Bismillah.
Assalamualaikum.
“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak.
Tindakan mahasiswa menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu demonstrasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempoh hari menimbulkan reaksi yang cukup menarik dari kalangan orang Umno dan juga sebuah NGO Melayu.
Mereka cukup teruja dengan tindakan ‘simbolik’ sekumpulan mahasiswa itu.
Rata-rata mereka mengutuk tindakan itu dan mahu pihak yang bertanggungjawab iaitu SMM dan Gerakan Bebas meminta maaf.
“Perkara itu berlaku di kawasan awam, dan di luar kawasan universiti, oleh itu, saya serahkan kepada pasukan polis untuk mengambil tindakan selanjutnya,” kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah pada sidang media di bangunan Parlimen.
Pemuda Umno menggesa agar siasatan dilakukan dan pada masa yang sama mendesak pihak penganjur, yang terdiri daripada Solidariti Mahasiwa Malaysia dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), memohon maaf kepada Najib, presiden parti, dan Umno keseluruhannya.
"Biarpun mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu tidak ramai namun ia cukup untuk menggambar imej buruk mahasiwa secara keseluruhannya. Tindakan menurunkan bendera semata-mata mahu menunjukkan bantahan terhadap AUKU tidak sepatutnya dilakukan kerana tidak rasional dan tidak bertamadun," kata Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
“Pelajar ini tidak mewakili majoriti mahasiswa di menara gading yang memang mempunyai sikap dan pegangan perjuangan idealisme mahasiswa yang sewajarnya bertindak secara matang dan berakhlak mulia, apatah lagi mewarisi budaya Melayu yang beradap dan mengikut ajaran Islam. Budak ini kurang sopan, tidak beradap, kurang didikan agama oleh keluarganya,” kata Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi.
"Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau... Berani kau kurang ajar dengan kami?
"Ini semua panglima perang tahu?," kata bekas ketua pemuda PERKASA yang juga ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha.
Tak luak sedikit pun atau mendatangkan kecacatan pun pada keadaan fizikal mahupun ketampanan PM.
Tak ada kerosakan atau kecacatan sedikit pun pada bendera wajah PM tu.
Adakah PM dibaling dengan kasut atau selipar atau botol air mineral atau botol air berkabonate atau tomato atau telur busuk?
Adakah bendera wajah PM dikoyak-koyak jadi lunyai atau dipijak-pijak jadi hamparan kaki atau dibakar jadi pencucuh rokok?
Bukankah Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diumum akan dimansuh.
Sama juga keadaannya dengan luahan ‘simbolik’ mereka-mereka yang mengutuk dan menggesa mahasiswa memohon maaf.
PRU13 menjelang tiba dan mereka-mereka ini perlu ‘secure’ kerusi masing-masing. Satu cara ialah dengan mempamirkan kepada Presiden parti bahawa mereka sanggup berbuat apa sahaja demi menjaga maruah PM.
Dan juga mengkhabarkan kepada orang lain bahawa mereka akan termasuk didalam senarai calon-calon ‘boleh menang’.
Seperti juga kata-kata ‘simbolik’ PM kepada warga Pekan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Beliau umpamakan diri beliau pokok yang rendang yang buahnya gugur ke bawah.
Kata-kata penuh simbolik, memberi isyarat kepada pengundi-pengundi Pekan agar mengenang budi dan membalas jasa dengan mengekalkan beliau sebagai ahli Parlimen mereka.
Dan juga sebagai amaran kepada orang didalam parti yang cuba ‘potong jalan’ agar tidak menggangu-gugat kawasan beliau kerana beliau adalah calon ‘boleh menang’ kawasan itu.
"Saya harus sifatkan analogi atau ibarat saya macam pokok yang rendang dan bila pokok yang rendang ini mengeluarkan hasil dalam bentuk buah maka buah itu akan gugur ke bawah.
"Tidak ada buah yang gugur ke atas atau gugur ke tempat lain... ia mesti gugur ke bawah. Bila ia gugur ke bawah maknanya orang Pekanlah dapat rahmat dan manfaat daripada kepimpinan saya sebagai ahli Parlimen atau atas apa jua jawatan yang saya sandang.
"Sama ada sebagai timbalan menteri dulu, lepas itu jadi menteri besar, menteri dan kini sebagai ketua kerajaan. Saya berasa amat bersyukur, bukti sokongan ini dalam pilihan raya yang lalu berkat sokongan tuan-tuan saya telah mendapat undi majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional yang tertinggi iaitu 26,464 undi," kata Perdana Menteri yang juga ahli parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak pada Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Well….. simbolik mahasiswa dengan perlakuan manakala simbolik orang politik dengan perkataan.
‘Simbolik’ terbaik yang dipamerkan oleh sebilangan besar orang politik parti ini adalah berdiam diri, buat-buat tak tahu atau buat-buat bodoh ….. bila dikalangan mereka merembat dan membazirkan wang rakyat yang diamanahkan kepada mereka.
Fikir-fikirkan.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan