DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Disember 10, 2010

BBK 30. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz - Pelajaran Pertama

Bismillah.

Assalamualaikum.

Syaikh Yang Mulia Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz di dalam bukunya ‘Beberapa Pelajaran Penting Untuk Segenap Ummat’ memulakan pelajaran pertama seperti berikut.

IMG_0311a

Surah Al-Faatihah (Pembukaan)

Yaitu: mempelajari surah Al-Faatihah dan sedapat mungkin dari surah-surah pendek, dari surah Az-Zalzalah sampai surah An-Naas, dengan cara talqin (mengikuti bacaan guru), memperbaiki bacaan dan hafalannya serta menjelaskan hal-hal yang wajib difahami.

Itulah pelajaran pertama yang ingin disampaikan. Pendek sahaja tapi mempunyai maksud yang mendalam.

Kami berikan sedikit fakta mengenai surah Al-Faatihah:

Surah “Al-Faatihah” (Pembukaan) yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat adalah surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap diantara surah-surah yang ada dalam Al-Quran dan termasuk golongan Surah Makkiyyah.

Surah ini disebut “Al-Faatihah” (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran.

Dinamakan “Ummul Qu’ran” (induk Al Qur’an) atau “Ummul Kitaab” (induk Al Kitaab) kerana ia merupakan induk bagi semua isi Al Qur’an, serta menjadi intisari dari kandungan Al Qur’an, dan kerana itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap solat.

Dinamakan pula “As Sab’ul matsaany” (tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

Surah ini mengandung beberapa unsur pokok mencerminkan seluruh isi Al Qur’an, iaitu:
1. Keimanan
2. Hukum-hukum
3. Kisah-kisah

Maksud surah Al-Faatihah:

“Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji  bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat.”

Kami berikan juga sedikit penerangan mengenai surah Az Zalzalah hingga An Naas.

Surah-surah

Pokok-pokok isinya:

Az Zalzalah (Kegoncangan) Surah ke 99: 8 ayat

Kegoncangan bumi yang amat hebat pada hari kiamat dan kebingungan manusia ketika itu; manusia pada kari kiamat itu dikumpulkan untuk dihisab segala amal perbuatan mereka.

Al ‘Aadiyaat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang) Surah ke 100: 11 ayat

Ancaman Allah SWT kepada manusia yang ingkar dan yang sangat mencintai harta benda bahawa mereka akan mendapat balasan yang setimpal di kala mereka dibangkitkan dari kubur dan di kala isi dada mereka ditampakkan.

Al Qaari’ah (Hari Kiamat) Surah ke 101: 11 ayat

Kejadian-kejadian pada hari kiamat, yaitu manusia bertebaran, gunung berhamburan, amal perbuatan manusia ditimbang dan dibalasi.

At Takaatsur (Bermegah-Megahan) Surah ke 102: 8 ayat

Keinginan manusia untuk berkegah-megahan dalam soal duniawi, sering melalaikan manusia dari tujuan hidupnya. Dia baru menyedari kesalahannya itu setelah maut mendatanginya; manusia akan ditanya di akhirat tentang nikmat yang dibangga-banggakan itu.

Al ‘Ashr (Masa) Surah ke 103: 3 ayat

Semua manusia berada dalam keadaan merugi apabila dia tidak mengisi waktunya dengan perbuatan-perbuatan baik.

Al Humazah (Pengumpat) Surah ke 104: 9 ayat

Ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.

Al Fiil (Gajah) Surah ke 105: 5 ayat

Cerita tentang pasukan bergajah yang diazab oleh Allah SWT dengan mengirimkan sejenis burung yang menyerang mereka sampai mati.

Quraisy (Suku Quraisy) Surah ke 106: 4 ayat

Peringatan kepada orang Quraisy tentang nikmat-nikmat yang diberikan Allah kepada mereka kerana itu mereka diperintahkan untuk menyembah Allah.

Al Maa’uun (Barang-Barang Yang Berguna) Surah ke 107: 7 ayat

Beberapa sifat manusia yang dipandang sebagai mendustakan agama. Ancaman terhadap orang-orang yang melakukan solat dengan lalai dan riya.

Al Kautsar (Sungai Di Syurga) Surah ke 108: 3 ayat

Allah telah menganugerahi sungai “Al-Kautsar” di syurga, kerana itu bersolat dan berkorbanlah; Nabi Muhammad SAW akan mempunyai pengikut yang banyak sampai hari kiamat dan akan mempunyai nama yang baik di dunia dan di akhirat, tidak sebagai yang dituduhkan pembenci-pembencinya.

Al Kaafiruun (Orang-Orang Kafir) Surah ke 109: 6 ayat

Pernyataan bahwa Tuhan yang disembah Nabi Muhammad SAW dan pengikut-pengikutnya bukanlah apa yang disembah oleh orang-orang kafir, dan Nabi Muhammad SAW tidak akan menyembah apa yang disembah oleh orang-orang kafir.

An Nashr (Pertolongan) Surah ke 110: 3 ayat

Janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan mendapat kemenangan; perintah dari Tuhan agar bertasbih memuji-Nya, dan minta ampun kepada-Nya dikala terjadi peristiwa yang menggembirakan.

Al Lahab (Gejolak Api) Surah ke 111: 5 ayat

Cerita Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasul SAW. Keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta Abu Lahab, tak berguna untuk keselamatannya demikian pula segala usaha-usahanya.

Al Ikhlash (Memurnikan Ke Esaan Allah) Surah ke 112: 4 ayat

Penegasan tentang kemurnian ke esaan Allah SWT dan menolak segala macam kemusyikan dan menerangkan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.

Al Falaq (Waktu Subuh) Surah ke 114: 5 ayat

Perintah agar kita berlindung kepada Allah SWT dari segala macam kejahatan.

An Naas (Manusia) Surah ke 114: 6 ayat

Perintah kepada manusia agar berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan yang datang ke dalam jiwa manusia dari jin dan manusia.

Pelajaran kedua akan kami sambung Jumaat minggu hadapan. Tunggu…..

So….. semoga Allah SWT bukakan pintu hati kita sebagaimana orang-orang yang arif, dikurniakan kepada kita kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Nya, semua itu dengan rahmat-Nya wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

Khamis, Disember 09, 2010

BMK 4. Nasi Goreng Semalam

Bismillah.

Assalamualaikum.

kami nak tunjukkan pada kawan-kawan menu yang simply simple hari ini. Jom…..

No1017

Dinamakan nasi goreng semalam. Nasi goreng lebih sedap menggunakan nasi lebihan atau nama lebih manja nasi sejuk. Haha.

Jom lihat bahan-bahannya:

1

Nasi sejuk kira2 untuk 4 orang

Diseroi untuk mudah digoreng

2

Sejemput ikan bilis

}

3

1/2 biji bawang kuning

}} Bahan 2 hingga 5 di tumbuk

4

2 biji bawang putih

}} tapi jangan terlalu halus.

5

2 sudu kecil garam

}

6

Secubit kiub ikan bilis

 

7

1 sudu teh sos tiram

 

8

Sedikit minyak masak

 

9

1 biji telur

 

Bahan-bahan yang digunakan mengikut budget kami. Buat masa ini bawang kuning paling murah jadi  guna bawang kuning. Ikan bilis pun mahal. Telur pun mahal. Boleh dikatakan semua barang-barang mahal. Huhu.

Cara memasaknya:

1

Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk.

2

Masukkan kiub ikan bilis diikuti dengan sos tiram.

3

Tumis hingga naik minyak.

4

Pecahkan telur dan kacau.

5

Masukkan nasi dan kacau hingga rata.

6

Cuba try test rasanya. Tambah garam atau pilih healthy living.

Walaupun bahan-bahan yang kami gunakan memang budget giler  tapi hasilnya boleh tahan sedap. Jangan lupa mencubanya.

So….. semoga Allah SWT berikan kepada kita rezeki yang halal, banyak dan berkat, tanpa ada kekurangan dan kesusahan. Amin.

Wassalam.

Rabu, Disember 08, 2010

BBK 29. Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz - Beberapa Pelajaran Penting Untuk Segenap Ummat

Bismillah.

Assalamualaikum.

Insya’allah mulai Jumaat ini, 10/12/2010 kami nak share dengan kawan-kawan isi kandungan buku dibawah ini.

No0981

Buku hasil usaha Syaikh Yang Mulia Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. Ianya didalam edisi bahasa Indonesia, di terjemah oleh saudara Mudzakkir Muhammad Arif.

Sedikit mengenai Syaikh Yang Mulia itu:

Namanya adalah: Abdul Aziz bin Abdullah bin Abdurrahman bin Muhammad bin Abdul Aali Baz. Ia dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi pada tanggal 12 Dzulhijjah 1330 Hijrah. Pada mulanya ia bisa melihat, kemudian pada tahun 1336 H, kedua matanya menderita sakit, dan mulai melemah hingga akhirnya pada bulan Muharram tahun 1350 H kedua matanya mulai buta.

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (1909 - 1999) ialah Mufti Agung Arab Saudi. Ia adalah salah seorang da’i Salafi.

Salafy (Arab: سلفي Salafi) adalah salah satu aliran dalam agama Islam yang mengajarkan syariat Islam secara murni tanpa adanya tambahan dan pengurangan, berdasarkan syariat yang ada pada generasi Muhammad dan para sahabat, setelah mereka dan orang-orang setelahnya.
[wikipedia]

Buku ini diberi percuma kepada mereka-mereka yang pergi menunaikan ibadah haji oleh Kerajaan Arab Saudi.

Kami tuliskan kata-kata Syaikh tersebut:

No0982Mukaddimah:

Segala puji bagi Allah Rabb alam semesta. Kejayaan terakhir untuk orang-orang bertaqwa. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan shalawat dan salam kepada hamba dan rasul-Nya, nabi kita Muhammad saw, kepada segenap keluarga dan sahabat beliau.

Selanjutnya…
(Berikut ini) penjelasan singkat tentang sebagian hal-hal yang wajib diketahui oleh masyarakat umum tentang Islam, saya beri judul:

“Beberapa Pelajaran Penting Untuk Segenap Ummat”

Saya memohon kepada Allah SWT agar buku ini bermanfaat bagi kaum muslimin; dan semoga (Allah SWT) menerimanya (sebagai amal shaleh) dari saya, sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia.

Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Ada lapan belas pelajaran yang diingin disampaikan oleh Syaikh Yang Mulia itu. Kesemuanya perkara basic yang kita perlu tahu. Pelajaran pertama akan kami kongsi dengan kawan-kawan Jumaat ini. Insya’allah.

“Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” [Surah Al ‘Ashr: ayat 1-3]

So….. semoga Allah SWT membukakan keatas kita hikmat-Nya dan limpahi keatas kita khazanah rahmat-Nya. Amin.

Wassalam.

Selasa, Disember 07, 2010

BSK 147. Keadilan Kepada Semua

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami membaca perbicaraan kes berhubung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ngeri bila mengenangkan manusia yang menghakimi perbicaraan itu.

Kita baca dulu lapuran kes berkenaan.

Hakim tolak permohonan tarik diri dengar kes Anwar

Dis 6, 10 9:33am

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan pihak pembela supaya beliau menarik diri daripada terus mendengar kes tersebut.

Zabidin berkata, berdasarkan kepada transkrip mahkamah yang telah dibacanya, tidak berlaku berat sebelah di pihaknya, dan berikutan itu beliau menolak permohonan tersebut.

Permohonan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa Zabidin mengancam peguam utama pihak pembela, Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah, selepas Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mahu membatalkan hakim tersebut kerana tidak mematuhi keputusan Mahkamah Agung membabitkan usaha pihak pembela untuk mendapatkan proforma form yang dirujuk oleh saksi Dr Siew Sheue Feng.

Walaupun Zabidin menarik balik kenyataannya itu dan kemudiannya memerintahkan Dr Siew dari Hospital Kuala Lumpur menyerahkan proforma form yang digunakan sewaktu melakukan pemeriksaan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi Karpal masih bertegas dengan tindakan membatalkan hakim tersebut dengan alasan wujud bahaya berlakunya berat sebelah.

Ini adalah usaha kedua oleh pihak pembela untuk membatalkan hakim tersebut - yang pertama selepas hakim itu tidak mengeluarkan amaran kepada akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa membuat laporan tidak tepat mengenai perbicaraan itu awal tahun ini.
[Malaysiakini]

IMG_0262a

Pada kami jika ada orang yang mempertikai kewibawaan seseorang hakim, sang hakim perlu dengan rendah diri menarik diri.

Tetapi sang hakim seorang ini mempertahankan dirinya sendiri.

Mempertahankan dirinya tidak berat sebelah. Allahuakbar.

Kesian bila sang hakim Melayu dan semestinya Islam tidak mahu faham atau buat-buat tak faham yang kewibawaan beliau dipertikai.

Kami  teringat kata-kata seorang ustaz semasa kuliah Zohor, katanya “seorang hakim itu sebelah kakinya sudah pun berada di neraka dan daripada tiga orang hakim, dua ke neraka dan hanya seorang ke syurga.”

Itu semasa dimana undang-undang Allah SWT dilaksanakan. Kita di Malaysia ini menggunapakai undang-undang buatan manusia. Macamana hakim-hakim kita akan bersoal-jawab dengan Allah SWT di akhirat kelak? Pandai-pandailah mereka fikir-fikirkan.

So…..semoga Allah SWT menjauhi kita dari menyengutui-Nya dengan sesuatu pun dan menghindari kita dari tergolong didalam golongan orang-orang yang menzalimi diri sendiri. Amin.

Wassalam.

Isnin, Disember 06, 2010

BFK 127. Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah

Bismillah.

Assalamualaikum.

No0987

Tahun baru tiba lagi.

Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan “Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah” kepada kawan-kawan semua.

Petang ini sebelum masuk waktu maghrib atau diakhir waktu Asar, jangan lupa membaca doa akhir tahun 1431 Hijrah.

Jangan lupa juga untuk membaca doa awal tahun 1432 Hijrah setelah menyempurnakan solat fardu Maghrib.

Tak payahlah kami sertakan doa-doa berkenaan kerana kami pasti kawan-kawan ada menyimpannya. Boleh surf internet jika tiada. Kat kitab Yasin pun ada.

Jangan lupa!

So….. semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita dan memberi rahmat kepada kita semua. Amin.

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India