Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ni kami nak tunjukkan gambar majlis perkahwinan yang dilangsungkan di taman kami pada hari Ahad, 12.12.2010.
Majlis ‘Raja Sehari’ anak lelaki AJK surau kariah kami. Perkahwinan antara dua Anis. Mohd Hanis dan pilihannya Rohainis. Kami doakan kebahagian pasangan ini dan berkekalan dunia dan akhirat. Amin.
Majlis ini diadakan secara gotong-royong. Saudara mara tuan rumah akan mengepalai masak-memasak.
Lepas Asar pada hari Sabtu, 11.12.2010 ahli kariah telah berkumpul untuk menghulurkan bantuan. Masing-masing sudah tahu tugasan yang mahu dilakukan tanpa perlu arahan.
Kami masuk group yang membersihkan daging ayam. Lama jugak proses tu. Dekat Maghrib baru selesai.
Lepas makan malam, tuan rumah memaklumkan urusan masak-memasak akan dimulakan jam 7.00 pagi esok.
Kami sampai jam 7.30 pagi. Lewat kerana gelora di perut kami. Sakit bukan main. Dari sebelum subuh. Huhu. Tak dapat nak berbuat apa-apa. Kena turuti juga kehendaknya.
Kami masih kekal dengan tugasan ayam-ayam ni. Ayam dah siap diperap oleh keluarga tuan rumah, jadi kami bantu menggoreng je.
Dekat jam 10.30 pagi kami minta diri sebentar, perut meragam lagi. Huhu.
Jam 11.00 pagi kami kembali. Penanggah sedang menikmati hidangan makan tengahari, Biasa le tu. Penanggah makan dulu.
Nak makan ke tidak ni? Berbelah bagi jugak. Makan nanti, meragam lagi perut ni. Tak makan, memang dah lapar. Last-last makan jugak sikit.
Kami tunjukkan gambar yang sempat kami ambil. Jom-jom lihat…..
Sebahagian dari ahli group yang menggoreng ayam. Berbual sambil bertugas. Santai je. Siap dengan ‘morning towel’ lagi,
Dua kuali digunakan untuk menggoreng ayam. Jam 12.00 tengahari baru semua ayam siap digoreng. Lama jugak proses tu.
Kami tak sempat nak mengambil gambar pengantin. Perut memulas-mulas lagi. Jam 12.30 tengahari kami salam tuan rumah dan minta diri.
Selalunya kalau kami rewang-rewang kat taman ni, paling awal jam 3.00 petang baru kami minta diri. Masa ni tetamu dah kurang. Keadaan boleh dikawal oleh jiran-jiran sebelah rumah dan saudara mara. Kerana TKO maka terpaksa balik awal.
Insya’allah, walimatul urus yang kelima pada 25.12.2010 akan datang. Kita tunggu…..
So….. semoga Allah SWT jadikan kita orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan kita dan diberikan keampunan kepada kita dan kepada kedua ibu bapa kita. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan