Bismillah.
Assalamualaikum.
Tarikh melihat anak bulan untuk permulaan bulan Ramadan dan menentukan tarikh permulaan puasa adalah pada petang Ahad, 31/07/2011.
Puasa akan ditentukan dengan kaedah rukyah dan hisab.
Kebiasaannya puasa keesokkan harinya. Well….. 01/08/2011 bersamaan 01 Ramadan 1432 Hijrah.
Yang membuat kami sekeluarga teruja ialah untuk melihat dan mendengar pengumuman tarikh berpuasa dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang baru.
Adakah ada kelainan dari segi penampilan dan penyampaiannya?
Kita tunggu!
Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini
Jul 26, 11 5:43pm
Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Lokasi lain adalah Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Selain itu, tempat melihat anak bulan turut meliputi Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.
- Bernama
Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga Allah Taala mengurniakan kita dengan rahmatNya, keampunanNya dan melepaskan kita dari siksaan api neraka.
So….. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan-Mu dan syura; dan kami berlindung dengan-Mu daripada siksa api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunilah kami, ibu bapa kami dan sekelian kaum muslimin dan muslimat; dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan