Bismillah.
Assalamualaikum.
Rupa-rupanya pemberi maklumat polis tidak selamat. Dilaporkan, seorang lelaki didakwa membunuh seorang pemberi maklumat polis tiga tahun lalu iaitu pada 5 petang 28 Ogos 2008.
Tidak dimaklumkan apa sebenarnya kaitan yang terbunuh dan yang membunuh. Bagaimana identiti pemberi maklumat itu boleh diketahui umum tidak juga dilaporkan.
Persoalannya? Tidakkah identiti dan maklumat pemberi maklumat polis diklassifikasikan sulit? Bagaimana boleh terdedah? Siapa yang mendedahkan?
Lelaki didakwa bunuh pemberi maklumat diarah bela diri
1:25PM Okt 17Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini memerintahkan seorang pekerja sendiri, K Marimuthu, 37, membela diri terhadap tuduhan membunuh seorang pemberi maklumat polis tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zakiah Kassim mengeluarkan perintah itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atau tiada keraguan munasabah terhadap tertuduh semasa pendakwaan dijalankan.
Ketika membacakan keputusannya, Zakiah berkata mahkamah tidak sangsi mengenai keterangan lapan orang saksi dalam kes itu dan jelas Marimuthu berniat membunuh Md Rashid Mahmud, 48, walaupun pistol yang digunakan untuk menembak mangsa tidak dikemukakan sebagai bahan bukti.
Marimuthu dituduh membunuh dengan menembak Md Rashid di Jalan Batu Kelikir-Ladang Kelapa Sawit OSK Properties Sdn Bhd berhampiran pasar raya Econsave Jalan Kuala ketil, Sungai Petani, pada 5 petang 28 Ogos 2008.
Zakiah menetapkan 20 November ini untuk mendengar perbicaraan pembelaan diri Marimutuhu, yang diwakili peguambela, Burhanudeen Abdul Wahid, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud.
- Bernama
Mungkinkah dengan timbulnya kes sebegini akan menghakis dan melemahkan semangat rakyat yang prihatin untuk membantu polis membenteras jenayah di negara kita ini?
Sama-sama kita fikir-fikirkan.
So….. ya Allah, jauhkanlah kami dari kejahatan-kejahatan kami sepertimana Engkau jauhkan timur dan barat. Ya Allah, ilhamkan kepada kami kecerdikan dan kewarasan dan lindungilah kami dari kejahatan diri kami. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan