DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Januari 12, 2015

BHK 2. Walimatul Urus Walimatul Urus

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Penerima BR1M

Semalam, 11/01/2015 kami ke Dengkil. Menghadiri majlis walimatul urus anak saudara. Anak saudara sebelah wife. Sebelum ini… tak silap kami dah dua kali kami ke Dengkil. Bulan Disember 2014 lalu. Anak saudara wife juga. Bila yang kawin tu anak saudara maka yang buat kenduri kawin tu semestinya sepupu-sepupu wife. Kan! Ramai sepupu wife kami kat Dengkil ni.

Hari Ahad ni, 18/01/2015 kami beralih pula ke Bukit Bangkong. Yang buat kenduri kawin ni kakak ipar kepada abang ipar kami. Jadinya wife kami adalah adik ipar kepada wife abang ipar kami. Jadinya lagi yang buat kenduri kawin tu adalah biras kami dan wife. Betul ke tak betul?

Untuk bulan Februari 2015 ni kami ada menerima dua kad jemputan walimatul urus dari resident Taman Bukit Kepayang 2. 

  • Undangan dari Hj. Kamaruzzan dan Hjh Zawiah. Jemputan perkahwinan anak lelaki mereka Mohd Lukman dan pilihan hati anak mereka Zuraidah. Majlis pada hari Ahad, 08/02/2015.
  • Satu lagi undangan dari Hj Zainal dan Hjh Halijah. Jemputan perkahwinan anak lelaki mereka Mohd Hazeman dan pilihan hati anak mereka Syaerie Suhana. Majlis pada hari Sabtu, 21/02/2015.

Buat kenduri kawin ini…. ada yang kata susah. Kalau difikir-fikirkan, rasa-rasanya memang tak ada yang pernah kata senang. Sapa-sapa yang pernah mengadakannya sendiri tau.

Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing. [HR Muttafaqun alaih].

Didalam huraian hadith (dibawah) ada diberi peringatan agar jangan pula sampai walimah tersebut menjadi majlis makan yang dikeji oleh Islam iaitu dengan mengkhususkan jemputan hanya untuk orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin dilupakan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Dari Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah. Orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.[HRMuslim].

Pada kami pada zaman ni, beban susah mengadakan majlis kenduri kawin ni adalah dipihak ibu-bapa dan mungkin juga saudara-mara. Pada majlis raja sehari tu, pasangan pengantin tak seberapa rasanya.  

Pengantin akan hanya terasa susah bila sudah selesai majlis tu. Kenapa? Kerana kedua-duanya akan mula memikul beban tanggungjawab. Tanggung-jawab membina keluarga dan menguruskan rumahtangga.

Dari Abdullah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi. [HR Muslim].

Pengantin lelaki perlu peka dengan isu mas kawin. Bereskan dulu mas kawin pada isteri.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina. HR at-Tabrani dan al-Hakim].

Nak share sikit mengenai tanggung-jawab. Pengantin lelaki…..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah. [HR Ibnu Majah].

Saad bin Abi Waqas r.a menceritakan bahawa rasulullah s.a.w pernah bersabda:'Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelajaan rumahtangga) akan diberi pahala juga oleh Allah. [HR Bukhari].

Pengantin wanita pula…..

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya. [HR Muslim].

Banyak dugaan yang akan dihadapi oleh pasangan pengantin di hari-hari mendatang. Untuk pengantin lelaki…..

Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar nabi s.a.w bersabda:Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya. [HR Muslim].

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya”. [HR Tirmizi].

Selamat pengantin baru….. semoga Allah SWT mengurniakan kebahagiaan di dunia dan berpanjangan di akhirat. إن شاء الله

جزاك الله خيرا

Sumber hadith dari JAKIM

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India