantu menggoreng je.

Dekat jam 10.30 pagi kami minta diri sebentar, perut meragam lagi. Huhu.

Jam 11.00 pagi kami kembali. Penanggah sedang menikmati hidangan makan tengahari, Biasa le tu.  Penanggah makan dulu.

Nak makan ke tidak ni? Berbelah bagi jugak. Makan nanti, meragam lagi perut ni. Tak makan, memang dah lapar. Last-last makan jugak sikit.

Kami tunjukkan gambar yang sempat kami ambil. Jom-jom lihat…..

No1032

Sebahagian dari ahli group yang menggoreng ayam. Berbual sambil bertugas. Santai je. Siap dengan ‘morning towel’ lagi,

No1033

No1034

Dua kuali digunakan untuk menggoreng ayam. Jam 12.00 tengahari baru semua ayam siap digoreng. Lama jugak proses tu.

No1035

Kami tak sempat nak mengambil gambar pengantin. Perut memulas-mulas lagi. Jam 12.30 tengahari kami salam tuan rumah dan minta diri.

Selalunya kalau kami rewang-rewang kat taman ni, paling awal  jam 3.00 petang baru kami minta diri. Masa ni tetamu dah kurang. Keadaan boleh dikawal oleh jiran-jiran sebelah rumah dan saudara mara. Kerana TKO maka terpaksa balik awal.

Insya’allah, walimatul urus yang kelima pada 25.12.2010 akan datang. Kita tunggu…..

So….. semoga Allah SWT jadikan kita orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan kita dan diberikan keampunan kepada kita dan kepada kedua ibu bapa kita. Amin.

Wassalam. 

Isnin, Disember 13, 2010

BFK 128. Walimatul Urus 3 Di Bukit Kepayang

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sabtu, 11.12.2010  dan Ahad, 12.12.2010 kami ke majlis perkahwinan yang dilangsungkan di taman kami ini.

Kami nak tunjukkan dulu gambar yang sempat kami ambil di majlis yang pertama iaitu Sabtu, 11.12.2010.

No1028

No1029

Majlis ‘Raja Sehari’ anak perempuan ahli kariah kami  iaitu Khainita dengan pasangannya Elmy. Kami doakan kebahagian pasangan ini dan berkekalan dunia dan akhirat. Amin.

Majlis diadakan secara katering, jadi kami datang makan dan lepas tu berbual-bual dengan ahli-ahli kariah yang lain je.

No1031

Tak lama kat majlis tu. Lepas bersalam dengan tuan rumah kami mengundurkan diri. Dapat le buah tangan untuk dibawa pulang.

Ini majlis yang ketiga kat taman kami ini. Esok kami tunjukkan gambar untuk majlis yang keempat yang berlangsung pada hari Ahad, 12.12.2010.

So….. semoga Allah SWT mengurniakan kita kebaikkan di dunia dan terutamanya kebaikkan di akhirat. Amin.

Wassalam.

Ahad, Disember 12, 2010

BSK 150. Presiden Korea Selatan Puji Tarik Subsidi

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kerajaan  mendapatkan pengesahan  luar untuk menindas dan menzalimi rakyat sendiri? 

IMG_0266 2

Mari kita baca lapuran ini:

Program 'tarik subsidi rakyat' dapat pujian

Dis 11, 10 5:00pm

Program rasionalisasi subsidi kerajaan BN yang menyaksikan harga barangan asas seperti petrol, gas dan gula dinaikkan turut mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak yang melawat Malaysia selama dua hari mulai Khamis lalu, lapor Bernama.

mohamed nor yaacob"Ia (rasionalisasi subsidi) bukan sesuatu perkara yang senang untuk dilaksanakan. Kerajaan harus memastikan negara kuat dan tindakan tersebut telah mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan dalam lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini.

"Lee berpendapat bahawa apa yang kerajaan Malaysia buat adalah satu perkara yang bijak. Kita tahu menjaga subsidi, pada masa yang sama kita juga menjaga kedudukan kewangan, tidak boros serta berbelanja dengan berhemat," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.

Beliau menyampaikan hadiah wang tunai kepada pelajar di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor yang memperoleh keputusan cemerlang pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2010.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan telah meneliti kepentingan rakyat dan membuat kajian rapi untuk jangka masa yang panjang sebelum bertindak untuk merasionalisasi subsidi.

students protest against price hike in putrajaya pm's departmentIa dilaksanakan bagi memastikan kedudukan kewangan negara dan kualiti kehidupan rakyat dapat diseimbangkan dan bukan untuk membebankan rakyat seperti apa yang didakwa oleh pihak Pakatan Rakyat.

Langkah merasionalisasi subsidi kali kedua dilaksanakan awal bulan ini yang melibatkan pengurangan subsidi ke atas petrol RON95, diesel, LPG dan gula.

Nor Mohamed yang juga ahli parlimen Tasek Gelugor berkata Presiden Korea Selatan itu sedar tentang kekuatan negara Malaysia tetapi pihak Pakatan Rakyta tidak.

"Orang luar lebih sedar tentang kekuatan kita berbanding pembangkang, biasalah mereka ini sudah kehabisan modal," katanya.
- Bernama

Apalah yang hendak dibanggakan dengan pujian dari  presiden negara luar atau sesiapa pun kat luar tu? 

Satu persoalan? Rakyat Malaysia bangga ke dengan pujian tu? Kami? Kami kata ‘jauh panggang dari api’.

Adakah rakyat Malaysia kenyang dengan pujian itu? Semua boleh sendawa ‘burppppp’ dengan pujian itu?

Malang sungguh kita ni. Harga barang meningkat dan melambung tinggi, pak menteri  sibuk minta pandangan orang luar untuk menjustifikasikan tindakan mereka.

Keutamaan pemimpin untuk memakmurkan rakyat tak kisah dengan cara apa sekali pun. Baru betul seperti  slogan yang sering dilaung-laungkan ‘rakyat didahulukan’.

Kami masih tidak dapat memahami apa sebenarnya maksud ‘rakyat didahulukan’. Adakah didahulukan untuk disembelih. Atau didahulukan untuk sama-sama menikmati hasil kekayaan negara kita ini. Cuba kita fikir-fikirkan dengan rasional dan fikiran kita yang terbuka. Cuba!

So….. semoga Allah SWT melindungi kita daripada segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk.  Amin.

Wassalam.

Sabtu, Disember 11, 2010

BSK 149. Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar

Bismillah.

Assalamualaikum.

Ada kah sama perumpamaan ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’ dengan perumpamaan ‘gagal kuasai, surau diroboh’?

Jom kita baca kisahnya:

Gagal kuasai, Umno mahu surau diroboh?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS Lembah Pantai menentang usaha pihak berkuasa hendak merobohkan Surau Al-Falah di Kampung Pantai Dalam yang diimarahkan oleh penduduk dengan baik.

Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh berkata, usaha merobohkan surau itu dilihat adanya unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh pihak lawan.

“Kita menyedari usaha Umno khususnya Datuk Raja Nong Chik menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

“Ada beberapa surau dan masjid yang tidak dikuasai mereka menyebabkan mungkin adanya dengki sesetengah pihak tertentu sehingga keluar cadangan untuk merobohkan Surau Al-Falah,” katanya.

Menurutnya, jika isu itu tidak ditangani segera, PAS memberi amaran BN akan menghadapi tindakan rakyat yang lebih tegas dalam pilihan raya akan datang.

Manakala Pemuda PAS Lembah Pantai mempersoalkan suara-suara 'orang politik' parti lawan yang mengatakan Surau Al-Falah sebagai surau PAS kerana ramai orang PAS bersolat di situ.

"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya.

“Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," ujar ketuanya, Nasaie Ismail.

Pemuda Lembah Pantai juga mengenalpasti adanya pengaruh-pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh DBKL.

Ini, katanya kerana apabila pihak surau menghantar memorandum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah, wakilnya meminta pihak  surau hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai untuk menyelesaikan masalah itu.

“Umno akan memanggil DBKL, Jawi dan pihak pemaju bagi berunding di pejabat Umno. PAS mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan Jawi ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka,” jelasnya.

Katanya, Pemuda PAS Lembah Pantai juga mempersoalkan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang kerap mengadakan majlis politik berlogokan Umno di beberapa masjid di Lembah Pantai.

"Lebih baik Umno melihat diri sendiri dahulu sebelum menghukum rakyat. Saya harap Menteri Wilayah tersebut kerap solat berjemaah di masjid dan surau di Lembah Pantai dan duduk mendengar kuliah-kuliah agama daripada sibuk berpolitik menggunakan masjid,” katanya.

IMG_0336a

Pemimpim semestinya bersikap professional. Pemimpin Islam pula ditambah dengan amanah, ikhlas dan adil.

Cuba berhijrah kepada cara berpolitik seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT jadikan dalam hati kita cahaya, di lidah kita cahaya, pada pendengaran kita cahaya, pada penglihatan kita cahaya, di belakang kita cahaya, dihadapan kita cahaya dan di atas kita cahaya. Amin.

Wassalam.

Jumaat, Disember 10, 2010

BSK 148. 1Malaysia 1Mimpi

Bismillah.

Assalamualaikum.

Adakah mimpi MCA sudah tidak sama dengan lain-lain parti komponen dalam BN? Atau MCA sedang mengigau atau meracau sendirian sekarang ini?

IMG_0261 2

Mari kita baca berita dibawah:

MCA fights back over ‘ketuanan Melayu’ and junior partner role

By Yow Hong Chieh

December 09, 2010

KUALA LUMPUR, Dec 9 — The MCA hit back at Umno today in an escalating row over Datuk Dr Chua Soi Lek’s remarks about “ketuanan Melayu” and unhappiness at having to play second fiddle to the ruling Malay party in Barisan Nasional (BN).

MCA deputy publicity chief Loh Seng Kok said today Dr Chua had only been conveying the views “held by many people” when he cautioned BN leaders against using words like “pendatang” (immigrants), “penumpang” (passengers), “terhutang budi” (indebted to), “kurang patriotic” (unpatriotic) and “ketuanan Melayu” (Malay supremacy) at last weekend’s BN convention.

The MCA president had also taken a direct swipe at Umno by pointing out that the MCA was not in agreement with how important government policy decisions were made during Umno supreme council meetings instead of in the Cabinet.

This prompted Umno vice president Datuk Seri Hishammuddin Hussein to claim yesterday that Dr Chua had upset a good number of leaders — including those in the MCA — with his speech.

Similarly, Deputy Education Minister Datuk Dr Puad Zarkashi said Dr Chua’s statements were untrue, unnecessary and not in tandem with BN chairman Datuk Seri Najib Razak’s views or those of other BN component party leaders.

Today, Loh (picture) hit back at the two and questioned how they could govern the country if they could not accept “messages from the public”.

“BN leaders including Datuk Seri Hishammuddin and Datuk Dr Puad Zarkashi must display an honest and humble attitude and accept the facts,” he said in a press statement.

“As leaders, we must be always ready to accept public criticisms and questionings.”

The MCA man claimed Dr Chua was merely being self-critical when he made the speech, in “consonance” with Najib’s warning to coalition leaders to avoid the “diseases” of delusion, amnesia, inertia and arrogance.

He further urged BN leaders to be more self-critical in order to learn from their mistakes and win the hearts and minds of the people.

“At the BN convention, BN should not only be singing praises to manufacture a peaceful occasion, but also continue to motivate members within BN on the coalition’s principles and struggles,” he said.

Loh also singled out “self-contradictory” Hishammuddin for going to the media after telling BN leaders not to air their dirty laundry in public.

“On one hand, Datuk Seri Hishammuddin states that such statements should only be brought up during BN meetings rather than in public. But on the other hand, he publicly criticises the MCA president through the media. This is simply a case of double standards!” he said.
[Malaysian Insider]

Atau adakah ianya hanya satu sandiwara seperti yang dikatakan? Satu strategi untuk menarik balik sokongan bukan Melayu terutama kaum Cina kembali kepada MCA.

Baca apa yang dikatakan oleh mantan PM ini:
MCA’s ban on ‘Ketuanan Melayu’ illogical, says Dr M

Dalam politik semuanya berkemungkinan. Ada kata-kata keramat dalam politik “U garu our back, we garu yours”. Simply simple! Cuba fikir-fikirjkan.

So….. semoga Allah SWT  berikan kita petunjuk sebagaimana orang yang telah Allah berikan petunjuk dan berikan keberkatan pada sesuatu yang telah Allah berikan kepada kita. Amin.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India