DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Julai 31, 2011

BFK 145. Zoo Negara rakyat 50 tahun masuk percuma

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sudah lama kami tidak menjejakkan kaki di Zoo Negara. Tak pasti berapa lama tapi rasanya lebih dari 15 tahun.

Zoo

Lawatan percuma zoo bagi rakyat usia 50 tahun

MalaysiaKini Jul 30, 11 10:27am

Rakyat Malaysia yang dilahirkan pada tahun 1961 berpeluang mengunjungi Zoo Negara secara percuma mulai hari ini hingga 31 Disember tahun ini sempena ulang tahun Zoo Negara yang ke-50.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Ismail Hutson mengumumkan tawaran tersebut pada majlis makan malam ulang tahun Zoo Negara di Kuala Lumpur, malam semalam.

Penaung persatuan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis itu.

Ismail berkata Zoo Negara telah menyusun 15 program pendidikan yang bersesuaian dengan kanak-kanak dan keluarga, antaranya ialah Negara Haiwan, Zoologi Muda (sekolah rendah dan menengah) dan Senior Zoologi (Pelajar Universiti) serta program pengembaraan dalam zoo.

"Sejak program itu dilaksanakan, lebih 100,000 pelajar sekolah dan universiti telah menyertai semua program yang dijalankan di Zoo Negara," katanya.

Katanya peruntukan kerajaan lebih RM8 juta yang diterima tahun lepas berjaya membangunkan penempatan baru bagi haiwan di Zoo Negara seperti gajah, cimpanzi dan babun serta pembesaran kompleks beruang.

Selain itu, beliau berkata Zoo Negara yang berkeluasan lebih 48 hektar itu telah menerima kira-kira satu juta pengunjung setiap tahun dengan 300,000 daripada pengunjungnya adalah kanak-kanak.

"Kanak-kanak umpama peguam bela untuk memelihara haiwan dari pupus pada masa depan, dengan itu, mereka adalah kumpulan sasaran utama kami," katanya.

Pada majlis itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail telah menyerahkan sumbangan wang sebanyak RM250,000 bagi projek penambahbaikan Zoo Negara.

Zoo Sticker New

Kelayakan untuk masuk free dah ada. Cumanya untuk kami seorang sahaja. Takkan nak berkunjung dan memerhati penghuni zoo tu sorang-sorang je. Tak thrill le! Kena bawa wife dan anak-anak bersama.

Jika dikira kami sekeluarga yang pergi…..

Kadar Pakej 1 Pakej 2
Empunya diri - -
Wife RM25 RM20
Anak-anak RM100 RM80
Jumlah RM125 RM100

Pakej 1 - Kadar termasuk Zoo Serangga & Taman Rama-Rama
Pakej 2 - Kadar biasa tidak termasuk Zoo Serangga & Taman Rama-Rama

Anak-anak semua dah dikira dalam kategori dewasa.

Kalau pergi mesti pakej 1, baru berbaloi. Tiket masuk RM125. Hmmm…..

Zoo Negara luas. Banyak penghuni. Rasanya waktu lawatan 9.00am – 5.00pm tu memang digunakan sepenuhnya. Sombongnya!

Untuk menjayakan family trip ini banyak perkara lagi yang perlu kami ambil perhatian. Kudrat, masa, kos tambahan, cuti dan seumpamanya. Kalau nak pergi kena hari biasa. Hujung minggu rasa-rasanya ramai pengunjung. Sesak rasanya.

Well….. tenguk le macamana.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, berilah kepada kami rezeki yang halal, banyak, baik dan berkat, tanpa ada kekurangan dan kesusahan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India