السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Secara officialnya BN kekal memegang tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan.
BN memenangi 133 kerusi parlimen berbanding 89 PR. Kerusi PR bertambah sebanyak 7 kerusi dari PRU12 2008.
Sebelum PRU13 PR diramalkan akan memenangi sekurang-kurangnya 117 kerusi parlimen.
Pada peringkat Dun, PR mengekalkan 3 negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Keputusan awal menunjukkan PR menang di 4 negeri lagi iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Sebelum PRU13 PR diramalkan akan mendapat 7 negeri.
Well….. apa sebenarnya yang berlaku?
Warga maya yang PR friendly berpendapat PRU13 sememangnya dicemari dengan pelbagai penipuan.
Warga asing dibenarkan mengundi, peti undi hilang, lampu terpadam di pusat kiraan undi, peti undi dibawa dalam teksi lewat malam ke pusat kiraan undi dll.
Ada betul?
Well….. apa sebenarnya berlaku?
Allah Taala memberikan kemenangan kepada sesiapa atau puak mana yang memenuhi syarat. Baik dengan cara penipuan atau sebaliknya.
Jika pembohongan dan penipuan dilakukan dengan cermat dan mengikut prosidur ianya akan diperkenankan Allah SWT.
Seperti juga mereka yang melakukan sihir, perkara jahat tetapi ianya tetap diperkenankan oleh Allah SWT.
Kenapa?
Kerana sihir itu dilakukan dengan mengikut prosidur yang ditetapkan. Maka ianya akan berhasil.
Tak paham juga?
Kita nak buat kek coklat. Kita ada resepi kek coklat. Tapi bila mula mengadun bahan-bahan yang ada kita tinggalkan bahan utama iaitu serbuk koko.
Jadinya….. jadi kek coklat atau bingka tepung?
Faham?
Allah Taala masih tidak memberi kemenangan kepada PR, itu bukan hak kita untuk menentukan.
Kita berpegang dengan fitrah, sesuatu itu ada mula dan akan ada akhirnya. Ada pasang dan ada surutnya. Yang diatas akan turun juga. Yang jahil tidak akan sentiasa jahil. Bukan kita yang menentukannya. Kita cuma disuruh untuk berusaha dan istiqomah dengan usaha kita itu.
Masanya akan muncul juga. Tak percaya?
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung dengan nur kemurnian-Mu, kesucian-Mu yang Maha Besar, dan keagungan-Mu Maha Berkat daripada segala kepincangan dan kecacatan, daripada segala gangguan siang dan malam melainkan perkara yang membawa kebaikan. Amin.
لَا إِلَّهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
0 comments:
Catat Ulasan