DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Mei 15, 2011

Undang-undang Islam adakah relevan di Malaysia

No0985

Bismillah.
Assalamualaikum.

Negara kita akan memasuki tahun kelima puloh empat kemerdekaan. Tetapi kita umat Islam di Malaysia masih terkial-kial untuk memertabatkan Islam sejajar dengan tuntutan Islam itu sendiri.

Kami ingin berkongsi dua pendapat berhubung dengan perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia.

Mari…..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pakar undang-undang ragui kesahan cadangan PPMM

Hazlan Zakaria
Mei 13, 11
3:33pm

Pakar undang-undang perlembagaan terkemuka Abdul Aziz Bari meragui kesahan atau kesahan cadangan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) supaya rang undang-undang berkaitan Islam tidak dibahaskan di Parlimen.

Aziz BariPresiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mencadangkan demikian dalam temubual yang disiarkan di Utusan Malaysia semalam yang memetik Artikel 11(3) perlembagaan yang memperuntukkan hak untuk menguruskan sendiri hal-ehwal agama, sejajar dengan undang-undang.

Ini, kata Zainul Rijal, ialah supaya "bukan Islam tidak campurtangan dalam hal ehwal Islam".

Bagaimanapun, Abdul Aziz (kiri) berkata, manakala artikel tersebut, secara umumnya, menjamin pengamal semua agama hak untuk mengendalikan sendiri urusan mereka, tetapi ia tidak membenarkan ekslusiviti seumpama itu bila membabitkan kelulusan undang-undang.

"Penggubalan undang-undang adalah sesuatu yang menjadi milik negara, maksud saya wakil rakyat, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan - kuasa tunggal untuk menggubal undang-undang," tegasnya.

Aziz berkata, perkataan sebenar artikel 11(3) apabila ia menyebut "hal-ehwal agama" hanya menyentuh penubuhan dan pengurusan institusi keagamaan dan kebajikan serta pemilikan dan pentadbiran harta.

Tidak disebut mengenai undang-undang atau perundangan.
[Malaysiakini]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diatas adalah kenyataan saudara Abdul Aziz Bari yang dikatakan pakar undang-undang perlembagaan.

Dibawah ini pula adalah kenyataan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) melalui Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Jom kita sama-sama baca…..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PPMM: Sahkan saja, kabinet, parlimen tak perlu bahas

Mei 12, 11 1:16pm

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengemukakan cadangan drastik supaya mekanisme penggubalan undang-undang berkaitan Islam ditukar bagi mengekang pengaruh politik dan mengelakkan campurtangan golongan bukan Islam.

Presiden PPMMPresidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya mahu undang-undang yang hendak digubal didraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sebelum dibawa kepada Majlis Raja-raja dan terus ke kabinet dan parlimen untuk disahkan tanpa dibahas.

Menurutnya, perbahasan - seperti yang berlaku sekarang - tidak diperlukan lagi kerana kerana ia sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Perbezaannya adalah perkenan Majlis Raja-Raja atau Yang di-Pertuan Agong ini diperoleh terlebih dahulu sebelum perkara ini dibawa ke jemaah menteri dan parlimen.

"Ia bertujuan mengelakkan perbahasan tentang Rang Undang-Undang Islam oleh orang bukan Islam termasuklah oleh orang Islam yang tidak mempunyai keilmuan dalam undang-undang Islam," beliau dipetik sebagai berkata.

Mahkamah Syariah setaraf Mahkamah Sivil

Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia hari ini, Zainul Rijal berkata, dengan cara itu, jaminan orang Islam mentadbir agamanya secara eksklusif menurut Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan akan terlaksana.

Parlimen"Dalam konteks ini juga ia menggambarkan bidang kuasa agama dapat dikeluarkan dan bebas daripada campur tangan pihak-pihak tertentu atas dasar kepentingan politik masing-masing ataupun kedangkalan ilmu Islam itu sendiri," katanya.

Peguam bela, peguam cara dan peguam syarie berpengalaman itu juga berkata, mereka juga mahu campurtangan dalam urusan agama oleh pihak lain hendaklah dihadkan secara menyeluruh, termasuk menolak campurtangan terhadap urusan agama bukan Islam.

Menurut Zainul Rijal, tindakan itu mesti diambil kerana orang lain kerana tidak mengetahui hal agama tersebut, selain perlu menghormati fahaman agama mereka.

"Tetapi perkara sebaliknya berlaku kerana apabila perbahasan yang melanggar hukum syarak seperti yang berlaku terhadap Undang-Undang Keluarga Islam yang berlangsung di parlimen beberapa tahun yang lalu, ahli-ahli Dewan Negara yang bukan Islam turut serta dalam perbahasan dengan melabelkan undang-undang Islam zalim dan menindas serta tidak memihak kepada wanita," katanya.

Sementara itu, bagi mengelakkan undang-undang Islam dipersoalkan, PPMM mencadangkan status mufti, Majlis Agama Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya dan Mahkamah Syariah diletakkan sama tarafnya dengan Mahkamah Sivil dari segi bidang kuasa, gaji, strukturnya perlu sama.
[Malaysiakini]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amat menarik kata-kata saudara Abdul Aziz Bari seperti didalam lapuran diatas:

”perkataan sebenar artikel 11(3) apabila ia menyebut "hal-ehwal agama" hanya menyentuh penubuhan dan pengurusan institusi keagamaan dan kebajikan serta pemilikan dan pentadbiran harta.

Tidak disebut mengenai undang-undang atau perundangan.”

Kenapa pula kita terpaksa mengikut tafsiran orang-orang bukan Islam berkaitan dengan Islam, agama yang kita anuti?

Adakah mereka-mereka itu lebih mengetahui Islam dari kita?

Adakah kita sendiri menyamakan Islam sebaris dengan agama-agama lain?

Hairan!

Mari kita hayati firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 3:

clip_image002 Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu.”

Imam Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

clip_image002[11]Mafhumnya: “Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Qur‘an) dan sunnah Rasul-Nya”.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 23:

clip_image002Maksudnya: " Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur'an itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang yang benar."

Al-Qur’an adalah kitab suci yang kekal sifatnya, sangat istimewa dan sesuai untuk semua zaman dan tempat.

Ia bukan panduan untuk satu-satu bangsa atau masa-masa tertentu sahaja tetapi merupakan pembawa rahmat seluruh alam sehingga hari kiamat.

Sesungguhnya semua hukum dan peraturan Allah SWT menjadi penyelamat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 9:

clip_image002[6]Maksudnya:Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk kejalan yang benar (iaitu ajaran Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Kita sebagai umat Islam wajib beriman dan mengamalkan ajaran al-Qur’an dan kita juga perlu memastikan bahawa masyarakat Islam bebas daripada penyakit buta al-Qur’an.

Sesungguhnya masyarakat yang celik al-Qur’an akan dilimpahi hidayah keberkatan dan rahmat Allah SWT.

Adakah kita sedar bahawa mereka yang menolak al-Qur'an dan menentang sunnah Rasulullah SAW di negara ini juga adalah dikategorikan sebagai perbuatan menderhaka kepada Allah SWT dan menghina Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat 82:

clip_image004Maksudnya:" Dan Kami turunkan dari ayat al-Qur’an itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman; dan tidak menambahkan orang yang zalim kecuali kerugian".

Persoalannya, adakah kita, pakar undang-undang dan pemimpin-pemimpin Islam telah menjalankan usaha untuk menyedarkan bukan Islam bahawa Islam itu adalah “cara hidup” yang meliputi ekonomi, perundangan dan semua aspek kehidupan umatnya?

Dan perundangan Islam termasuk didalam istilah “Islam agama bagi Persekutuan” didalam perlembagaan.

Kita semua perlu sama-sama memikirkan, adakah kita yakin kita tidak termasuk didalam golongan seperti yang digambarkan oleh Allah SWT “orang yang zalim”.

Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan sentiasa melakukan ketaatan dan meninggalkan segala maksiat dan kemungkaran yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Semoga dengan amalan yang diredhai Allah S.W.T dapat memberkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

[Sumber: Koleksi eKhutbah Jakim]

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India