DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Disember 09, 2010

BMK 4. Nasi Goreng Semalam

Bismillah.

Assalamualaikum.

kami nak tunjukkan pada kawan-kawan menu yang simply simple hari ini. Jom…..

No1017

Dinamakan nasi goreng semalam. Nasi goreng lebih sedap menggunakan nasi lebihan atau nama lebih manja nasi sejuk. Haha.

Jom lihat bahan-bahannya:

1

Nasi sejuk kira2 untuk 4 orang

Diseroi untuk mudah digoreng

2

Sejemput ikan bilis

}

3

1/2 biji bawang kuning

}} Bahan 2 hingga 5 di tumbuk

4

2 biji bawang putih

}} tapi jangan terlalu halus.

5

2 sudu kecil garam

}

6

Secubit kiub ikan bilis

 

7

1 sudu teh sos tiram

 

8

Sedikit minyak masak

 

9

1 biji telur

 

Bahan-bahan yang digunakan mengikut budget kami. Buat masa ini bawang kuning paling murah jadi  guna bawang kuning. Ikan bilis pun mahal. Telur pun mahal. Boleh dikatakan semua barang-barang mahal. Huhu.

Cara memasaknya:

1

Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk.

2

Masukkan kiub ikan bilis diikuti dengan sos tiram.

3

Tumis hingga naik minyak.

4

Pecahkan telur dan kacau.

5

Masukkan nasi dan kacau hingga rata.

6

Cuba try test rasanya. Tambah garam atau pilih healthy living.

Walaupun bahan-bahan yang kami gunakan memang budget giler  tapi hasilnya boleh tahan sedap. Jangan lupa mencubanya.

So….. semoga Allah SWT berikan kepada kita rezeki yang halal, banyak dan berkat, tanpa ada kekurangan dan kesusahan. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India