DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Mei 16, 2011

Bersama Memerangi Jenayah–Segmen 3

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami akan berkongsi segmen ketiga pada hari ini. Satu segmen yang penting kepada kita. Boleh kita jadikan panduan untuk keselamatan harta dan diri kita.

Sebelum itu mari kita lihat tajuk segmen-segmen terdahulu:
Segmen 1 - Mencegah Curi Kenderaan
Segmen 2 - Pecah Rumah

Sudah pasti dengan segmen-segmen terdahulu? Jom kita ikuti segmen ketiga…..

…………………………………………………………………………………………….

RAGUT

DI MANA SERING BERLAKU

  • Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi.
  • Biasanya peragut berjalan kaki atau bermotosikal.
  • Penyeluk saku sering bertindak di tempat sibuk.

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU

  • Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
  • Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
  • Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
  • Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (Passenger Seat).
  • Sibuk menjawab panggilan / SMS sehingga lupa keadaan sekitar.

No1350

CARA PENCEGAHAN

  • Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah.
  • Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
  • Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut.
  • Bagi lelaki, dompet elok disimpan didalam kocek berbutang.
  • Jangan biarkan beg tangan diletak di tempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah.
  • Pastikan anda mengepit / membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk / sesak.
  • Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tempat awam.
  • Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
  • Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
  • Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
  • Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.
  • Sentiasa berwaspada kepada persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon / sms.

…………………………………………………………………………………………….

Kita perlu berhati-hati dan selalu berwaspada demi keselamatan kita dan orang-orang tersayang.

Cuba kita amalkan doa-doa pendek dan ayat-ayat al-Quran contoh ayat Kursi demi kebaikkan kita.

Kita merancang dan Allah SWT yang menentukan, tetapi semestinya ada usaha dari kita terlebih dahulu.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India