السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hari ini 1 Januari 2015 bersamaan 10 Rabi’ul Auwal 1436H. Pejam celik pejam celik dah tahun baharu masehi. Cepat masa berlalu. Camno 2014?
Apa sebenarnya pencapaian yang kita dapat atau perolehi pada tahun lalu? Telah dilunaskan ke azam yang dibuat pada awal tahun 2014 lalu? Takde kot! Azam tu rasanya cuma adat je. ikutan je. Ikut trend je. Orang buat kita pun buat je. Azam canggih manggih tapi takde masa nak dilaksanakan atau impossible nak di implementkan. Haru!
Sebenarnya bukan nak berazam pun waktu menunggu awal tahun.
Cuma nak berhibur dengan member-member kat konsert yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan. Nak memekik countdowm detik 12.00 malam. Takde benda pun. Yang dapat rasa-rasanya cuma penat. dan kepayahan. Kepenatan dan kepayahan penantian. Nak terkucil kecil atau besar nak kemana tujunya? Nak balik rumah, pengangkutan awam dah tak larat nak muatkan penumpang. Tido le kat hamparan bumi.
Sambutan awal tahun 2015 semalam berlainan dari yang tradisi asal. Kelainan kerana sifatnya seperti banjir yang melanda.
Apa nama tu extraordinary!
Sambutan berbentuk konsert dan hiburan seperti kelazimannya dibatalkan diseluruh negara sebagai tanda menghormati negara yang dilanda musibah banjir di samping beberapa tragedi yang di luar jangkaan.
Sebaliknya Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserikan dengan bacaan qasidah dan selawat nabi serta doa khas sempena sambutan Malam Tahun Baharu 2015.
Malam Cinta Rasul bertemakan ‘Kenali, Dekati dan Cintailah Rasul’ diserikan pendakwah terkenal dari Indonesia Habib Syech Abdul Qadir Assegaf. Tazkirah serta selawat nabi oleh Habib Ali Zainal Abidin.
Kumpulan nasyid tempatan, Inteam dan Al-Mawlid sebagai pengiring dalam bacaan qasidah dan selawat nabi pada malam semalam.
Sambutan Maulidur Rasul adalah pada 3 Januari 2015.
Pada perkembangan lain Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak turut menghadiri majlis tahlil dan solat hajat bersama penduduk-penduduk yang juga mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Tumpat, Kelantan, malam tadi (malam tahun baharu).
Bukankah terbaik tu! Pahala dapat kebaikkan pun dapat. Bukannya penat dan kepayahan.
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَآ إِلَىٰٓ أُمَمٍ۬ مِّن قَبۡلِكَ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِٱلۡبَأۡسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ لَعَلَّهُمۡ يَتَضَرَّعُونَ (٤٢)1
Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat). (42).
[Al-An’aam].
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧)1
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157) [Al-Baqara].
Semoga ditahun-tahun akan datang program-program agama terus diadakan dan diperkasakan. Biar kita faham agama Islam, agama kita. Jangan kita mengundang musibah dan bala. Bila dugaan dan ujian datang bertimpa-timpa baru nak kembali kepada Allah dan RasulNya. Kita tidak bersopan dan tidak bertertib dengan Penguasa Hari Pembalasan dan RasulNya sebenarnya.
فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡہِمُ ٱلطُّوفَانَ وَٱلۡجَرَادَ وَٱلۡقُمَّلَ وَٱلضَّفَادِعَ وَٱلدَّمَ ءَايَـٰتٍ۬ مُّفَصَّلَـٰتٍ۬ فَٱسۡتَڪۡبَرُواْ وَكَانُواْ قَوۡمً۬ا مُّجۡرِمِينَ (١٣٣)1(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan dan belalang, dan kutu dan katak dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. (133). [Al-Araf]
Kita semua pun tahu apa kesudahan Firaun and Co. kan!
Fikir-fikirkan…..
جزاك الله خيرا
0 comments:
Catat Ulasan