DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Disember 12, 2010

BSK 150. Presiden Korea Selatan Puji Tarik Subsidi

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kerajaan  mendapatkan pengesahan  luar untuk menindas dan menzalimi rakyat sendiri? 

IMG_0266 2

Mari kita baca lapuran ini:

Program 'tarik subsidi rakyat' dapat pujian

Dis 11, 10 5:00pm

Program rasionalisasi subsidi kerajaan BN yang menyaksikan harga barangan asas seperti petrol, gas dan gula dinaikkan turut mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak yang melawat Malaysia selama dua hari mulai Khamis lalu, lapor Bernama.

mohamed nor yaacob"Ia (rasionalisasi subsidi) bukan sesuatu perkara yang senang untuk dilaksanakan. Kerajaan harus memastikan negara kuat dan tindakan tersebut telah mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan dalam lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini.

"Lee berpendapat bahawa apa yang kerajaan Malaysia buat adalah satu perkara yang bijak. Kita tahu menjaga subsidi, pada masa yang sama kita juga menjaga kedudukan kewangan, tidak boros serta berbelanja dengan berhemat," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.

Beliau menyampaikan hadiah wang tunai kepada pelajar di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor yang memperoleh keputusan cemerlang pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2010.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan telah meneliti kepentingan rakyat dan membuat kajian rapi untuk jangka masa yang panjang sebelum bertindak untuk merasionalisasi subsidi.

students protest against price hike in putrajaya pm's departmentIa dilaksanakan bagi memastikan kedudukan kewangan negara dan kualiti kehidupan rakyat dapat diseimbangkan dan bukan untuk membebankan rakyat seperti apa yang didakwa oleh pihak Pakatan Rakyat.

Langkah merasionalisasi subsidi kali kedua dilaksanakan awal bulan ini yang melibatkan pengurangan subsidi ke atas petrol RON95, diesel, LPG dan gula.

Nor Mohamed yang juga ahli parlimen Tasek Gelugor berkata Presiden Korea Selatan itu sedar tentang kekuatan negara Malaysia tetapi pihak Pakatan Rakyta tidak.

"Orang luar lebih sedar tentang kekuatan kita berbanding pembangkang, biasalah mereka ini sudah kehabisan modal," katanya.
- Bernama

Apalah yang hendak dibanggakan dengan pujian dari  presiden negara luar atau sesiapa pun kat luar tu? 

Satu persoalan? Rakyat Malaysia bangga ke dengan pujian tu? Kami? Kami kata ‘jauh panggang dari api’.

Adakah rakyat Malaysia kenyang dengan pujian itu? Semua boleh sendawa ‘burppppp’ dengan pujian itu?

Malang sungguh kita ni. Harga barang meningkat dan melambung tinggi, pak menteri  sibuk minta pandangan orang luar untuk menjustifikasikan tindakan mereka.

Keutamaan pemimpin untuk memakmurkan rakyat tak kisah dengan cara apa sekali pun. Baru betul seperti  slogan yang sering dilaung-laungkan ‘rakyat didahulukan’.

Kami masih tidak dapat memahami apa sebenarnya maksud ‘rakyat didahulukan’. Adakah didahulukan untuk disembelih. Atau didahulukan untuk sama-sama menikmati hasil kekayaan negara kita ini. Cuba kita fikir-fikirkan dengan rasional dan fikiran kita yang terbuka. Cuba!

So….. semoga Allah SWT melindungi kita daripada segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk.  Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India