DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Disember 07, 2010

BSK 147. Keadilan Kepada Semua

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kami membaca perbicaraan kes berhubung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ngeri bila mengenangkan manusia yang menghakimi perbicaraan itu.

Kita baca dulu lapuran kes berkenaan.

Hakim tolak permohonan tarik diri dengar kes Anwar

Dis 6, 10 9:33am

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan pihak pembela supaya beliau menarik diri daripada terus mendengar kes tersebut.

Zabidin berkata, berdasarkan kepada transkrip mahkamah yang telah dibacanya, tidak berlaku berat sebelah di pihaknya, dan berikutan itu beliau menolak permohonan tersebut.

Permohonan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa Zabidin mengancam peguam utama pihak pembela, Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah, selepas Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mahu membatalkan hakim tersebut kerana tidak mematuhi keputusan Mahkamah Agung membabitkan usaha pihak pembela untuk mendapatkan proforma form yang dirujuk oleh saksi Dr Siew Sheue Feng.

Walaupun Zabidin menarik balik kenyataannya itu dan kemudiannya memerintahkan Dr Siew dari Hospital Kuala Lumpur menyerahkan proforma form yang digunakan sewaktu melakukan pemeriksaan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi Karpal masih bertegas dengan tindakan membatalkan hakim tersebut dengan alasan wujud bahaya berlakunya berat sebelah.

Ini adalah usaha kedua oleh pihak pembela untuk membatalkan hakim tersebut - yang pertama selepas hakim itu tidak mengeluarkan amaran kepada akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa membuat laporan tidak tepat mengenai perbicaraan itu awal tahun ini.
[Malaysiakini]

IMG_0262a

Pada kami jika ada orang yang mempertikai kewibawaan seseorang hakim, sang hakim perlu dengan rendah diri menarik diri.

Tetapi sang hakim seorang ini mempertahankan dirinya sendiri.

Mempertahankan dirinya tidak berat sebelah. Allahuakbar.

Kesian bila sang hakim Melayu dan semestinya Islam tidak mahu faham atau buat-buat tak faham yang kewibawaan beliau dipertikai.

Kami  teringat kata-kata seorang ustaz semasa kuliah Zohor, katanya “seorang hakim itu sebelah kakinya sudah pun berada di neraka dan daripada tiga orang hakim, dua ke neraka dan hanya seorang ke syurga.”

Itu semasa dimana undang-undang Allah SWT dilaksanakan. Kita di Malaysia ini menggunapakai undang-undang buatan manusia. Macamana hakim-hakim kita akan bersoal-jawab dengan Allah SWT di akhirat kelak? Pandai-pandailah mereka fikir-fikirkan.

So…..semoga Allah SWT menjauhi kita dari menyengutui-Nya dengan sesuatu pun dan menghindari kita dari tergolong didalam golongan orang-orang yang menzalimi diri sendiri. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India