DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Mei 21, 2011

Kenaikan harga: Rakyat atau pemimpin perlu mempersiapkan mental

Bismillah.
Assalamualaikum.

Setiap kali keluar dari pasaraya atau kedai runcit ungkapan pertama yang terkeluar dari mulut wife adalah “mahalnya”.

Bukan main-main, sememangnya harga barangan keperluan sekarang ini semakin meningkat.

Seperti tidak ada “kuasa” di Malaysia yang mampu menyekat kenaikan itu.

Mari kita hayati kenyataan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan komen-komen “positif” NGO dan pakar-pakar ekonomi berhubung kenyataan TPM tersebut.

No1321

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Naik harga 1

Kenaikan harga: Bersedia hadapi hakikat baru

MalaysiaKini Mei 21, 11 12:17pm

Seluruh rakyat Malaysia kini perlu menerima hakikat sebenar mengenai keadaan ekonomi global dan lebih berhemat dalam berbelanja serta lebih fokus dalam memulihara sumber berharga seperti tenaga elektrik dan air, di samping tidak terlalu mengharapkan subsidi.

Naik harga 2

Pendekatan ini amat penting dalam menghadapi kenaikan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga minyak di pasaran global serta kekurangan bekalan makanan akibat perubahan iklim.

Dalam perbualan dengan Bernama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar ekonomi mengalu-alukan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu.

Muhyiddin dilaporkan menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

Naik harga 3Dalam kenyataan itu, Muhyiddin juga menasihati rakyat supaya mengawal perbelanjaan masing-masing serta berusaha meningkat bekalan makanan sendiri.

"Jika ini dilakukan, orang ramai tidak akan terlalu merasai bebannya apabila negara menghadapi kenaikan kos dan inflasi kelak," katanya.

Kuasa pasaran

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu berkata, dalam menghadapi hakikat baru ekonomi ini, orang ramai perlu diberi kefahaman mengenai perkara penting dalam kehidupan mereka seperti kuasa pasaran, sistem dan mekanisme penetapan harga serta penyusunan semula subsidi.

Naik harga 4"Secara umumnya, sejak 50 tahun lalu, kita katakan kita mampu menangani segalanya...tapi, dalam tempoh tiga tahun lalu, ternyata, kita tidak berupaya untuk menangani semua perkara.

“Orang ramai perlu disedarkan bahawa kita tidak boleh melarikan diri daripada kesan kenaikan harga minyak dan perubahan iklim, yang kesemuanya merupakan fenomena global," kata Marimuthu (atas, kiri).

Beliau berkata, oleh kerana faktor luaran mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap harga, maka orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi keadaan yang amat mencabar pada masa akan datang.

Naik harga 5Pada waktu yang sama, beliau meminta kerajaan supaya terus berusaha melindungi golongan miskin, lebih-lebih lagi golongan yang teramat miskin, daripada menerima kesan buruk akibat kenaikan harga untuk memastikan mereka tidak tersisih daripada arus utama pembangunan.

Ekonomi global

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Maamor Osman pula berkata, beliau menerima hakikat bahawa memang bukan mudah untuk mengubah mentaliti orang ramai, tetapi beliau berharap mereka akan kurang membeli barangan yang tidak begitu diperlukan agar mereka mempunyai lebih banyak wang untuk membeli barangan keperluan.

Naik harga 6

Maamor berkata orang ramai tidak boleh menolak hakikat semasa -- bahawa kenaikan harga bagi pelbagai produk berpunca daripada faktor ekonomi global – dan oleh itu mereka perlu memahami mekanisme berkenaan agar kenaikan ini tidak terlalu membebankan mereka.

Orang ramai juga perlu berusaha meningkatkan kemampuan membeli masing-masing termasuk dengan meningkatkan kemahiran diri untuk membolehkan mereka menambah pendapatan.

Mengenai cara untuk menambah bekalan makanan, kata beliau, walaupun penduduk bandar menghadapi masalah untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan akibat kekurangan tanah, persatuan penduduk boleh menggunakan tanah kosong, termasuk di bawah talian bekalan elektrik, untuk bercucuk tanam dan berkongsi hasilnya.

Naik harga 7Pengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (Cetdem) Gurmit Singh KS berkata suatu kesilapan yang dilakukan selama ini ialah membiarkan mentaliti subsidi berkembang subur dalam minda sebahagian besar rakyat Malaysia.

Kata beliau mentaliti ini perlu dikikis secara berperingkat dan walaupun inflasi serta harga barangan perlu dikawal, orang ramai juga perlu berhenti daripada membazirkan sumber, tidak kira sama ada yang murah atau mahal seperti tenaga elektrik, air dan bahan bakar.

Gurmit berkata oleh kerana harga tenaga elektrik di Malaysia adalah antara yang termurah di rantau ini, maka ramai rakyat Malaysia tidak begitu mengambil berat untuk mengunakannya secara cekap.

Bazir elektrik

"Orang miskin dan orang kaya semuanya membazirkan tenaga elektrik; mereka rasa, oleh kerana ia murah, maka mereka boleh membazirkannya. Mereka sepatutnya sedar bahawa sumber itu tidak boleh dibazirkan...mereka kena belajar memuliharanya," katanya.

Naik harga 8Penggunaan tenaga elektrik secara lebih cekap dan menggunakan pengangkutan awam bukan saja membolehkan orang ramai menjimatkan perbelanjaan, tetapi juga membantu mengurangkan kesan akibat perubahan iklim.

"Ada orang memandu kereta ke kedai berhampiran rumahnya semata-mata untuk membeli senaskhah surat khabar. Kenapa mereka tidak berjalan saja? Ini bukan hanya menjimatkan bahan bakar, tetapi juga suatu senaman yang baik," katanya.

Beliau juga menyeru rakyat negara ini supaya mengamalkan sikap berjimat-cermat dan menikmati kehidupan berkualiti.

Naik harga 9Dalam hubungan ini, beliau menggesa golongan berada dan golongan kelas pertengahan atas, malah menteri, supaya mempamerkan teladan yang baik.

Dr Yeah Kim Leng, pakar ekonomi kumpulan RAM Holdings Berhad, berkata syarikat perniagaan dan pengguna perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan kenaikan harga yang berpunca daripada hakikat baru ekonomi.

Buat pilihan

Untuk membolehkan mereka menyerap kenaikan kos, beliau berkata syarikat perniagaan perlu memberi fokus terhadap usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Naik harga 10Melalui cara ini, kata Dr Yeah, beban yang terpaksa dikongsi oleh pengguna akibat kenaikan kos akan dapat dikurangkan.

"Pengguna juga patut memilih barangan atau perkhidmatan yang lebih murah...terdapat begitu banyak pilihan di pasaran,' katanya.

Di samping menyeru pengguna supaya mengamalkan sikap berhemat dalam berbelanja dan tidak membeli barangan yang tidak begitu diperlukan, beliau juga menegaskan bahawa penyusunan semula subsidi perlu dilakukan untuk memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan sihat dan defisit pula dapat dikurangkan.

- Bernama

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Begitulah kenyataan dari seorang yang digelar pemimpin, TPM yang juga orang nombor 2 negara.

Begitulah juga kta dapati komen-komen “bernas” dari NGO dan pakar-pakar ekonomi.

Kenyataan dan komen senada dan seirama. Seiring dan sejalan. One way street.

Kenapa? Adakah kesemua mereka ingin bergelar senator?

Membaca kenyataan dan komen-komen tersebut seakan-akan kita mendengar suara lunak nyanyian penyanyi diringi kemerduan alunan alat-alat muzik Orkestra RTM.

Kombinasi yang mendayu-dayu sehingga kita terlupakan masalah sebenar kita.

Kita tidak pula terdengar ada pemimpin yang berkata:

“Wahai rakyat sekelian, kami yang akan mendahului kamu dalam isu kenaikan harga barang ini. Jika rakyat makan ikan masin maka kami akan makan yang serupa. Jika rakyat membeli beras 10% hancur untuk keluarga maka kami akan beli yang sama untuk keluarga kami. Dan jika rakyat boleh makan barangan “reduced price” yang dah hampir cukup haul dari pasaraya maka kami pun boleh melakukannya.”

Tidak terlintas ke dalam benak pemimpin bahawa ramai rakyat Malaysia hidup di paras “Bersama Mu”.

Rakyat hidup dalam kefakiran dan kemiskinan. Macamana nak mempersiapkan lagi mental masing-masing kerana mental masing-masing dah lama sasau.

Pemimpin yang perlu berubah dahulu. Pemimpin yang perlu menunjukkan komitment terlebih dahulu.

Pemimpin perlu memastikan kerajaan tidak membazir wang rakyat dengan bersederhana dalam perbelanjaan dan pastikan tidak ada penyelewengan dan amalan rasuah dalam segala urusan kerajaan.

Pastikan rakyat benar-benar didahulukan dalam kemakmuran negara. Jika tidak mampu untuk berbuat demikian buangkan atau gugurkan sahaja slogan “1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Jika slogan itu terus “dimainkan” rakyat akan semakin keliru, terasa rakyat diperbodohkan dalam segala perkara.

Segala subsidi hendak dicantas atau dihapuskan. Bukan rakyat semakin makmur tetapi semakin terhimpit.

Malaysia diwar-warkan menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dengan segala perancangan rapi dibentangkan oleh PM pada 10/06/2010 di Parlimen.

Adakah initiatif-initiatif yang dirumuskan untuk menjamin Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjamin juga rakyatnya mencapai status yang setara?

Pemimpin yang semestinya mempersiapkan mental untuk perubahan. Berubah menjadi mesra rakyat. Berubah menjadi telus. Berubah untuk berpijak di bumi yang nyata. Berubah menjadi pemimpin yang adil. Berubah menjadi pemimpin yang tunduk dan patuh kepada pencipta-Nya.

Adakah pemimpin Islam kita tidak ada idola tersendiri yang boleh dibuat rujukan dalam urusan pentadbiran negara dan juga dalam kehidupan?

Obama! Lupakan sahaja.

Kita ada Rasulullah SAW, kita ada Khalifah Ar-Rasyidin, kita ada Khalifah Umar Abdul Aziz. Ramai yang boleh kita jadikan contoh. Samada kita mahu atau tidak mahu. Itu sahaja persoalannya.

Wassalam.

Jumaat, Mei 20, 2011

BFK 141. Nasi Arab Damsyik Lagi

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari Sabtu, 14/05/2011 kami sekali lagi berkunjung ke Restoran Nasi Arab Damsyik yang terletak di Taman Bougainvillea, No. 1, Jln Senawang Paroi, Negeri Sembilan.

Dah lama kami sekeluarga plan nak kesana. Memandangkan cukup korum, anak-anak semua  bercuti semester maka kami pun merealisasikan perancangan itu.

Kali pertama kami singgah disana dulu (dah lama dah) kami memilih makan cara bersila. Kami pesan makanan gunakan dulang. Satu dulang kongsi tiga orang. Kami pesan dua dulang. Satu dulang lauk ayam dan satu lagi kambing. Hmm…..

Kali kedua ni kami pergi lepas Maghrib, kali pertama lepas Zohor. Kami pilih cara bersila juga tetapi kali ini makan tidak berdulang.

No1347No1346No1348

Paling atas tu Nasi Arab Damsyik Ayam. Yang satu lagi tu Nasi Arab Damsyik Kambing. Yang bawah tu pula “cicah” nasi yang disediakan.

Memang sedap. Ayam cukup besar untuk dikongsi dua orang. Begitu juga dengan kambing. Itu kalau kita tak terlalu lapar. Kalau dah lapar sangat tu….. rasanya pulun sendiri je.

Kali pertama kesana daging kambing sedikit liat. Tapi kali ini memang lembut. Sedap!

Kami dah berkata kat dalam hati, kalau kali ini daging kambing liat juga, lain kali kami akan order ayam sahaja. Oleh kerana second time ini memang lembut, well next time boleh pesan lagi.

Kami pesan satu jug shai (teh) ais sebagai pembasah tekak dan melancarkan makan.

Sepinggan nasi lauk ayam RM10 dan RM13 untuk lauk kambing. Teh ais (pudina) RM8 satu jug.

Berbanding kali pertama, kunjungan kali ini kami sekeluarga berpuas hati. Terima kasih.

Next time kami sekeluarga nak cuba Nasi Arab di Ampangan pula. Baru ternampak kedai tu.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, berilah keberkatan kepada kami pada segala rezeki yang Engkau kurniakan dan peliharalah kami daripada azab neraka. Amin.

Wassalam.

Selasa, Mei 17, 2011

Harga petrol RON95 pasti naik

Bismillah.
Assalamualaikum.

Didalam pelbagai kegawatan yang melanda rakyat, kita diingatkan agar bersedia untuk menghadapi kenaikan harga petrol RON95.

No1352

Dibawah kenyataan dari bapa Dafi AF.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menteri: Bersedia hadapi kenaikan petrol RON95

 

Mei 16, 11 10:37am

Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail SabriBeliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  • PETRONAS dimiliki 100% oleh kerajaan Malaysia.
  • Keuntungan PETRONAS meningkat setiap tahun.
  • PETRONAS ditubuhkan untuk memakmurkan rakyat.

Well….. kita ni bukan rakyat ke?

Tak wajar kita sebagai rakyat diabaikan oleh mereka-mereka yang kita sendiri pilih dalam pilihanraya.

Tidak wajar mereka-mereka yang kita pilih untuk menjadi pemimpin mengabaikan tanggungjawab mereka untuk memberi kemakmuran kepada kita.

Kami jumpa kenyataan dibawah ini dari internet.

“Fuel prices in Malaysia is controlled by the Government based on a formula under the Automatic Pricing Mechanism introduced more than a couple of decades ago. It is under this mechanism that the complex calculation of prices is made, based on the actual cost of petrol or diesel, the operating costs, margin for dealers, margin for retail oil companies (including PETRONAS Dagangan Bhd) and the balancing number of duty or subsidy. No retail oil companies or dealers actually make money from the hike of the fuel prices. Oil companies pay for the products at market prices, but have to sell low, so the Government reimburses the difference — thus subsidy.”

Kekadang tu bila kiraan dikatakan rumit, sampai orang tak faham, mungkin menteri sendiri pun tak dapat nak congak dengan cermat maka elemen membodohkan rakyat akan timbul.

Harga pasaran minyak dunia naik, harga petrol naik. Bila harga pasaran minyak dunia turun, harga petrol naik lagi.

----- Berkaitan -----
Pemuda Umno desak k'jaan jangan naik harga RON95
K'jaan mansuh diesel super subsidy 9 kategori kenderaan
Harga minyak jatuh AS$101 setong

Wassalam.

Isnin, Mei 16, 2011

Bersama Memerangi Jenayah–Segmen 3

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami akan berkongsi segmen ketiga pada hari ini. Satu segmen yang penting kepada kita. Boleh kita jadikan panduan untuk keselamatan harta dan diri kita.

Sebelum itu mari kita lihat tajuk segmen-segmen terdahulu:
Segmen 1 - Mencegah Curi Kenderaan
Segmen 2 - Pecah Rumah

Sudah pasti dengan segmen-segmen terdahulu? Jom kita ikuti segmen ketiga…..

…………………………………………………………………………………………….

RAGUT

DI MANA SERING BERLAKU

  • Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi.
  • Biasanya peragut berjalan kaki atau bermotosikal.
  • Penyeluk saku sering bertindak di tempat sibuk.

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU

  • Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
  • Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
  • Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
  • Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (Passenger Seat).
  • Sibuk menjawab panggilan / SMS sehingga lupa keadaan sekitar.

No1350

CARA PENCEGAHAN

  • Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah.
  • Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
  • Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut.
  • Bagi lelaki, dompet elok disimpan didalam kocek berbutang.
  • Jangan biarkan beg tangan diletak di tempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah.
  • Pastikan anda mengepit / membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk / sesak.
  • Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tempat awam.
  • Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
  • Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
  • Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
  • Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.
  • Sentiasa berwaspada kepada persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon / sms.

…………………………………………………………………………………………….

Kita perlu berhati-hati dan selalu berwaspada demi keselamatan kita dan orang-orang tersayang.

Cuba kita amalkan doa-doa pendek dan ayat-ayat al-Quran contoh ayat Kursi demi kebaikkan kita.

Kita merancang dan Allah SWT yang menentukan, tetapi semestinya ada usaha dari kita terlebih dahulu.

Wassalam.

Ahad, Mei 15, 2011

Undang-undang Islam adakah relevan di Malaysia

No0985

Bismillah.
Assalamualaikum.

Negara kita akan memasuki tahun kelima puloh empat kemerdekaan. Tetapi kita umat Islam di Malaysia masih terkial-kial untuk memertabatkan Islam sejajar dengan tuntutan Islam itu sendiri.

Kami ingin berkongsi dua pendapat berhubung dengan perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia.

Mari…..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pakar undang-undang ragui kesahan cadangan PPMM

Hazlan Zakaria
Mei 13, 11
3:33pm

Pakar undang-undang perlembagaan terkemuka Abdul Aziz Bari meragui kesahan atau kesahan cadangan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) supaya rang undang-undang berkaitan Islam tidak dibahaskan di Parlimen.

Aziz BariPresiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mencadangkan demikian dalam temubual yang disiarkan di Utusan Malaysia semalam yang memetik Artikel 11(3) perlembagaan yang memperuntukkan hak untuk menguruskan sendiri hal-ehwal agama, sejajar dengan undang-undang.

Ini, kata Zainul Rijal, ialah supaya "bukan Islam tidak campurtangan dalam hal ehwal Islam".

Bagaimanapun, Abdul Aziz (kiri) berkata, manakala artikel tersebut, secara umumnya, menjamin pengamal semua agama hak untuk mengendalikan sendiri urusan mereka, tetapi ia tidak membenarkan ekslusiviti seumpama itu bila membabitkan kelulusan undang-undang.

"Penggubalan undang-undang adalah sesuatu yang menjadi milik negara, maksud saya wakil rakyat, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan - kuasa tunggal untuk menggubal undang-undang," tegasnya.

Aziz berkata, perkataan sebenar artikel 11(3) apabila ia menyebut "hal-ehwal agama" hanya menyentuh penubuhan dan pengurusan institusi keagamaan dan kebajikan serta pemilikan dan pentadbiran harta.

Tidak disebut mengenai undang-undang atau perundangan.
[Malaysiakini]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diatas adalah kenyataan saudara Abdul Aziz Bari yang dikatakan pakar undang-undang perlembagaan.

Dibawah ini pula adalah kenyataan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) melalui Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Jom kita sama-sama baca…..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PPMM: Sahkan saja, kabinet, parlimen tak perlu bahas

Mei 12, 11 1:16pm

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengemukakan cadangan drastik supaya mekanisme penggubalan undang-undang berkaitan Islam ditukar bagi mengekang pengaruh politik dan mengelakkan campurtangan golongan bukan Islam.

Presiden PPMMPresidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya mahu undang-undang yang hendak digubal didraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sebelum dibawa kepada Majlis Raja-raja dan terus ke kabinet dan parlimen untuk disahkan tanpa dibahas.

Menurutnya, perbahasan - seperti yang berlaku sekarang - tidak diperlukan lagi kerana kerana ia sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Perbezaannya adalah perkenan Majlis Raja-Raja atau Yang di-Pertuan Agong ini diperoleh terlebih dahulu sebelum perkara ini dibawa ke jemaah menteri dan parlimen.

"Ia bertujuan mengelakkan perbahasan tentang Rang Undang-Undang Islam oleh orang bukan Islam termasuklah oleh orang Islam yang tidak mempunyai keilmuan dalam undang-undang Islam," beliau dipetik sebagai berkata.

Mahkamah Syariah setaraf Mahkamah Sivil

Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia hari ini, Zainul Rijal berkata, dengan cara itu, jaminan orang Islam mentadbir agamanya secara eksklusif menurut Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan akan terlaksana.

Parlimen"Dalam konteks ini juga ia menggambarkan bidang kuasa agama dapat dikeluarkan dan bebas daripada campur tangan pihak-pihak tertentu atas dasar kepentingan politik masing-masing ataupun kedangkalan ilmu Islam itu sendiri," katanya.

Peguam bela, peguam cara dan peguam syarie berpengalaman itu juga berkata, mereka juga mahu campurtangan dalam urusan agama oleh pihak lain hendaklah dihadkan secara menyeluruh, termasuk menolak campurtangan terhadap urusan agama bukan Islam.

Menurut Zainul Rijal, tindakan itu mesti diambil kerana orang lain kerana tidak mengetahui hal agama tersebut, selain perlu menghormati fahaman agama mereka.

"Tetapi perkara sebaliknya berlaku kerana apabila perbahasan yang melanggar hukum syarak seperti yang berlaku terhadap Undang-Undang Keluarga Islam yang berlangsung di parlimen beberapa tahun yang lalu, ahli-ahli Dewan Negara yang bukan Islam turut serta dalam perbahasan dengan melabelkan undang-undang Islam zalim dan menindas serta tidak memihak kepada wanita," katanya.

Sementara itu, bagi mengelakkan undang-undang Islam dipersoalkan, PPMM mencadangkan status mufti, Majlis Agama Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya dan Mahkamah Syariah diletakkan sama tarafnya dengan Mahkamah Sivil dari segi bidang kuasa, gaji, strukturnya perlu sama.
[Malaysiakini]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amat menarik kata-kata saudara Abdul Aziz Bari seperti didalam lapuran diatas:

”perkataan sebenar artikel 11(3) apabila ia menyebut "hal-ehwal agama" hanya menyentuh penubuhan dan pengurusan institusi keagamaan dan kebajikan serta pemilikan dan pentadbiran harta.

Tidak disebut mengenai undang-undang atau perundangan.”

Kenapa pula kita terpaksa mengikut tafsiran orang-orang bukan Islam berkaitan dengan Islam, agama yang kita anuti?

Adakah mereka-mereka itu lebih mengetahui Islam dari kita?

Adakah kita sendiri menyamakan Islam sebaris dengan agama-agama lain?

Hairan!

Mari kita hayati firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 3:

clip_image002 Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu.”

Imam Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

clip_image002[11]Mafhumnya: “Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Qur‘an) dan sunnah Rasul-Nya”.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 23:

clip_image002Maksudnya: " Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur'an itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang yang benar."

Al-Qur’an adalah kitab suci yang kekal sifatnya, sangat istimewa dan sesuai untuk semua zaman dan tempat.

Ia bukan panduan untuk satu-satu bangsa atau masa-masa tertentu sahaja tetapi merupakan pembawa rahmat seluruh alam sehingga hari kiamat.

Sesungguhnya semua hukum dan peraturan Allah SWT menjadi penyelamat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 9:

clip_image002[6]Maksudnya: “ Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk kejalan yang benar (iaitu ajaran Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar. ”

Kita sebagai umat Islam wajib beriman dan mengamalkan ajaran al-Qur’an dan kita juga perlu memastikan bahawa masyarakat Islam bebas daripada penyakit buta al-Qur’an.

Sesungguhnya masyarakat yang celik al-Qur’an akan dilimpahi hidayah keberkatan dan rahmat Allah SWT.

Adakah kita sedar bahawa mereka yang menolak al-Qur'an dan menentang sunnah Rasulullah SAW di negara ini juga adalah dikategorikan sebagai perbuatan menderhaka kepada Allah SWT dan menghina Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat 82:

clip_image004Maksudnya:" Dan Kami turunkan dari ayat al-Qur’an itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman; dan tidak menambahkan orang yang zalim kecuali kerugian".

Persoalannya, adakah kita, pakar undang-undang dan pemimpin-pemimpin Islam telah menjalankan usaha untuk menyedarkan bukan Islam bahawa Islam itu adalah “cara hidup” yang meliputi ekonomi, perundangan dan semua aspek kehidupan umatnya?

Dan perundangan Islam termasuk didalam istilah “Islam agama bagi Persekutuan” didalam perlembagaan.

Kita semua perlu sama-sama memikirkan, adakah kita yakin kita tidak termasuk didalam golongan seperti yang digambarkan oleh Allah SWT “orang yang zalim”.

Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan sentiasa melakukan ketaatan dan meninggalkan segala maksiat dan kemungkaran yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Semoga dengan amalan yang diredhai Allah S.W.T dapat memberkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

[Sumber: Koleksi eKhutbah Jakim]

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India