DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Julai 27, 2011

BSK 211. Wahabi dan 40 ulama

Bismillah.
Assalamualaikum.

Timbul sekali lagi isu Wahabi.

Paling panas isu mengenai wahabi adalah sebelum 40 ulama muda menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno. 

Selepas sah menjadi 40 ulama muda Umno, isu berkenaan tidak timbul lagi.

Tidak faham kenapa ianya ditimbulkan kembali?

Wahabi, terorisme: Mufti gesa k'jaan segera perjelas

MalaysiaKini Jul 27, 11 11:20am dikemaskini 11.39am

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Katanya, beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa "tuduhan liar" tersebut dalam majlis di Putrajaya itu.

"Berlengah dalam memberikan respons hanya mengundang keraguan dan kesangsian pada pihak yang dituduh tanpa sebab," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini pagi ini.

Dr JuandaKenyataan Dr Juanda (kiri) itu dipercayai ekoran tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam yang mengelak mengulas berhubung taklimat MKN itu walaupun beberapa kali ditanya pemberita.

Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya pada hari sama, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Taklimat yang diserta mufti dan wakil majlis agama Islam negeri turut mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu. Malah, negara teluk lain seperti Kuwait dan Bahrain turut dikaitkan sama.

Malaysiakini difahamkan, kecuali Dr Juanda, semua mufti negeri lain diundang menghadiri taklimat yang antaranya disampaikan penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

Dr Juanda menegaskan bahawa keadilan kepada rakyat merupakan asas sebuah pemerintahan dan tidak wajar tidak diberikan sama rata, terutamanya kepada "pemimpin agama yang memandu kebaikan dunia dan akhirat".

Dr Juanda juga berkata, beliau, ulama dan anggota majlis fatwa negeri sedia berdialog dengan MKN, Jabatan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri berhubung perkara itu.

"Kerajaan perlu bagi keutamaan perkara ini kerana ia soal agama," katanya lagi.

Adakah ulama muda yang menyertai parti pemerintah tidak melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang? Tidak menepati KPI yang diberikan.

Menarik pandangan dan nasihat Dr MAZA mengenai isu itu:

Dr MAZA

“….., beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan.

"Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

Laporan penuh: MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi.

Jika golongan ulama berpecah dan tidak peka dengan perjuangan politik masakini maka golongan ini akan mudah diperguna dan diperkotak-katikkan.

Ulama-ulama kena berada dibawah satu wadah yang sama. Perlu berjuang bersama-sama untuk memperkasakan Islam di negara kita ini. 

Bersatu akan menguatkan suara ulama dan dengan sendirinya tidak mudah untuk dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bersatu teguh, berpecah roboh.

So….. Penolong kami ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia. Wahai Tuhan Pemerintah Hari Perhitungan, Engkau jua kami sembah dan kepada-Mu jua kami memohon pertolongan. Kami meredhai Allah sebagai Tuhan, kami meredhai Islam sebagai Agama dan kami meredhai Muhammad sebagai Nabi. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India