DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Mei 21, 2011

Kenaikan harga: Rakyat atau pemimpin perlu mempersiapkan mental

Bismillah.
Assalamualaikum.

Setiap kali keluar dari pasaraya atau kedai runcit ungkapan pertama yang terkeluar dari mulut wife adalah “mahalnya”.

Bukan main-main, sememangnya harga barangan keperluan sekarang ini semakin meningkat.

Seperti tidak ada “kuasa” di Malaysia yang mampu menyekat kenaikan itu.

Mari kita hayati kenyataan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan komen-komen “positif” NGO dan pakar-pakar ekonomi berhubung kenyataan TPM tersebut.

No1321

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Naik harga 1

Kenaikan harga: Bersedia hadapi hakikat baru

MalaysiaKini Mei 21, 11 12:17pm

Seluruh rakyat Malaysia kini perlu menerima hakikat sebenar mengenai keadaan ekonomi global dan lebih berhemat dalam berbelanja serta lebih fokus dalam memulihara sumber berharga seperti tenaga elektrik dan air, di samping tidak terlalu mengharapkan subsidi.

Naik harga 2

Pendekatan ini amat penting dalam menghadapi kenaikan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga minyak di pasaran global serta kekurangan bekalan makanan akibat perubahan iklim.

Dalam perbualan dengan Bernama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar ekonomi mengalu-alukan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu.

Muhyiddin dilaporkan menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

Naik harga 3Dalam kenyataan itu, Muhyiddin juga menasihati rakyat supaya mengawal perbelanjaan masing-masing serta berusaha meningkat bekalan makanan sendiri.

"Jika ini dilakukan, orang ramai tidak akan terlalu merasai bebannya apabila negara menghadapi kenaikan kos dan inflasi kelak," katanya.

Kuasa pasaran

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu berkata, dalam menghadapi hakikat baru ekonomi ini, orang ramai perlu diberi kefahaman mengenai perkara penting dalam kehidupan mereka seperti kuasa pasaran, sistem dan mekanisme penetapan harga serta penyusunan semula subsidi.

Naik harga 4"Secara umumnya, sejak 50 tahun lalu, kita katakan kita mampu menangani segalanya...tapi, dalam tempoh tiga tahun lalu, ternyata, kita tidak berupaya untuk menangani semua perkara.

“Orang ramai perlu disedarkan bahawa kita tidak boleh melarikan diri daripada kesan kenaikan harga minyak dan perubahan iklim, yang kesemuanya merupakan fenomena global," kata Marimuthu (atas, kiri).

Beliau berkata, oleh kerana faktor luaran mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap harga, maka orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi keadaan yang amat mencabar pada masa akan datang.

Naik harga 5Pada waktu yang sama, beliau meminta kerajaan supaya terus berusaha melindungi golongan miskin, lebih-lebih lagi golongan yang teramat miskin, daripada menerima kesan buruk akibat kenaikan harga untuk memastikan mereka tidak tersisih daripada arus utama pembangunan.

Ekonomi global

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Maamor Osman pula berkata, beliau menerima hakikat bahawa memang bukan mudah untuk mengubah mentaliti orang ramai, tetapi beliau berharap mereka akan kurang membeli barangan yang tidak begitu diperlukan agar mereka mempunyai lebih banyak wang untuk membeli barangan keperluan.

Naik harga 6

Maamor berkata orang ramai tidak boleh menolak hakikat semasa -- bahawa kenaikan harga bagi pelbagai produk berpunca daripada faktor ekonomi global – dan oleh itu mereka perlu memahami mekanisme berkenaan agar kenaikan ini tidak terlalu membebankan mereka.

Orang ramai juga perlu berusaha meningkatkan kemampuan membeli masing-masing termasuk dengan meningkatkan kemahiran diri untuk membolehkan mereka menambah pendapatan.

Mengenai cara untuk menambah bekalan makanan, kata beliau, walaupun penduduk bandar menghadapi masalah untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan akibat kekurangan tanah, persatuan penduduk boleh menggunakan tanah kosong, termasuk di bawah talian bekalan elektrik, untuk bercucuk tanam dan berkongsi hasilnya.

Naik harga 7Pengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (Cetdem) Gurmit Singh KS berkata suatu kesilapan yang dilakukan selama ini ialah membiarkan mentaliti subsidi berkembang subur dalam minda sebahagian besar rakyat Malaysia.

Kata beliau mentaliti ini perlu dikikis secara berperingkat dan walaupun inflasi serta harga barangan perlu dikawal, orang ramai juga perlu berhenti daripada membazirkan sumber, tidak kira sama ada yang murah atau mahal seperti tenaga elektrik, air dan bahan bakar.

Gurmit berkata oleh kerana harga tenaga elektrik di Malaysia adalah antara yang termurah di rantau ini, maka ramai rakyat Malaysia tidak begitu mengambil berat untuk mengunakannya secara cekap.

Bazir elektrik

"Orang miskin dan orang kaya semuanya membazirkan tenaga elektrik; mereka rasa, oleh kerana ia murah, maka mereka boleh membazirkannya. Mereka sepatutnya sedar bahawa sumber itu tidak boleh dibazirkan...mereka kena belajar memuliharanya," katanya.

Naik harga 8Penggunaan tenaga elektrik secara lebih cekap dan menggunakan pengangkutan awam bukan saja membolehkan orang ramai menjimatkan perbelanjaan, tetapi juga membantu mengurangkan kesan akibat perubahan iklim.

"Ada orang memandu kereta ke kedai berhampiran rumahnya semata-mata untuk membeli senaskhah surat khabar. Kenapa mereka tidak berjalan saja? Ini bukan hanya menjimatkan bahan bakar, tetapi juga suatu senaman yang baik," katanya.

Beliau juga menyeru rakyat negara ini supaya mengamalkan sikap berjimat-cermat dan menikmati kehidupan berkualiti.

Naik harga 9Dalam hubungan ini, beliau menggesa golongan berada dan golongan kelas pertengahan atas, malah menteri, supaya mempamerkan teladan yang baik.

Dr Yeah Kim Leng, pakar ekonomi kumpulan RAM Holdings Berhad, berkata syarikat perniagaan dan pengguna perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan kenaikan harga yang berpunca daripada hakikat baru ekonomi.

Buat pilihan

Untuk membolehkan mereka menyerap kenaikan kos, beliau berkata syarikat perniagaan perlu memberi fokus terhadap usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Naik harga 10Melalui cara ini, kata Dr Yeah, beban yang terpaksa dikongsi oleh pengguna akibat kenaikan kos akan dapat dikurangkan.

"Pengguna juga patut memilih barangan atau perkhidmatan yang lebih murah...terdapat begitu banyak pilihan di pasaran,' katanya.

Di samping menyeru pengguna supaya mengamalkan sikap berhemat dalam berbelanja dan tidak membeli barangan yang tidak begitu diperlukan, beliau juga menegaskan bahawa penyusunan semula subsidi perlu dilakukan untuk memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan sihat dan defisit pula dapat dikurangkan.

- Bernama

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Begitulah kenyataan dari seorang yang digelar pemimpin, TPM yang juga orang nombor 2 negara.

Begitulah juga kta dapati komen-komen “bernas” dari NGO dan pakar-pakar ekonomi.

Kenyataan dan komen senada dan seirama. Seiring dan sejalan. One way street.

Kenapa? Adakah kesemua mereka ingin bergelar senator?

Membaca kenyataan dan komen-komen tersebut seakan-akan kita mendengar suara lunak nyanyian penyanyi diringi kemerduan alunan alat-alat muzik Orkestra RTM.

Kombinasi yang mendayu-dayu sehingga kita terlupakan masalah sebenar kita.

Kita tidak pula terdengar ada pemimpin yang berkata:

“Wahai rakyat sekelian, kami yang akan mendahului kamu dalam isu kenaikan harga barang ini. Jika rakyat makan ikan masin maka kami akan makan yang serupa. Jika rakyat membeli beras 10% hancur untuk keluarga maka kami akan beli yang sama untuk keluarga kami. Dan jika rakyat boleh makan barangan “reduced price” yang dah hampir cukup haul dari pasaraya maka kami pun boleh melakukannya.”

Tidak terlintas ke dalam benak pemimpin bahawa ramai rakyat Malaysia hidup di paras “Bersama Mu”.

Rakyat hidup dalam kefakiran dan kemiskinan. Macamana nak mempersiapkan lagi mental masing-masing kerana mental masing-masing dah lama sasau.

Pemimpin yang perlu berubah dahulu. Pemimpin yang perlu menunjukkan komitment terlebih dahulu.

Pemimpin perlu memastikan kerajaan tidak membazir wang rakyat dengan bersederhana dalam perbelanjaan dan pastikan tidak ada penyelewengan dan amalan rasuah dalam segala urusan kerajaan.

Pastikan rakyat benar-benar didahulukan dalam kemakmuran negara. Jika tidak mampu untuk berbuat demikian buangkan atau gugurkan sahaja slogan “1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Jika slogan itu terus “dimainkan” rakyat akan semakin keliru, terasa rakyat diperbodohkan dalam segala perkara.

Segala subsidi hendak dicantas atau dihapuskan. Bukan rakyat semakin makmur tetapi semakin terhimpit.

Malaysia diwar-warkan menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dengan segala perancangan rapi dibentangkan oleh PM pada 10/06/2010 di Parlimen.

Adakah initiatif-initiatif yang dirumuskan untuk menjamin Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjamin juga rakyatnya mencapai status yang setara?

Pemimpin yang semestinya mempersiapkan mental untuk perubahan. Berubah menjadi mesra rakyat. Berubah menjadi telus. Berubah untuk berpijak di bumi yang nyata. Berubah menjadi pemimpin yang adil. Berubah menjadi pemimpin yang tunduk dan patuh kepada pencipta-Nya.

Adakah pemimpin Islam kita tidak ada idola tersendiri yang boleh dibuat rujukan dalam urusan pentadbiran negara dan juga dalam kehidupan?

Obama! Lupakan sahaja.

Kita ada Rasulullah SAW, kita ada Khalifah Ar-Rasyidin, kita ada Khalifah Umar Abdul Aziz. Ramai yang boleh kita jadikan contoh. Samada kita mahu atau tidak mahu. Itu sahaja persoalannya.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India