السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
ONkan saja TV peringatan demi peringatan secara halus dipaparkan kepada rakyat Malaysia untuk memangkah sebuah barisan parti politik ini.
Barisan parti politik ini telah mentadbir negara kita selama lebih 55 tahun. Lama tu!
Dalam siaran berita dikatakan saingan mereka dalam PRU13 semakin parah. Penyokong dari pakatan saingan mereka semakin ramai berpaling tadah.
Pakatan saingan mereka seolah-olah semakin kucar-kacir dan semestinya akan terbungkus dengan sendirinya dalam PRU13 nanti.
Dan terlebih penting digambarkan barisan mereka sungguh utoh dan begitu kuat dan rakyat memihak pada barisan mereka.
Selasa, 30/04/2013 kebetulan ada ceramah dari pakatan saingan mereka kat Seremban. Ceramah bertajuk ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ diadakan di Jalan Dato Siamang Gagap bermula jam 9.00 malam.
Bukan tak ada ceramah lain, banyak dah diadakan kat kawasan Seremban, tetapinya tak berkesempatan nak hadir. Hmm…..
Kami, wife dan anak sulong bertekad nak menghadiri ceramah malam tu. Nak lihat sendiri dan merasa kembali ‘feel’ tahun 2008 dan yang penting untuk memastikan samada propa kat TV tu sesungguhnya benar sebenar-benarnya.
Lepas Isyak kami memulakan expedisi kami. Abang yang drive. Kami rehat sebab penat dari mengambil anak bongsu kat Matrik Kuala Pilah petang tu.
Ingatkan sokongan semakin susut buat pakatan saingan barisan parti politik yang telah mentadbir negara kita lebih 50 tahun tu, tapi…..
Itu le fenomena PRU13 ini. Tak ada setitik hujan tapi Jalan Dato Siamang Gagap dan persekitarannya dilanda banjir. Kebanjiran yang melimpah ruah.
Kami lihat sendiri banjir yang melanda kawasan itu. Banjir kilat yang mampu dan akan menyebabkan barisan yang mentadbir selama lebih 50 tahun semput.
Nak share beberapa gambar. Jom…..
Sokongan yang dipamerkan warga Seremban menyebabkan trafik di Jalan Dato Siamang Gagap terhenti. Terhenti kerana kebanjiran manusia yang mahukan perubahan dan kepimpinan yang telus.
Ini kali lah! Ubah!
Kami sekeluarga akan memilih kepimpinan yang mampu memberi kesegaran dengan mentaliti baru dalam pentadbiran negara. Insya’Allah perubahan akan berlaku pada 05/05/2013 ini.
Allahuakbar!
So….. ya Allah ya Tuhan kami, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan tiadalah daya dan kuasa melainkan dengan daya kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Amin.
لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
0 comments:
Catat Ulasan