Bismillah.
Assalamualaikum.
Dah sampai Segmen Kelima hari ini. Segmen ini berhubung kait dengan pelajar sekolah.
Sebelum kami kongsi fakta-faktanya mari kita semak dulu tajuk segmen lalu:
Segmen 1 - Mencegah Curi Kenderaan
Segmen 2 - Pecah Rumah
Segmen 3 – Ragut
Segmen 4 – Rogol
Jika sudah berpuas hati, mari ke Segmen Kelima…..
bulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibul
BULI
SIAPAKAH YANG SERING MEMBULI DAN DIBULI
PEMBULI
- Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
- Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
- Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
- Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
- Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.
DIBULI
- Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
- Bertubuh kecil.
KENAPA MEREKA SERING MEMBULI
- Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat mengubah tingkah laku pelajar.
- Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
- Mereka pernah menjadi mangsa buli.
- Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyper-active atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
- Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin.
- Akibat masalah keluarga.
- Sekadar mahu berseronok.
APA YANG PATUT DILAKUKAN SEKIRANYA DIBULI
- Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, samada dalam bentuk psikologi atai fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.
- Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibudi kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
- Tindakan disiplin, merotan dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
- Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan juga wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
- Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.
- Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari masa ke semasa.
bulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibulibul
Anak-anak adalah anugerah Allah SWT kepada kita. Bersama dengan anugerah itu ada amanah dan tanggungjawab. Amanah dan tanggungjawab untuk mencorak anugerah yang diterima.
Kita digalakkan berdoa memohon kepada Allah SWT zuriat yang soleh dan menyenangkan, contoh:
“Ya Allah ya Tuhan ku, berilah aku dari sisi Mu seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar permohonan ku.”
“Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri kami dan keturunan kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bertaqwa.”
Bila dikurniakan cahayamata, setelah diazan di telinga kanan dan diigamah di telinga kiri, kita baca doa ini:
“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap gangguan syaitan dan setiap penglihatan yang jahat membahayakan.”
Kita berikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak kita. Dan kita mengawasi, membimbing dan menasihati agar mereka tetap berada di jalan yang lurus.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan