Bismillah.
Assalamualaikum.
Esok, 01/06/2011 bermulanya kenaikan tarif elektrik.
Apa cerita disebalik kenaikan itu? Siapa yang untung dan siapa yang rugi sebenarnya.
Untuk memahami serba sedikit cerita ceritinya, kita ikuti dulu laporan dibawah…..
mkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmk
PKR: K'jaan 'rompak' rakyat bagi suap kroni, kapitalis
MalaysiaKini Aidila Razak
Mei 31, 11
1:22pm
PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.
Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.
Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.
"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.
"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis,” kata Rafizi kepada wartawan hari ini.
Nak baca lagi?
Rafizi: IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir
Elektrik: BN bela IPP, bebankan Rakyat
Menteri: K'jaan tiada kuasa dedah kontrak IPP
MalaysiaKini Regina Lee
Mei 31, 11
3:38pm
Kerajaan tidak boleh memaksa Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum kerana ia dimeterai oleh entiti swasta.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata PPA ditandatangani antara beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Jadi, siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya?” katanya kepada Malaysiakini di Putrajaya.
PPA adalah kontrak undang-undang antara pengeluar tenaga dan pembeli tenaga.
Adalah kemungkinan PPA akan menghuraikan butiran seperti kadar dan harga bahan api yang dibeli oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas tetapi ia sekarang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi.
Bagaimanapun menurut Chin jika kedua-dua pihak bersetuju mendedahkan dokumen berkenaan kerajaan akan menyokong langkah tersebut.
"Jika kedua-dua pihak (IPP dan TNB) bersetuju dan kata 'kami mahu dedahkannya' siapa kami untuk menghentikan mereka,” katanya selepas pelancaran bangunan baru Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya.
Pengkritik, khususnya parti pembangkang sejak akhir-akhir ini menekan kerajaan untuk mendedahkan PPA. Ini berikutan keenganan kerajaan persekutuan menstruktur semula kontrak berkenaan yang dikatakan berat sebelah sehingga membebankan rakyat.
Pakatan Rakyat juga mendakwa IPP meraih keuntungan lumayan dari kontrak itu dan pada masa yang sama menikmati subsidi gas yang ditanggung oleh pembayar cukai.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mendakwa subsidi bahan api yang dinikmati oleh IPP dan TNB mencecah RM19 bilion dan mereka penerima sebahagian besar subsidi yang diberikan oleh kerajaan.
mkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmkmk
Pertamanya, apa yang kami fahami dari penjelasan saudara Rafizi Ramli ialah:
- IPP membeli gas PETRONAS mengikut harga pasaran;
- IPP menjual tenaga bersama kenaikan kos kepada TNB;
- Kos arang batu (TNB) dan gas (TNB dan IPP) disemak setiap enam bulan;
- TNB menjual tenaga kepada pengguna dimana harga jualan termasuk kos sendiri dan juga kos IPP,
Kesimpulannya:
- Yang untung IPP
- TNB status quo
- Yang rugi sememangnya kita….. RAKYAT!
Pada pendapat kami pihak yang paling beruntung adalah kerajaan pimpinan PM Rakyat didahulukan.
Apa tak untungnya!
Subsidi dihapuskan kerajaan dapat jimat dana. Bila IPP dapat untung kerajaan pun akan menikmati cukai yang lebih banyak.
Kami jangkakan begitu juga yang kerajaan dapat dari PETRONAS.
Keduanya, apa yang dapat kami fahami ialah kepimpinan 1Malaysia Rakyat didahulukan adalah lemah dan tidak berkuasa.
Kami tidak pasti pula mana perginya mandat yang rakyat berikan.
Mustahil pemimpin tidak tahu apa yang syarikat di Malaysia lakukan terhadap RAKYAT SENDIRI.
Something wrong somewhere!
Everything wrong everywhere!
Fikir-fikirkan wahai kawan-kawan yang budiman.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan