DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Jun 03, 2011

BSK 192. Islam dan Keberkatan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami mengambil tulisan saudara Ibrahim Abdullah dari ruangan agama di Berita Harian.

Sama-sama kita menghayatinya untuk kebaikan kita bersama.

bhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhb

Suruhan, larangan Islam jamin keberkatan hidup
Oleh Ibrahim Abdullah


2011/06/02

Panduan pastikan umat sentiasa selamat dunia, akhirat

AGAMA Islam menganjurkan beberapa suruhan dan larangan untuk menjamin umatnya sentiasa dalam keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Berikut antara suruhan dan larangan yang boleh diamalkan untuk mendapat keberkatan hidup.

  • Menziarahi orang sakit - Daripada Aisyah RA berkata: “Biasanya apabila ada seorang di antara kami menderita sakit, Rasulullah SAW mengusapnya dengan tangan kanan Baginda, kemudian Baginda berdoa: Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan manusia. Berilah kesembuhan kerana Engkaulah Penyembuh (segala penyakit). Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ketika Rasulullah menderita sakit dan semakin parah, aku pegang tangan Baginda untuk melakukan seperti yang biasa Baginda lakukan. Namun Baginda menarik tangan daripada tanganku kemudian berdoa: Ya Allah, ampunilah aku dan jadikanlah aku bersama Rafiq A’la (Tuhan). Aku bergegas untuk melihat, ternyata Baginda sudah wafat.” (Sahih Muslim)
  • Suruhan beri makan kepada haiwan ternakan - Hadis riwayat Abu Hurairah RA : “Bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Ketika seorang lelaki sedang berjalan dan berasa sangat dahaga. Lalu dia mendapati sebuah telaga dan segeralah dia turun untuk meminumnya. Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: Anjing ini sedang kehausan, lalu turunlah dia ke dalam telaga untuk mengambil air dan dipenuhkan ke dalam kasutnya. Kemudian dia beri minum kepada anjing itu. Allah SWT berterima kasih kepadanya serta mengampuninya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana haiwan seperti ini? Rasulullah menjawab: Pada setiap yang bernyawa ada pahalanya.” (Sahih Muslim)
  • Galak bunuh ular dan cicak - Hadis riwayat Ibnu Umar RA: Daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud: “Bunuhlah ular berbisa, ular berbelang dua dan ular yang ekornya terputus kerana kedua-duanya dapat menggugurkan kandungan dan membutakan mata.” (Sahih Muslim) Hadis riwayat Ummu Syarik RA: “Bahawa Rasulullah SAW menyuruhnya untuk membunuh cicak.”
  • Berubat minum madu - Hadis riwayat Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Saudaraku merasa mual perutnya. Rasulullah bersabda maksudnya: Minumlah madu. Setelah orang itu memberi madu kepada saudaranya, dia datang lagi dan melaporkan: Aku telah memberi minum (madu) kepadanya tetapi dia bertambah mulas. Maka Rasulullah bersabda bermaksud: Maha benar Allah (dalam firman-Nya, surah an-Nahl, ayat 69) dan ada yang tidak baik lagi dengan perut saudaramu itu? Akhirnya Rasulullah memberi minum madu itu kepada orang yang sakit. Orang itu pun sembuh.” (Sahih Muslim)
  • Suruhan untuk berubat - Hadis riwayat Jabir bin Abdullah RA. Daripada Ashim bin Umar bin Qatadah: “Bahawa Jabir bin Abdullah menjenguk Muqanna. kemudian berkata: Aku tidak akan pulang sebelum engkau mahu berbekam, sebab aku pernah mendengar Rasulullah bersabda bermaksud: Sesungguhnya berbekam itu ada pengubatan.” (Sahih Muslim)
    Hadis riwayat Ibnu Umar RA. Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda bermaksud: “Panas demam itu berasal daripada didihan api neraka Jahanam. Oleh kerana itu dinginkanlah darjah panasnya itu dengan air.” (Sahih Muslim)
  • Larangan bunuh semut - Hadis riwayat Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW: Bahawa seekor semut pernah menggigit seorang nabi. Nabi itu memerintahkan sahabat mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih (kepada-Ku)?” (Sahih Muslim)
  • Larangan bunuh kucing - Hadis riwayat Abdullah bin Umar RA yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Seorang wanita diseksa kerana mengurung kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerana perbuatannya, iaitu ketika mengurung dia tidak memberi makan dan minum, selain tidak melepaskannya mencari makanan daripada serangga tanah.” (Sahih Muslim)
  • Larangan berubat dengan dukun - Hadis riwayat Aisyah RA, dia berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya beberapa dukun pernah menceritakan sesuatu kepada kami dan kami mendapati apa yang mereka ceritakan itu benar. Rasulullah bersabda bermaksud: Itu adalah kalimah benar yang disambar oleh jin lalu dengan cepat dilemparkan ke telinga walinya tetapi di dalamnya sudah ditambahkan dengan seratus kedustaan.” (Sahih Muslim)

bhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhbhb

No1355

Terima kasih kepada saudara Ibrahim Abdullah kerana  berkongsi larangan dan suruhan yang membawa kebaikan kepada yang mengamalkannya.

Kami pun nak share sedikit untuk kebaikan kita juga:

  • Menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT – “Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” [Surah Al- Maaidah: ayat 45]
  • Adil bila menghukum – “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” [Surah An-Nisa: ayat 58]
  • Apabila berselisih balik kepada Allah dan Rasul-Nya – “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” [Surah An-Nisa: ayat 59]
  • Melarang dan mencegah kemungkaran – “Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. [Surah Al-Maaidah: ayat 79]
  • Mempercayai rezeki dari sisi Allah bukan manusia - "Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.” [Surah Al-Ankabut: ayat 17]

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami meridhai Allah sebagai Tuhan kami, kami meridhai Islam sebagai Agama kami dan kami meridhai Muhammad sebagai Nabi dan Rasul kami. Amin.

Wassalam.

Khamis, Jun 02, 2011

Astora Jabat bantu Tun Mahathir

Bismillah.
Assalamualaikum.

Setelah sekian lama baru hari ini kami dapat menatap gambar penulis ruangan agama di Mingguan Malaysia satu masa dulu yang sememangnya kontroversi.

Memang dari komen-komen pengkritik beliau kami tahu beliau adalah orang Thailand.

No1342

Mari kita baca cerita terbaru mengenai beliau.

mkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmk 

Astora Jabat tanding p'raya Thailand
MalaysiaKini Abdul Rahim Sabri
Jun 1, 11
5:27pm

Bekas penulis kontroversi Utusan Malaysia Astora Jabat akan bertanding dalam pilihan raya Thailand atas tiket Parti Harapan Baru (NAP) yang dinaungi bekas perdana menteri Jeneral Chavalit Yongchaiyud pada 3 Julai ini.

Astora JabatAstora akan bertanding di parlimen Ruso - salah satu daripada empat kawasan majoriti Melayu-Islam dalam Wilayah Narathiwat, di Selatan Thai - yang juga kampung kelahirannya.

"Saya diberi tawaran oleh Jeneral Chavalit kerana melihat jasa saya dalam bidang kewartawanan dan menolong bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

"Beliau (Chavalit) kata kepada saya, kalau awak tolong (orang) di Malaysia, kenapa tidak boleh tolong (orang) di sini," kata Astora ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Astora - bekas ketua pengarang Al-Islam - berkata menghadapi persaingan enam penjuru dengan tiga dariapda dijangka memberi tentangan sengit.

Ditanya peluangnya untuk memenangi kerusi tersebut, Astora berkata beliau "tidak takut dan tidak bermasalah" kerana mendapat sokongan meluas di Ruso dan kawasan sekitar dalam wilayah tersebut.

"Saya ada sekolah sendiri, sekolah untuk orang Melayu... Saya mempunyai ramai ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat di Ruso," katanya.

Astora Jabat 2Lebih 40 parti akan turut serta dalam pilihan raya Thailand kali ini. Parti Pheu yang dianggotai Yingluck Shinawatra - adik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra turut mencuba nasib.

Sementara itu, ditanya mengenai situasi politik di Selatan negara itu, Astora berkata rata-ratanya penduduk masih dalam ketakutan dan terancam keselamatannya ekoran sering berlakunya kejadian tembak menembak hampir setiap hari.

mkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmk

Mari kita hayati kenyataan beliau ini:

"Saya diberi tawaran oleh Jeneral Chavalit kerana melihat jasa saya dalam bidang kewartawanan dan menolong bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

"Beliau (Chavalit) kata kepada saya, kalau awak tolong (orang) di Malaysia, kenapa tidak boleh tolong (orang) di sini," kata Astora ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Lagi:

"Saya ada sekolah sendiri, sekolah untuk orang Melayu... Saya mempunyai ramai ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat di Ruso," katanya.

Amat menarik sekali kenyataan itu.

Bantuan apakah yang telah beliau berikan kepada Tun Mahathir?

Setahu kami Tun Mahathir mempunyai beberapa menteri yang berkelulusan agama sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan PM.

Takkan Tun meminggirkan menteri dalam kabinet beliau dan meminta bantuan luar, dari orang luar negara pula tu?

Pandangan dan komen Astora Jabat di Mingguan Malaysia dahulu sebahagian besarnya tidak diterima oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana ada unsur-unsur menghina agama itu sendiri.

Apa jasa beliau sebenarnya kepada umat Islam di Malaysia?

Jika “jasa” beliau di sini boleh kita ragui, apa jasa yang akan beliau lakukan untuk umat Islam di sana?

Wallahualam.

Wassalam.

Selasa, Mei 31, 2011

Kenaikan tarif letrik bebani Rakyat

Bismillah.
Assalamualaikum.

Esok, 01/06/2011 bermulanya kenaikan tarif elektrik.

TNB

Apa cerita disebalik kenaikan itu? Siapa yang untung dan siapa yang rugi sebenarnya.

Untuk memahami serba sedikit cerita ceritinya, kita ikuti dulu laporan dibawah…..

mkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmk

PKR: K'jaan 'rompak' rakyat bagi suap kroni, kapitalis
MalaysiaKini Aidila Razak
Mei 31, 11
1:22pm

PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.

"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis,” kata Rafizi kepada wartawan hari ini.

Nak baca lagi?
Rafizi: IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir
Elektrik: BN bela IPP, bebankan Rakyat

Menteri: K'jaan tiada kuasa dedah kontrak IPP
MalaysiaKini Regina Lee
Mei 31, 11
3:38pm

Kerajaan tidak boleh memaksa Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum kerana ia dimeterai oleh entiti swasta.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata PPA ditandatangani antara beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Chin"Jadi, siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya?” katanya kepada Malaysiakini di Putrajaya.

PPA adalah kontrak undang-undang antara pengeluar tenaga dan pembeli tenaga.

Adalah kemungkinan PPA akan menghuraikan butiran seperti kadar dan harga bahan api yang dibeli oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas tetapi ia sekarang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi.

Bagaimanapun menurut Chin jika kedua-dua pihak bersetuju mendedahkan dokumen berkenaan kerajaan akan menyokong langkah tersebut.

"Jika kedua-dua pihak (IPP dan TNB) bersetuju dan kata 'kami mahu dedahkannya' siapa kami untuk menghentikan mereka,” katanya selepas pelancaran bangunan baru Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya.

Pengkritik, khususnya parti pembangkang sejak akhir-akhir ini menekan kerajaan untuk mendedahkan PPA. Ini berikutan keenganan kerajaan persekutuan menstruktur semula kontrak berkenaan yang dikatakan berat sebelah sehingga membebankan rakyat.

Pakatan Rakyat juga mendakwa IPP meraih keuntungan lumayan dari kontrak itu dan pada masa yang sama menikmati subsidi gas yang ditanggung oleh pembayar cukai.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mendakwa subsidi bahan api yang dinikmati oleh IPP dan TNB mencecah RM19 bilion dan mereka penerima sebahagian besar subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

mkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmk

Pertamanya, apa yang kami fahami dari penjelasan saudara Rafizi Ramli ialah:

  • IPP membeli gas PETRONAS mengikut harga pasaran;
  • IPP menjual tenaga bersama kenaikan kos kepada TNB;
  • Kos arang batu (TNB) dan gas (TNB dan IPP) disemak setiap enam bulan;
  • TNB menjual tenaga kepada pengguna dimana harga jualan termasuk kos sendiri dan juga kos IPP,

Kesimpulannya:

  1. Yang untung IPP
  2. TNB status quo
  3. Yang rugi sememangnya kita….. RAKYAT!

Pada pendapat kami pihak yang paling beruntung adalah kerajaan pimpinan PM Rakyat didahulukan.

Apa tak untungnya!

Subsidi dihapuskan kerajaan dapat jimat dana. Bila IPP dapat untung kerajaan pun akan menikmati cukai yang lebih banyak.

Kami jangkakan begitu juga yang kerajaan dapat dari PETRONAS.

No1372

Keduanya, apa yang dapat kami fahami ialah kepimpinan 1Malaysia Rakyat didahulukan adalah lemah dan tidak berkuasa.

Kami tidak pasti pula mana perginya mandat yang rakyat berikan.

Mustahil pemimpin tidak tahu apa yang syarikat di Malaysia lakukan terhadap RAKYAT SENDIRI.

Something wrong somewhere!

Everything wrong everywhere!

Fikir-fikirkan wahai kawan-kawan yang budiman.

Wassalam.

Isnin, Mei 30, 2011

Bersama Memerangi Jenayah–Segmen 5

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah sampai Segmen Kelima hari ini. Segmen ini berhubung kait dengan pelajar sekolah.

Sebelum kami kongsi fakta-faktanya mari kita semak dulu tajuk segmen lalu:
Segmen 1 - Mencegah Curi Kenderaan
Segmen 2 - Pecah Rumah
Segmen 3 – Ragut
Segmen 4 – Rogol

Jika sudah berpuas hati, mari ke Segmen Kelima…..

bulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibul

BULI

SIAPAKAH YANG SERING MEMBULI DAN DIBULI

PEMBULI

  • Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
  • Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
  • Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
  • Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
  • Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

DIBULI

  • Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
  • Bertubuh kecil.

KENAPA MEREKA SERING MEMBULI

  • Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat mengubah tingkah laku pelajar.
  • Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
  • Mereka pernah menjadi mangsa buli.
  • Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyper-active atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
  • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin.
  • Akibat masalah keluarga.
  • Sekadar mahu berseronok.

APA YANG PATUT DILAKUKAN SEKIRANYA DIBULI

  • Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, samada dalam bentuk psikologi atai fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.
  • Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibudi kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
  • Tindakan disiplin, merotan dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
  • Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan juga wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
  • Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.
  • Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari masa ke semasa.

No1359

bulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibul

Anak-anak adalah anugerah Allah SWT kepada kita. Bersama dengan anugerah itu ada amanah dan tanggungjawab. Amanah dan tanggungjawab untuk mencorak anugerah yang diterima.

Kita digalakkan berdoa memohon kepada Allah SWT zuriat yang soleh dan menyenangkan, contoh:

“Ya Allah ya Tuhan ku, berilah aku dari sisi Mu seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar permohonan ku.”

“Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri kami dan keturunan kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bertaqwa.”

Bila dikurniakan cahayamata, setelah diazan di telinga kanan dan diigamah di telinga kiri, kita baca doa ini:

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan dan setiap penglihatan yang jahat membahayakan.”

Kita berikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak kita. Dan kita mengawasi, membimbing dan menasihati agar  mereka tetap berada di jalan yang lurus.

Wassalam.

Sabtu, Mei 28, 2011

RON95 Benarkah Rakyat Lega

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami ingin mengajak kawan-kawan menyelami Minda Pengarang diruangan Rencana di Berita Harian.

Mari baca…..

BHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHB

Minda Pengarang: Perjelas kedudukan harga minyak dunia elak rakyat diputar belit

2011/05/27

KEPUTUSAN kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG pastinya disambut dengan perasaan lega. Langkah itu membuktikan kerajaan masih dapat bertahan, walaupun terpaksa menanggung bebanan subsidi yang semakin meningkat, berikutan kenaikan harga minyak dunia. Sejak akhir-akhir ini rakyat pelbagai lapisan masyarakat sering diulit kebimbangan berikutan harga minyak dunia yang tidak stabil, ekoran pergolakan di beberapa negara Asia Barat. Apa yang dibimbangi rakyat ialah kesan kenaikan produk petroleum itu akan disusuli dengan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga pelbagai barangan pengguna dan makanan untuk mengaut keuntungan berlebihan. Jika itu berlaku, ia pastinya akan membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan berkeluarga besar. Kita percaya Kabinet membuat keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai aspek, terutama kesannya ke atas kemampuan rakyat. Penjelasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin berhubung keputusan mengekalkan harga bahan api itu pastinya menangkis khabar angin yang digembar-gemburkan pihak tertentu, kononnya harga bahan api itu akan dinaikkan minggu ini. Ismail menjelaskan sebagai kerajaan bertanggungjawab, Kabinet menerima pandangan rakyat dan memutuskan untuk tidak menaikkan harga bahan api itu buat masa ini. Kita percaya tindakan itu tiada kena-mengena dengan desakan mana-mana pihak terutama pembangkang. Langkah itu juga bukan disebabkan kerajaan bimbang kehilangan sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi, sebaliknya tidak mahu membebani rakyat.

No1354

Harga petrol RON95 kini kekal RM1.90 seliter, manakala RON97 ialah RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa. Bagi mengelak sesetengah pihak terus memutarbelitkan langkah kerajaan, rakyat harus diberi penjelasan berterusan dan secukupnya mengenai kedudukan harga minyak dunia dari semasa ke semasa, termasuk langkah rasionalisasi subsidi bahan api itu. Tidak semua rakyat memahami apa yang berlaku berhubung kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap ekonomi negara. Mereka juga tidak mempunyai maklumat secukupnya mengenai harga minyak dunia dan kesan ke atas ekonomi negara berikutan pemberian berterusan subsidi bahan api itu. Apa yang mereka percaya, apabila berlaku kenaikan harga bahan api, harga barangan lain akan turut naik dan ini akan menyusahkan kehidupan seharian mereka. Di sinilah pihak tertentu mengambil kesempatan menangguk di air keruh dengan melemparkan pelbagai dakwaan tidak berasas terhadap kerajaan. Jumlah subsidi ditanggung kerajaan tahun ini dijangka meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan tidak mampu memberikan subsidi selama-lamanya kepada semua orang kecuali pada golongan sasaran pengguna tertentu. Kita percaya rakyat dapat berfikir secara rasional jika mereka mendapat maklumat tepat mengenai isu berkaitan harga minyak. Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak, tanpa mengambil kira kesannya terhadap rakyat.

BHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHB

Hujah-hujah yang cukup meyakinkan agar rakyat berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak menaikkan harga petrol RON95 buat masa ini.

Dan didalam jangka panjang mengharapkan agar rakyat akan merestui tindakan kerajaan untuk menghapuskan sama sekali subsidi bahan api ini.

Sampai bila? Kalau kena gayanya lepas PRU13.

Adakah rakyat, terutamanya penulis rencana diatas benar-benar percaya bahawa jika subsidi bahan api dihapuskan harga barang dan perkhidmatan akan kekal dan tidak akan berganjak?

“Harga minyak naik, takkan kami tidak boleh menaikkan tambang kenderaan. Takkan pengusaha yang perlu menanggung semua kos.”

“Harga minyak naik, kos penghantaran naik, takkan kami nak kekalkan harga lama. Macamana kami nak cari makan.”

“Harga minyak naik, tapi syarikat tidak dapat menaikkan gaji kakitangan kerana perbelanjaan syarikat turut meningkat. Syarikat akan memberikan saguhati kepada pekerja terbaik diakhir tahun. Itu sahaja.”

“Harga minyak naik, harga barang naik, tambang kenderaan naik, keluarga kita kena jimat cermat. Abang, kakak dan adik pergi sekolah jalan kaki. Ayah naik motor ke tempat kerja balik lambat kerana nak ambil overtime. Ibu tanam sayur kat dalam pasu bunga dan kalau dapat hasil boleh jual kat jiran atau pasar malam. Usaha terakhir, kita kena catu makanan.”

“Harga minyak mungkin naik, tapi rakyat ada cara lain untuk meningkatkan taraf hidup. Boleh buat kerja lebih masa. Cari kerja sambilan. Berniaga di pasar malam. Boleh berkebun. Bela ayam. Bila rakyat berkebun, keluar peluh, kan badan sihat. Banyak cara sebenarnya yang rakyat boleh lakukan. Takkan asyik nak bergantung kepada “candu” dari kerajaan.”

Wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India