Bismillah.
Assalamualaikum.
Bersih 2.0 telah menyebabkan pihak pemerintah melatah secara keterlaluan.
Provokasi demi provokasi dilakukan oleh juak-juak parti pemerintah. Orang-orang besar dari sayap Pemuda, pemuka-pemuka dari NGO Melayu dan juga hulubalang-hulubalang dari pertubuhan persilatan.
Semuanya dilakukan agar Bersih 2.0 berkubur.
Kenapa mereka-mereka ini meroyan semeroyannya?
Nak dikatakan perhimpunan dan perarakan membawa malapetaka, kita mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan setiap tahun. Aman damai sahaja!
Nak dikatakan sambutan Hari Kemerdekaan membuat peniaga mengalami kerugian dan kemusnahan premis perniagaan. Rasanya tidak! Untung semua mereka!
Nak dikatakan sambutan Hari Kemerdekaan membuat rakyat stress kerana kesesakan lalulintas. Tak juga! Happy je muka mereka!
Dari segi teknikal perhimpunan dan perarakan Bersih 2.0 sama sahaja seperti perhimpunan dan perarakan sambutan Hari Kemerdekaan.
Rakyat yang berfikiran waras tentu dapat membuat perbandingan. Cumanya matlamat berbeza.
Semuanya terletak ditangan pihak-pihak yang berwajib. Jika pihak-pihak ini memberi kerjasama kepada Bersih 2.0 seperti kerjasama yang diberikan kepada penganjur perhimpunan dan perarakan Hari Kemerdekaan rasanya semua pihak boleh bernafas lega.
Habis tu kenapa tiada kerjasama?
Jika pihak-pihak berwajib telus memberi kerjasama, Bersih 2.0 mencapai sasaran dan matlamatnya, akan bergegarlah mahligai di Putrajaya. Ibaratnya seperti dilanda tsunami.
Wallahualam.
Berikut adalah 8 tuntutan Bersih 2.0:-
Bersihkan senarai undi
Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. Mereformasikan undi pos
SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. Gunakan dakwat kekal
Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. Masa kempen minima 21 hari
Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari.
Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. Akses media yang bebas dan adil
RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
Ini adalah mengenai keadilan!
Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya:
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.Laporan penuh: Provokasi keterlaluan Bersih 2.0
Fikir-fikirkan.
So….. Penolong kami ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya jua kami berserah dan Dialah yang memelihara ‘Arasy yang besar. Wahai Tuhan Pemerintah Hari Perhitungan, Engkau jua yang kami sembah dan kepada-Mu jua kami memohon pertolongan. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan